Kerabu Perut Lembu

Nur Izzati
Nur Izzati @zatirazali7

Resipi ni saya belajar dari Puan Mama.Dia lagi pakar bab2 buat kerabu.Saya ikan bilis jee😅
#goldenapron2020

Kerabu Perut Lembu

Resipi ni saya belajar dari Puan Mama.Dia lagi pakar bab2 buat kerabu.Saya ikan bilis jee😅
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 min
3-4 sajian
  1. 500 gmPerut lembu
  2. 2 cawanKelapa parut
  3. 200 mlSantan
  4. 5-6biji bawang merah
  5. 1ekor ikan tawar
  6. 1sudu kecil lada hitam
  7. 1inci halia
  8. 1 batangserai
  9. 1biji bawang holland
  10. 1-2biji lada merah besar
  11. 5-7biji cili padi(ikut tahap pedas sendiri)
  12. Pucuk paku pakis 2 ikat
  13. Taugeh
  14. jus limau nipis
  15. garam
  16. gula
  17. secukup rasa

Cara Memasak

1 min
  1. 1

    Rebus perut lembu sampai empuk.buang lemak2 bawah lapisan perut(tak buang pun takpe,lagi sedap😄).potong halus dan memanjang.

  2. 2

    Goreng kelapa parut dan tumbuk smpai hancur,tapi jangan smpai pecah minyak yee

  3. 3

    Tumbuk lada hitam,bawang merah dan isi ikan tawar bakar(ikut turutan).ikan saya guna ikan kembung,bakar tawar sahaja.

  4. 4

    Tumbuk lumat halia dan serai

  5. 5

    Mayang halus lada merah besar,bawang holland dan cili padi

  6. 6

    Campur 1 genggam kelapa parut dengan air panas,kemudian blend dan tapis santan.Kuantiti santan ikut citarasa.Ada yg suka kerabu berkuah,ada yg suka kerabu sedang2 je kuah nya.

  7. 7

    Perahan asam limau nipis secukup rasa.saya guna dalam 4-5 biji

  8. 8

    Celur sekejap pucuk paku.

  9. 9

    Gaul semua bahan ke dalam sayur.tambahkan gula,garam dan serbuk perasa secukup dan seenaknya.Sedia untuk dihidang😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Izzati
Nur Izzati @zatirazali7
pada

Komen

Resipi Sepertinya