Nasi Ulam Tok Peah

Menu wajib turun temurun keluarga setiap kali berbuka puasa. #CookpadMalaysia #CookpadMY #maratonramadhan #hidangannasi #ramadhanmenjelang
Nasi Ulam Tok Peah
Menu wajib turun temurun keluarga setiap kali berbuka puasa. #CookpadMalaysia #CookpadMY #maratonramadhan #hidangannasi #ramadhanmenjelang
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan sambal. Bawang besar, merah, putih, halia, lengkuas dipotong dan dikisar halus.
- 2
Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
- 3
Masukkan serbuk cili, asam gelugur, garam, gula & kerisik. Masak dengan api sederhana & sehingga kering semua bahan-bahan sambal. Dah kering, ketepikan & sejukkan seketika.
- 4
Pucuk kayu / ulam yang dikutip dicuci & dikeringkan. Cara membalut daun. Dilapik dengan daun kunyit & semua pucuk diletakkan atas daun kunyit. Setelah itu digulung & diikat dengan getah. Dari ulam yang dikutip dapat menghasilkan 4ikat ulam.
- 5
Sediakan bahan-bahan Nasi. Gulungan ulam direcik halus. Begitu juga dengan bawang besar & bunga kantan. Ikan tenggiri jeruk dihancurkan.
- 6
Campur ke semua bahan2 yang direcik, sambal dan ikan tenggiri ke dalam mangkuk berisi nasi. Gaul hingga sebati. Siap semua & sedia untuk dihidangkan.
- 7
Nasi Ulam ni boleh dihidang bersama-sama ayam goreng, telur masin atas apa jua lauk. Kalau makan Nasi begitu sahaja pun boleh. Sebab gabungan sambal, ulam-ulaman & ikan tenggiri jeruk telah menghasilkan kombinasi rasa sedap, wangi & mengoda selera.
Resipi Sepertinya
-
Nasi Ulam Nasi Ulam
67/2022/RoadtoWorldRecipes/1185Hakak taip resipi ni dan masuk gambar hakak memasak ketika penggambaran video dengan pihak Sinar Harian 21 Mac yang lalu. Simpan sini untuk kenangan. Memang selalu begini kan, contest ke, interview ke, ada food request untuk apa2 event ke. Memang hakak akan simpan resipi di Cookpad. Senang untuk ingat balik bila-bila perlu kan. Dah macam Cookpad ni diary pulak ehh 🤭.Penggambaran tu bertemakan menu berbuka puasa. Platform mana nak keluar tu tidak pasti lagi. But its ok, hakak just buat sahaja baik2 & beri kerjasama sebaik mungkin kepada krew penggambaran. Alhamduliah semuanya berjalan lancar. penggambaran tu ambil masa almost 2jam lebih jugak lah termasuk sesi interview dan photoshoot. Sejujurnya nervous juga, tapi pengalaman kan. Buat jela..at least ada sesuatu yang baru dalam sejarah hidup ni nanti..Berbalik kepada resipi, hakak pilih nasi ulam sebabnya nasi ulam ni mempunyai sentimental value yang besar dalam hidup hakak. Resipi turun temurun dari Arwah Tok. Yang hakak sempat belajar dari arwah sebelum meninggal. Masa Arwah Tok meninggal hakak baru Upper 6. Tak pandai sangat masak2 ni. kerja rumah pun tak pandai. Jadi dalam banyak2 yang Arwah Tok dok masak, hat ni yang melekat dalam kepala dan mampu praktis tu kiranya bersyukur sangat. Ada kenangannya, ada jasanya, ada momen terindah dengannya. Alfatihah untuk Arwah Tok..So ni resipi yang hakak masak hari tu berserta gambar utama & gambar hakak ketika penggambaran. Langkah tiada 😌 Salina Jalaludin -
Nasi Ulam Terengganu Nasi Ulam Terengganu
150/2022/RoadtoWorldRecipes/1268❤️ Citarasa Pantai Timur - Nasi [Week 2] ❤️#MerdekaMonth.Hakak biasanya memang terkenal dengan Nasi Ulam Tok Peah ataupun nasi Ulam versi sendiri 🤭. Kali ni hakak cuba resipi Nasi Ulam Terengganu. Hasil inspirasi daripada website Rasa..Pertama kali mencuba masak resipi nasi ulam sebegini. Biasanya hakak tumis dan masak rencahnya. Tapi yang ni versi tak masak. Actually ikan selayang/sardin yang digunakan tu masak je. Tapi maksud hakak yang tak masak tu. Semua bahan ni masak asing-asing2. Ada yang bakar, ada yang goreng, ada yang sangai. Kemudian digabungkan dengan nasi..Rasanya bagi hakak not bad. Sedap 😋. Cuma macam suami hakak cakap. Nasi Ulam Tok Peah tu tetap di hati. Yela tu kan resipi signature hakak kan. Apa2 pun percubaan yang berbaloi. Tak rugi pun mencuba dan belajar sesuatu yang baru kan 🥰❤️. Korang pun patut cuba ☺️ Salina Jalaludin -
Ulaman untuk Nasi Ulam Ulaman untuk Nasi Ulam
336/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1731 #pejuang2kresipiAda sesetengah orang buat nasi ulam dorang terus potong je ulamnya begitu sahaja. Macam hakak susun-susun dahulu dalam satu group kemudian ikat. Daun kunyit dijadikan asas kepada ikatan ulaman tersebut. So dari situ (bila dah ikat) kita boleh bajet ler dari daun yang kita ada tu boleh prepare untuk berapa orang makan / hidangan..Biasanya 1ikat ulaman boleh anggaran makan 1-3orang makan macam tu. Kena sesuaikan juga dengan portion nasi dan pes dia. Nak tengok ulam cukup ke tak pada nasi ulam boleh lihat pada warna nasi. Pastikan tiada warna putih dan seluruh permukaan nasi diseliputi ulam dan pes. Ketika ni bukan sahaja warna nasi tu menarik. Of cos rasa dia pun sedap. Salina Jalaludin -
Nasi Ulam Utara Nasi Ulam Utara
84/2024 (1629/2K)Global Apron Challenge 3: Moreh #GlobalApron2024Magic Pantry List:Gula Melaka, cili merah, haliaAsalnya takde niat nak masuk resepi ni ke Challenge 3. Tapi tersangkut 3 bahan yang ada digunakan..so apa salahnya kan..Bila nengok senarai ulam dari resepi @salina_jalaludin , fuhhhh…berderet panjangnyq..alhamdulillah..kebanyakkannya ada Uchu tanam pokoknya.Harini Uchu cuma guna 22 jenis ulam..semuanya petik2 dari tanaman pasu Uchu..alhamdulillah. Ada beberapa jenis lagi ulam dalam senarai bahan yang Uchu ada tanam pokoknya tapi Uchu skip je sebab pokok mengkudu dan mangga penuh dgn kerengga la pulak..pokok kopi dan belimbing buluh pulak tanam kat kebun, lupa nak gi amik awal-awal.22 jenis pun dah banyak sangat dah..amik serba sedikit setiap jenis pun, lepas dah dihiris dapat sebesen..ahh sudah..alhamdulillah..dah siap semua, dapat share dengan jiran-jiran jugak. Uchu siap label bekas hantar kat jiran tu dengan ‘nasi ulam Utara’ 😆 sebab risau gak nanti ada yg kata kenapa takde tu, takde ni macam nasi kerabu belah Pantai Timur..😅Alhamdulillah..sedap terima kasih @salina_jalaludin atas panduan resepinya.. Sesimple Loralin -
Nasi Ulam (Perlis Indera Kayangan) Nasi Ulam (Perlis Indera Kayangan)
352/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1747 #pejuang2kresipiNasi ulam adalah hidangan nasi putih dicampur dengan pelbagai ulam-ulaman. Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan pelbagai variasi dan lazim dijumpai di Utara Tanah Air seperti Perlis dan Kedah. Antara ulaman yang digunakan seperti daun kaduk, pucuk gajus, daun kesum, bawang dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan bakar mahupun ikan masin turut juga dicampur masuk dalam hidangan..Hakak masak nasi ulam ni sempena contest Beras Basmathi Jati. Resipi ni ada sedikit kelainan berbanding resipi nasi ulam yang selalu hakak masak dan upload di Cookpad. Iaitu dari segi penggunaan ramuan dan kaedah memasak. Resipi asal sambal untuk nasi ulam ni mentah je tapi hakak tetap sangai juga supaya sambal tu masak. Selain tu, untuk bahan ulam tu. Ikut apa yang diketemui di kawasan rumah. Lagi banyak jenis ulam, lagi sedap nasi ulam kita sebab pelbagai ulaman akan menghasilkan bau dan aroma tersendiri pada hidangan 🥰❤️ Salina Jalaludin -
