Sambal Berapi Kulit Ubi Kayu

Tak sia-sia Allah jadikan kulit ubi kayu ni ye..rupanya Allah nak kita rasai nikmatnya.. memang nikmat wooo...haha, i pun baru tau kulit ubi ni boleh dimasak. Meh kita tengok macamana i mengolahnya. Ni semua belajar dengan chef youtubers dari Indonesia, mereka memang kreatif 👍🏻 #goldenapron2020
Sambal Berapi Kulit Ubi Kayu
Tak sia-sia Allah jadikan kulit ubi kayu ni ye..rupanya Allah nak kita rasai nikmatnya.. memang nikmat wooo...haha, i pun baru tau kulit ubi ni boleh dimasak. Meh kita tengok macamana i mengolahnya. Ni semua belajar dengan chef youtubers dari Indonesia, mereka memang kreatif 👍🏻 #goldenapron2020
Cara Memasak
- 1
Olah kulit ubi kayu, ambil lapisan ke-2, bersihkan dari lapisan paling luar yang berwarna hitam, basuh dah rebus sehingga empuk. Rendam selama 7 jam, selama itu, air rendaman diganti sebanyak 2 atau 3 kali. Racik kepada bentuk yang diingini sesuai untuk hidangan. Tak semestinya dimasak kesemuanya, ikut kesesuaian. Nak mengolahnya ni ambik masa yang lama, makanya buat banyak-banyak terus, baru berbaloi, boleh jadi bahan masak untuk beberapa siri.
- 2
Lumatkan cili kering (jadikan sebagai cili boh), bawang merah dan bawang putih, halia, kunyit, serai, ikan bilis. Tumiskan kesemua bahan dengan minyak yang dah dipanaskan dalam kuali. Masukkan asam keping.
- 3
Masukkan kulit ubi kayu yang telah diolah, gaul sekata. Masukkan sedikit air (supaya tak kering), dan tutup kuali untuk sebatikan ramuan. Biarkan beberapa minit.
- 4
Masukkan pula udang atau bahan lain yang ada, gaul sehingga udang berubah warna. Tutup api dan masukkan garam dan perasa lain. Sedia dihidang.
Resipi Sepertinya
-
Sambal Kulit Ubi Kayu & Udang Sambal Kulit Ubi Kayu & Udang
Pertama kali cuba masak sambal menggunakan olahan kulit ubi kayu. Sengaja disimpan kulit ubi kayu rebus buat kerepek kulit ubi kayu cooksnap kak aznie haritu sebab nak try masak sambal ni. Sambal ni pula hasil cooksnap @cook_25784799 . Baru belajar mottainai kan ubi kayu, selama ni memang buang aje kulitnya. Sedap tau dan tak membazir.72/2022 Sesimple Loralin -
Sambal Kulit Ubi Kayu Sambal Kulit Ubi Kayu
Tenghari semalam pergi beli sayur dan ayam ternampak seorang budak lelaki menjual ubi kayu. Nampak seperti jualan nya seperti tak ada sesiapa pun yang membeli sebab masih banyak. Cuaca pula masih hujan, timbul rasa sedih melihat budak seusia itu berusaha untuk mencari duit. Terpaksa duduk kesejukan dengan jualan pun masih lagi banyak. Teringat pada budak-budak lain yang seusia dia waktu itu tentu tengah seronok duduk di rumah mungkin sedang makan, bermain, berbaring, belajar atau menonton tv. Saya menghampiri dia dan membeli ubi kayu dua tompok dari dia. Terpancar sinar gembira di wajah nya. Dalam hati saya berdoa agar jualan nya habis pada hari itu. Dalam perjalanan pulang tu kami (suami isteri) asyik bercakap pasal budak tadi, kesian. Ini juga di antara resipi mottainai. Hari ini saya merebus ubi kayu untuk minum pagi tadi dan kulit nya saya buatkan sambal. Sebenar nya kulit tu boleh juga dibuat kerabu tetapi saya tak cukup bahan untuk buat kerabu. Dapur Yusfarisyia -
Sambal Tumis Kulit Ubi Kayu Sambal Tumis Kulit Ubi Kayu
#Cook EveryPart4#Dari hujung rambut hingga ke kakiMasih lagi menu ubi kayu. Biasanya kulit ubi kayu dibuang. Kali ini kita masak kulit nya dengan menu sambal tumis kulit ubi kayu bersama ikan bilis. Rasanya macam sambal tumis jering tua . Sedap sangat . Ani Delighted -
Kerabu Kulit Ubi Kayu Kerabu Kulit Ubi Kayu
#goldenapron#minggu15Pernah tak makan Kerabu Kulit Ubi Kayu ni? Haaa.. .Pelik jaa bunyi nya makan kulit ubi knn. Ubi nya kita rebus, kulitnya kita buat kerabu.Memang sedap sangat. Sayang juga nak buang sb benda boleh makan. Jom cuba resipi Kerabu Kulit Ubi Kayu kakNet ni. Netie Rose Oven -
Kerepek Kulit Ubi Kayu (Resepi 2 Bahan) Kerepek Kulit Ubi Kayu (Resepi 2 Bahan)
First time uiitt buat makanan macam ni..selama ni kulit ubi kayu dibuang gitu je. Kerepek kulit ubi kayu ni lebih menjadi rebutan daripada isi ubinya oleh anak-anak Uchu. Terima kasih kak aznie @Sirap_Cheese sebab share resepi ni untuk dicuba. Lepas ni mmg tak buang dah kulit ubi!#Resepi2Bahan#TakLebih6Bahan#ResepiMudah#mottainai17/2022 Sesimple Loralin -
Kerepek Kulit Ubi Kayu Kerepek Kulit Ubi Kayu
Kalau nak tau tiap kali beli ubi kayu memang kulit ia akan Aznie buang. Tapi bila cookpad bagi cabaran 'Mottainai' terus teringat akan kerepek kulit ubi kayu yang dah hampir 20 tahun Aznie tak makan. Aznie beli ubi semalam sebab nak buat bingka ubi. Bingka pun masih panas. Tunggu sejuk baru makan. Masa beli ubi semalam kat pasar memang dah terbayang dah nak buat kerepek ni. Dulu teman tempat kerja selalu bawa ni, time rehat memang makan ni je sebab sedap. Masa tu remaja lagi jadi memang tak ada terlintas langsung nak tanya pasal resepi. Time tu cuma tau makan je😂. Teman Aznie ni orang jawa. Jadi Aznie cari cara nak buat ni kat google. Ok cantik sangat. Simple je rupanya. Dan ni la hasilnya. Dalam beberapa minit je terang, habis Aznie ngan anak-anak makan. Sedap🤣 Aznie Khasri -
Pengat Ubi Kayu Rice Cooker Pengat Ubi Kayu Rice Cooker
#ChooseToCook #RiceCookHack diKita kena kreatif dalam menyediakan makanan. Tiada alasan untuk tidak memasak. Umpamanya Ubi kayu di jadikan hidangan pencuci mulut, pengat Ubi cuma dengan menggunakan rice Cooker sahaja Ani Delighted -
Kerepek Kulit Ubi Kayu Kerepek Kulit Ubi Kayu
Lama dah nak buat kerepek ubi kayu ni selepas tengok @Sirap_Cheese muatnaik resipi di Cookpad tahun lepas cuma setiap kali beli ubi kayu asyik terlupa nak membuat nya, kulit ubi tu saya terus buang. Mood rajin sikit jadi tercapai juga janji saya pada dik Aznie nak cooksnap resipi nya tu. Memang sedap sangat sekejap je licin 😂 Terima kasih dik Aznie atas inspirasi nya 😘❤️ Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Vadai Ubi Kayu Vadai
Ubi kayu vadai ni memang kegemaran mak saya. Sewaktu kami masih kecil mak ada tanam pokok ubi kayu. Banyak yang boleh dibuat daripada ubi kayu. Paling kami suka ialah kerepek ubi pedas. Saya pernah muat naik gambar ubi kayu vadai beberapa tahun dahulu di Medsos dan seorang sahabat yang juga merupakan seorang Chef memberi komen memberitahu kalau mereka (orang India) akan panggil resipi ni Masala Vadai. 😊 Dapur Yusfarisyia -
Bebola Ubi Kayu Traffic Light Bebola Ubi Kayu Traffic Light
#goldenapron2020 #minggu21 #CookpadderPerak #ubikayu #ChefZamAssalammualaikum sahabat Cookpadder yang dihormati sekalian.Hari ini CN kongsikan resipi istimewa dari Chef tersohor iaitu Prof. Chef Zam yang telah CN cuba. Memang sedap.CN sertai Peraduan Tiru Chef Zam, Biscotti Musim Kedua dan Alhamdulillah terpilih menjadi pemenang.Kepakaran Chef Zam dalam bidang Kulinari dan Pastri tak dapat dinafikan. Beliau memang pakar. Misalnya Ubi Kayu ini menjadi resipi sangat istimewa dan sedap dimakan terutama ketika minum petang.Selamat mencuba ya. ❤#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Kerabu beko,kulit ubi dan bayam brazil Kerabu beko,kulit ubi dan bayam brazil
#leftover #goldenapronKalini hakak guna 3 lebihan makanan iaitu ikan goreng,kulit ubi kayu, dan sambal belacan.Lebihan ikan goreng tengahari, kalau dah tak lalu nak makan, boleh la buat kerabu. Sama juga ubi kayu yang hakak rebus pagi tadi. Kulit ubi hakak tak buang. Rebus sekali dengan ubi. Simpan kulit yang dah rebus tu masuk peti ais dulu. Teringat salah seorang cookpader pernah buat kerabu kulit ubi juga. Tak elok la kan kita membazir buang kulit ubi tu 🤭🤪. Petang boleh buat kerabu untuk makan malam. Sambal belacan pulak selalunya akan ada banyak lebih. Tak berbaloi kan nak buat sikit. Lebihan sambal,masuk jar dan simpan masuk peti. Boleh guna untuk masakan lain juga.Kelainan hakak kalini tak guna santan. Santan dah habis. Survival mode on. Pakai apa yang ada. Susu pun boleh ganti santan 🤭. Liana Nick -
Talam Ubi Kayu Talam Ubi Kayu
Talam Ubi Kayu.. Kalau kuih yang berasaskan ubi kayu memang aznie ngan suami suka sangat makan... setiap kali kalau pergi kepasar jika jumpa je ubi kayu mesti aznie akan membelinya.. Dan selalunya juga menu yang akan aznie sediakan.. kalau tak bingka mesti kuih talam.. hihihi.. suka tau kuih talam ni.. resepi perkongsian dari chef Asma.. memang terbaik.... #trowback.. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)