Ramuan

  1. 700 gramudang
  2. 1 1/2sudu kecil garam kunyit
  3. 1/2biji bawang besar
  4. 1 ulasbawang putih
  5. 1sudu besar cili kering kisar
  6. 1/2 cawanair
  7. 3sudu besar sos cili
  8. 3sudu besar sos tomato
  9. 1/2sudu besar sos tiram
  10. 1/2sudu besar gula
  11. 1/2sudu kecil garam
  12. Daunsup dan daun bawang (untuk hiasan)
  13. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Gaulkan udang dengan garam kunyit. Kemudian, goreng udang dalam 3-4 minit (separuh masak). Angkat dan toskan.

  2. 2

    Potong nipis bawang besar dan bawang putih (seperti dalam gambar). Keluarkan minyak gorengan udang tadi. Tinggalkan dalam satu senduk. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Goreng sehingga naik bau.

  3. 3

    Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan air sekiranya terlalu pekat dan kacau lagi. Perasakan dengan garam dan gula.

  5. 5

    Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Tabur daun bawang dan daun sup sebagai hiasan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Cook Today
arihasliza ariffin
arihasliza ariffin @arihasliza
pada

Resipi Sepertinya