Lo Mein

Harini untuk lunch saya masakkan Lo Mein. Biasanya dengar Chow Mein (aka Mee Goreng) kan? Bagi saya Lo Mei lagi healthy berbanding mee goreng sebab hanya menggunakan sedikit minyak masak.
Lo Mein ni seakan-akan Chow Mein juga tapi dikurangkan masa gorengan mee nya. Apa beza Lo Mein berbanding Chow Mein? Bahan-bahan rencah Lo Mein (ayam, cendawan, sayuran) akan digoreng dahulu dan mee Lo Mein akan dimasakkan dulu sepenuhnya dan akan digabungkan sekali dan digaul pada masa yang singkat, berbanding digoreng bersama dan menggunakan mee yang belum dimasak.
Jom try bersama!

Cara Memasak
- 1
Masakkan mee: Didihkan air di dalam periuk. Masukkan mee ke dalam periuk dan biarkan masak (5 minit). Tos kan ketepikan sampai sejuk.
- 2
Sos Lo Mein: Campurkan semua ramuan untuk sos di dalam sebuah mangkuk kecil.
- 3
Sediakan rencah seperti di dalam gambar. Boleh gunkan udang, capsicum, sayuran lain juka suka.
- 4
Ambilkan 1 sudu sos dan gunakan untuk perapkan daging ayam (5 minit).
- 5
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih yang telah dicincang.
- 6
Masukkan ayam, gaulkan sehingga separuh masak. Masukkan carrot, cendawan dan fishcake. Gaulkan semua sekali sampai masak.
- 7
Kecilkan api, masukkan mee yang telah dimasak/dicelur. Tuangkan sos lo mein. Gaulkan semua sekali dan masukkan daun sawi yang telah dipotong tadi.
- 8
Tutupkan api dapur dan hidangkan mee. Enjoy!
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen