Nasi Ayam Kampung

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Muar, Johor

Biasanya makan nasi ayam dengan ayam bandar, kan?

Tapi kali ni saya masak nasi ayam guna ayam kampung. Yang specialnya, ayam ni ayah bela sendiri tau. Memang terjaminlah halalan toyyibban. Sebab biasanya ayah bagi ayam makan nasi (nasi lebihan)

Ayam kampung ni tak suka makan bertih jagung, dan langsung tak makan dedak. Sebab tu isinya manis. Tak muak macam makan ayam biasa.

Sape suka makan ayam kampung, angkat tangan 🙋

Nasi Ayam Kampung

Biasanya makan nasi ayam dengan ayam bandar, kan?

Tapi kali ni saya masak nasi ayam guna ayam kampung. Yang specialnya, ayam ni ayah bela sendiri tau. Memang terjaminlah halalan toyyibban. Sebab biasanya ayah bagi ayam makan nasi (nasi lebihan)

Ayam kampung ni tak suka makan bertih jagung, dan langsung tak makan dedak. Sebab tu isinya manis. Tak muak macam makan ayam biasa.

Sape suka makan ayam kampung, angkat tangan 🙋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Rebusan Ayam
  2. 2 incihalia (hiris kasar & ketuk)
  3. 3serai (diketuk)
  4. 1 ekorayam
  5. Nasi Ayam
  6. 3 bijibawang merah (hiris)
  7. 2 ulasbawang putih (hiris)
  8. 2serai (diketuk)
  9. 2 helaidaun pandan (disimpul)
  10. 3sekawan
  11. 5 cawanberas (beras Basmathi)
  12. 7 cawansetengah air rebusan ayam (sukat guna cawan beras)
  13. 3 sudu makanrempah kurma
  14. Perap Ayam (selepas direbus)
  15. 2 sudu makankicap pekat
  16. 5 sudu makankicap manis
  17. 2 sudu makansos tiram
  18. 3 sudu makanmadu
  19. Sambal Lada
  20. 4 bijilada merah basah
  21. 1/2 incihalia
  22. 5 ulasbawang putih
  23. 1 cawanair asam jawa
  24. secukupnyagula, garam dan perasa
  25. Hiasan & Sampingan
  26. Hirisantimun
  27. Hirisantomato
  28. Daunsalad
  29. Daunbawang dan daun sup (tabur atas nasi dan sup)
  30. Bawang goreng (tabur atas nasi dan sup)

Cara Memasak

  1. 1

    Rebuskan ayam bersama serai dan halia yang diketuk.

    Sementara itu, siapkan bahan untuk salut ayam selepas direbus.

    Satukan sos tiram, madu, kicap manis dan kicap pekat. Sebatikan.

  2. 2

    Apabila ayam telah empuk, salutkan sos tadi. Kemudian gorengkan ayam.

  3. 3

    Untuk masak nasi, panaskan butter bersama sedikit minyak. Tumiskan 3 sekawan, hirisan bawang merah, hirisan bawang putih, serai yang diketuk dan daun pandan.

    Masukkan rempah kurma. Boleh guna rempah sup. Saya suka guna rempah kurma. Bagi rasa nasi lebih sedap.

  4. 4

    Masukkan beras, kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi bersama air secukupnya.

    Perasakan nasi dengan garam secukupnya. Tutup periuk, biar nasi masak.

  5. 5

    Untuk sambal pula, kisarkan lada merah basah bersama bawang putih dan halia.

    Masukkan dalam periuk, masak bersama air asam jawa. Perasakan dengan gula, garam dan perasa secukupnya.

    Masakkan hingga mendidih.

    Untuk sup, gunakan air rebusan ayam. Tambahkan air lagi. Masukkan kiub pati ayam, kemudian perasakan dengan garam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
pada
Muar, Johor
Make Everyday Cooking Fun 👩🏻‍🍳🥳
Baca lagi

Resipi Sepertinya