Nasi Ulam Nasi Ulam
#perak#goldenticket#cookpadmy1stbdayBercinta betoi, bak kata orang utara, nak buat nasi ulam ni. Selalu buat masa bulan puasa. Nak cari bahan-bahan ulam, mahu 3 hari 3 malam jugak la. 2 hari cari kat Kedah, pastu hari ke 3 pula cari kat Perak. Mak pun beriya jugak carikan ulam. Dah lama tak makan, katanya. Itupun berkali-kali telefon Mak. Tanya resepi dan nama-nama ulam. Bukan semua ulam saya kenal. Tapi demi Cookpadmy1bdy, usaha jugak sampai jadi.Bernasib baik jugak sebab ada ibu bapa kat Tabika sudi carikan ulam kat rumah dia. Pastu sambung cari kat pasar malam pula. Dah cukup bahan, hati berbunga-bunga. Rencah yang dah siap tu, saya agih-agihkan untuk Mak Saudara dan sepupu. Masing-masing terliur bila dengar menu nasi ulam. Aroma hirisan ulam-ulaman menambat selera. Tak cukup sepinggan!Resepi yang saya kongsi ni anggaran untuk 4 orang makan ye!Ini juga resepi saya yang ke 60! Rose Nani Nizah Nayan -
6:5:24 - Kerabu Pelbagai Daun 6:5:24 - Kerabu Pelbagai Daun
Ini hubby saya punya kerjalah ni. Dia petik segala pucuk yang ada tepi rumah serba sedikit suruh hiris buat kerabu. Bila saya buat Bodo last-last dia yang hiris sendiri. So jadilah kejadian nya yang tak berapa nak halus tu :). Tapi bahan lain sayalah yang buat. :) ini pun dah cukup banyak kejadian. Nasib dia tak ambik semua jenis pucuk2 yang ada kat rumah ni. Hani Shaimi -
Nasi Ulam Utara Nasi Ulam Utara
Buka Puasa tapi tak de selera? Cubalah makanan ini. Selain ringkas, ia juga berkhasiat. Penuh dengan ulamn-ulaman. MaRulez Arif -
-
Nasi Ulam Diraja Chef Wan Nasi Ulam Diraja Chef Wan
#goldenapron2020 #minggu21 #cookpadmalaysiaResipi dimasak untuk contest Beras Era Bersama Chef Wan. Syaratnya peserta contest perlu menonton video masakan Chef Wan di page FB Beras Era dan pilih resipi yang berkenan di hati dan masak semula. Jadi hakak pilih resipi Nasi Ulam Diraja Chef Wan. Tapi macam biasa, hakak modifikasi sikit resipi dengan memasukkan ekstrak bunga telang ke dalam resipi nasi ni. Tu kalau perasan nasi hakak ni ada sedikit warna biru. Tapi untuk bahan yang lain, semua sama je hakak follow. Jom kita tengok apa yang best dan lainnya resipi Nasi Ulam Diraja Chef Wan ni dengan Nasi Ulam Tok Peah yang hakak kongsi sebelum ni jom. Salina Jalaludin -
Nasi Ulam Beras Merah Nasi Ulam Beras Merah
#globalapron2024#challenge31#Thinkpink🩷#BreastcancerAwareness#pinkoctoberwithcookpadNasi ulam utara ada sedikit perbezaan dengan nasi kerabu pantai timur. Ulaman yang banyak sangat bagus untuk kesihatan. Bagi saya nasi ulam ni tak jemu di makandi tambah pula dengan bahan sampingan ikan kering, telur masin , ayam bakar dan keropok goreng.Magic pantryBeras merahBunga kantanGaram himalaya Ani Delighted -
Pulut Durian Lemak Manis Pulut Durian Lemak Manis
Menu kegemaran suami dan keluarga suami. Jadi bila tibanya musim durian, ini merupakan hidangan wajib disediakan. #PeraduanResepi #DurianRuntuh #CookpadMY #CookpadMalaysia Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)