Nasi kuning

Ummi Zaki
Ummi Zaki @cook_24764412
Tawau,Sabah

Negeri Sabah terutamanya area Tawau terkenal dengan nasi kuning nya.Rasa lemak santan,kuah lada yg pedas manis ditambah lagi aroma bau pandan & kerisik drpd kelapa ..membuatkan kita bertambah selera nak makan..

Nasi kuning

12 orang bercadang membuatnya

Negeri Sabah terutamanya area Tawau terkenal dengan nasi kuning nya.Rasa lemak santan,kuah lada yg pedas manis ditambah lagi aroma bau pandan & kerisik drpd kelapa ..membuatkan kita bertambah selera nak makan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
5 orang
  1. 2 cawanberas
  2. 1/2 cawanberas pulut
  3. Santan kotak Kara 250 ml
  4. air ikut sukatan nak masak nasi
  5. daunpandan + garam sedikit
  6. Bahagian B
  7. 5 ulasbawang merah dalam
  8. 10 ulasBawang putih
  9. Bawang bombay 2 biji
  10. Halia sebesar 2 ibu jari
  11. serai 2 btg
  12. kulit kayu manis sebatang
  13. lada kering kisar
  14. air semangkuk kecil
  15. 4 sudu makangula
  16. garam
  17. 2 sudu makansos tomato
  18. 2 sudu makansos cili
  19. kicap sesudu kecil
  20. cawanminyak masak setengah
  21. bahagin C
  22. paha ayam 2 ketul potong kecil
  23. Ikan dalam 5 ekor
  24. garam & kunyit utk perap ikan & ayam
  25. telur 5 biji (rebus)
  26. Bahagian D
  27. 250 gmkelapa parut
  28. serbuk kunyit
  29. lada kering kisar
  30. 4 ulasbawang merah
  31. 4 ulasbawang putih
  32. udang kering segenggam
  33. 1 sudu tehSerbuk jintan manis
  34. 1 sudu tehSerbuk Jintan putih
  35. garam
  36. serbuk perasa sedikit

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Mula2 campurkan beras &beras pulut lalu basuh bersih,kemudian letak santan + air gaul kunyit hidup yg telah ditumbuk halus dalam beras kalau tiada kunyit hidup guna serbuk kunyit pun ok..kemudian letak daun pandan & boleh lah masak macam nak masak nasi &nak kukus pun blh..masak dalam 8 minit ja dalam periuk tekanan

  2. 2

    Untuk kuah lada nya,blender bawang merah,putih,bawang benggala,halia.Kemudian panaskan minyak tumis bahan2 ni semua termasuk lada kering.Kemudian,letak sos cili,sos tomato,kicap,gula & garam serta letak air secawan masak sampai pecah minyak.

  3. 3

    Sementara itu kita goreng lah ayam @ ikan yg telah diperap dgn kunyit & garam.Saya buat 2 versi ayam & ikan (maaf ikan goreng lupa snap).Goreng hingga garing sambil2 kita merebus telur 😉

  4. 4

    Akhir sekali,nak buat kerisik nya..kelapa parut tadi kita campurkan sahaja semua bahan-bahan dgn bawang merah,putih,udang kering & bilis yg telah goreng ditumbuk halus,kita goreng kelapa parut dgn tanpa minyak,goreng hingga garing jangan hangus pulak..(maaf x sempat snap) Jangan lupa bubuh garam&gula sedikit.

  5. 5

    Kerisik ni dihidang dgn cara ditabur atas nasi kuning..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ummi Zaki
Ummi Zaki @cook_24764412
pada
Tawau,Sabah
Masak salah satu terapi minda..
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya