Miang Pla Pao

Lama dah nak buat Miang Pla Pao ni. Hari ni jumpa ikan talapia terus cuba.
Sedap rasanya. Tak cukup pulak dua ekor ikan talapia tu. Kena repeat pulak nanti.
Cooksnap dan mentorlove resepi cookpadies Wan Nor Azila
Miang Pla Pao
Lama dah nak buat Miang Pla Pao ni. Hari ni jumpa ikan talapia terus cuba.
Sedap rasanya. Tak cukup pulak dua ekor ikan talapia tu. Kena repeat pulak nanti.
Cooksnap dan mentorlove resepi cookpadies Wan Nor Azila
Cara Memasak
- 1
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian, gaul di dalam tepung jagung. Goreng.
- 2
Untuk sambal. Tumbuk akar daun ketumbar, bawang putih, cili padi, garam, gula dan gula kabung. Kemudian, masukkan, kicap sotong dan air perahan asam limau nipis. Ejas bagi cukup masam masin manisnya. Kemudian taburkan hirisan daun ketumbar tadi.
- 3
Celur bihun dan potong ulam-ulaman mengikut kreativiti masing-masing.
- 4
Ok. Siap. Boleh dihidang ikan goreng bersama sambal, bihun serta ulam-ulaman. Selamat mencuba😉
- 5
Cara makan - ambil daun salad kemudian letak suhun, timun dan isi ikan talapia, gulung, cicah dengan sos. Wallahh.. 😋
Resipi Sepertinya
-
Sos Pencicah Miang Pla Pao Sos Pencicah Miang Pla Pao
Kalau ikutkan asal, sos ni warna hijau sebab guna gula kelapa Thai.Tapi yang ni jadi hitam sebab akak guna gula gerek.Tak kisah lah rupa dia macam mana pun, yang penting rasanya memang 'on' sangat dengan Miang Pla Pao tu Norashikin Rahmat -
Miang Pla Pao/Thod Miang Pla Pao/Thod
New challenge 💃💃Recook & cooksnap resepi apa dari cookpader ada huruf 'S'.Saya pilih resepi miang pla pao daripada cookpader Lily Suryani.Ada sedikit perubahan dalam resepi tersebut, saya gantikan gula merah dengan gula gerek/gula melaka. Sohun tu saya gunakan bihun siam yang dicelur.Bila saya upload gambar masakan ni dalam Fb, ada kawan keturunan siam bagitau "pao" tu maknanya bakar.Saya tanya dia, kalau goreng macam ni dipanggil apa? "Thod" katanya..Oo.. Gitu.. Ilmu baru ni..😊Tapi tak kisahlah apa namanya.. Saya memang suka sangat ikan talapia masa gaya macam ni.Bila digandingkan pula dengan sosnya yang cukup rasa... Fuhh!! Memang betul-betul mengundang 😋😋.Sedap sangat laa. 👍🏻👍🏻 Norashikin Rahmat -
Miang Pla Pao Miang Pla Pao
Lama dah duk teringin nak buat, padahal bukan susah pun. Kebetulan husband beli ikan talapia, terus buat. Sedap sungguh. Azizah Mansor -
Miang Pla Pao Miang Pla Pao
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 33: A TASTE OF THAI 🇹🇭#GlobalApron2024COOKPAD MAGIC PANTRY:#cilithai #daunketumbar #gulanisanthai #ikansiakap #limaunipis #sosnampla #sostiramMemang fevret laa Miang Pla Pao. Kalau makan kedai Thai, ada menu ni, wajib order. Faa pernah rasa versi Thai Grilled Fish dan versi Ikan Goreng. Dua dua pun fevret cuma kalau yang bakar tu lagi autentik laa rasa dia. 1 talam ni faa mempu habiskan sorang. Kakak Faa -
Pla Lui Suan (Siakap Goreng Dalam Taman) Pla Lui Suan (Siakap Goreng Dalam Taman)
#ThaiStyleApa beza dengan Pla Miang Pao? Pla Miang Pao➡️ikan dibakar, Pla Lui Suan ➡️ ikan dalam taman. Sebelum minyak masak bertukar harga, kita amik peluang goreng dulu lah..sedap makan ikan yang rangup..😄Search CP, semua Pla Miang Pao, Miang Thod pun dah ada..jadi saje2 jugak lah nak bagi ada Miang Lui Suan. Sesimple Loralin -
(10/5) MIANG PLA PAO TRIPLET (10/5) MIANG PLA PAO TRIPLET
Kita tukar selera di hari raya ni. Tukar kepada selera yang tiada berlemak. Kita jamu selera dengan Miang Pla Pao Triplet. Guna 3 ekor ikan sekaligus. Masak banyak sebab ramai yang nak makan. Selain ikan talapia, boleh juga guna ikan siakap, udang, sotong, kerang dan lain-lain. Kuantiti sayuran juga ikut kehendak masing-masing berapa banyak kita perlukan. Hani Shaimi -
Miang pla pao Miang pla pao
Miang pla pao adalah salah satu masakan thai yang sangat mudah di hidang bagi yang menggemari ulam-ulaman Wan Noor Azila -
Miang Pla Talapia Hitam Dengan Sos Hijau Thai Miang Pla Talapia Hitam Dengan Sos Hijau Thai
Resepi ni akak rasa viral jugak beberapa ketika dulu.Akak pun penah buat beberapa kali tapi kali ni nak share Miang Pla ikut resepi @Rohani_mZain .Akak guna ikan talapia hitam, beli kat nat hari minggu hari tu.Boleh juga guna ikan talapia merah atau ikan siakap.Bahan-bahan sayuran tu boleh topup sesuai citarasa tapi untuk kali ni akak cuma guna salad dan timun saja.Suhun tu wajib ada.Sos dia lah yang main peranan buat kita susah nak stop makan miang pla ni. Pastikan cukup rasa pedas masam masin dan manisnya.Menu ni sesuai sangat untuk diet sebab makan dia saja pun dah kenyang. Norashikin Rahmat -
Siakap Miang Pla Pao 🇹🇭 Siakap Miang Pla Pao 🇹🇭
98/2021/RoadTo1k/783❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassportMiang Pla Pao merupakan satu signature makanan wajib bila melancong ke negara Thailand. Makanan ni merupakan ikan bakar bersalut garam yang dicicah dengan sos thai yang masam pedas tu haa.. Memang sangat lazat. Ni dah tak dapat melancong ke Thailand. Balik beraya ke kampung pun tak boleh (tiberr kan 😂). Hakak masak jela di rumah. Resipi dia senang je. Ikan ni hakak goreng je. Ada minyak begini lagi sedap 🤭 Pastu ada sos cicah, ada suhoon dan ulam-ulam untuk dimakan bersama-sama. Memang sedap ehh..🤤🤤🤤 Salina Jalaludin -
Miang Pla Pao Variety Miang Pla Pao Variety
74/2022/RoadtoWorldRecipes/1192Menu di hari ke3 berpuasa tapi ditaip pada hari ke10 berpuasa. Boleh lah yer..slowly but surely gituu 🤭 Menu ni ringkas je. Hanya perlu goreng ikan dan celur2 je. Buat sambal untuk cicah. Ok siap. Selamat berbuka puasa ☺️.Kebiasaannya Miang Pla Pao ni menggunakan ikan sahaja. Tapi kali ni hakak letak crabstick dan siput pepahat. Kalau ada kerang ke, udang ke, kepah ke, lala ke even ketam pun. Ok lagi sedap. Ikut ler citarasa masing-masing yer 😬 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)