Mee Goreng "Perpaduan" #ChefZam

Nayla_Ishak
Nayla_Ishak @cook_17670347

#goldenapron

Tercetusnya nama resepi ini kerana persefahaman yang wujud diantara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama "perpaduan" dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Warna sayuran di dalam masakan juga merujuk kepada masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya dan pelbagai bahasa.

Ayuh!!! Kibarkan Jalur Gemilang🇲🇾

"SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-62 TAHUN"

Mee Goreng "Perpaduan" #ChefZam

1 orang bercadang membuatnya

#goldenapron

Tercetusnya nama resepi ini kerana persefahaman yang wujud diantara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama "perpaduan" dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Warna sayuran di dalam masakan juga merujuk kepada masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya dan pelbagai bahasa.

Ayuh!!! Kibarkan Jalur Gemilang🇲🇾

"SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-62 TAHUN"

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1bungkus - Mee Kuning (Bilaskan)
  2. 1 ulas- Bawang Besar (kisarkan)
  3. 15 gram- Cabai Kering (kisarkan)
  4. 3 ulas- Bawang Putih (ketuk)
  5. 3 cawan- Air Putih
  6. 4 tbsp- Minyak Masak
  7. 45 gram- Kucai (potong)
  8. 60 gram- Togey
  9. 65 gram- Kobis (potong)
  10. 35 gram- Sawi (potong)
  11. 70 gram- Lobak Merah (potong)
  12. 120 gram- Isi Ayam (potong dadu)
  13. 1 keping- Fish Cake (potong)
  14. 1paket - Fish Ball (potong)
  15. 4 tbsp- Kicap
  16. 2 tbsp- Sos Cili
  17. 10 gram- Daun Sup & Daun Bawang (hiasan)
  18. 1tangkai - Cili Merah (hiasan)
  19. 1sudu kecil (kfc) - Garam
  20. 2 tbsp- Gula

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan. Kisarkan cili kering dan bawang besar dengan 2 cawan air. (ketepikan)

  2. 2

    Panas kan minyak masak. Masukkan bawang putih yang sudah diketuk. Goreng sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan ayam, fish cake dan fish ball goreng sehingga separuh masak. (api sedang)

  3. 3

    Masukkan cili yang dikisar bersama bawang tadi ke dalam kuali. Biarkan sehingga cili masak. (api sedang)

  4. 4

    Masukkan lobak merah dan gaulkan. Tambah air putih 1 cawan dan biarkan sehingga saparuh masak. (api kecil)

  5. 5

    Masukkan kicap dan sos cili. Gaulkan sehingga sebati dan perasakan dengan gula dan garam. Ikut cita rasa masing-masing. (api kecil)

  6. 6

    Masukkan sayur dan gaulkan. Selepas itu masukkan mee kuning. Gaulkan sehingga sebati. (api kecil)

  7. 7

    Taburkan daun bawang dan daun sup. Hiaskan dengan cili merah dan hidangkan. Selamat Mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nayla_Ishak
Nayla_Ishak @cook_17670347
pada

Komen

Resipi Sepertinya