Nasi Ayam Shikin Saerah

Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @shikin_saerah
Perak

#bazaarramadan #goldenapron2020 Ramadan-8, PKP-45: Kalau dah suka & selagi tak jemu, masak selalu pun OK je menu nasi ayam ni 😁.

Salah satu set nasi kegemaran saya. Puas hati bila masak sendiri. Tak adalah isu dapat ayam tulang/ ayam kecil 😅.

Seperti kebanyakan orang, saya pun ada keeper resipi nasi ayam. Tak banyak beza pun dengan resipi nasi ayam yang lain. Cuma, ada 2 bahan penting yang saya gunakan dalam resipi saya ni iaitu bawang putih & halia. Saya jadikan pes bawang putih-halia. Setiap elemen dalam resipi ini, saya masukkan sedikit pes tu & selalu buat lebih sikit. Ada lebih tak apa. Nanti boleh digunakan dalam masakan lain 😊.

Kali ni, saya goreng je ayam tu. Dua-dua versi, bakar/ goreng pun sedap 😋.

#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah

Nasi Ayam Shikin Saerah

22 orang bercadang membuatnya

#bazaarramadan #goldenapron2020 Ramadan-8, PKP-45: Kalau dah suka & selagi tak jemu, masak selalu pun OK je menu nasi ayam ni 😁.

Salah satu set nasi kegemaran saya. Puas hati bila masak sendiri. Tak adalah isu dapat ayam tulang/ ayam kecil 😅.

Seperti kebanyakan orang, saya pun ada keeper resipi nasi ayam. Tak banyak beza pun dengan resipi nasi ayam yang lain. Cuma, ada 2 bahan penting yang saya gunakan dalam resipi saya ni iaitu bawang putih & halia. Saya jadikan pes bawang putih-halia. Setiap elemen dalam resipi ini, saya masukkan sedikit pes tu & selalu buat lebih sikit. Ada lebih tak apa. Nanti boleh digunakan dalam masakan lain 😊.

Kali ni, saya goreng je ayam tu. Dua-dua versi, bakar/ goreng pun sedap 😋.

#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. Pes Bawang Putih & Halia
  2. 2(bawang putih) : 1 (halia)
  3. Contoh: 100g bawang putih : 50g halia
  4. Air Rebusan Ayam & Sup
  5. (A)
  6. 1/2ekor @ 900g ayam
  7. 2sdb pes bawang putih & halia
  8. 1 batangserai (saiz kecil)
  9. 1ketul kiub pati ayam
  10. 2 Lair
  11. (B)
  12. 1sdt serbuk lada putih
  13. Garam secukupnya
  14. Hirisan daun sup & daun bawang
  15. Nasi
  16. 1sdb marjerin
  17. 1 batangkulit kayu manis
  18. 2kuntum bunga lawang
  19. 2 helaidaun pandan
  20. 1 batangserai
  21. 2 cawanberas
  22. 3 cawanair rebusan ayam
  23. 1sdb pes bawang putih & halia
  24. Secubit serbuk kunyit
  25. Ayam Goreng/ Bakar
  26. Ayam yang telah direbus
  27. 1sdb pes bawang putih & halia*
  28. 1/4 cawankicap manis*
  29. 1/8 cawankicap masin*
  30. 1/8 cawansos tiram*
  31. 1/2sdt minyak bijan*
  32. Sos Cili
  33. 5-6biji cili merah
  34. 1 cawanair rebusan ayam
  35. 1sdt pes bawang putih & halia
  36. 1sdb jus cuka
  37. 2sdb gula pasir
  38. 1/2sdt garam
  39. Kuah Kicap
  40. Lebihan perapan ayam
  41. 1 cawanair rebusan ayam
  42. Sayur-sayuran
  43. Daunsalad
  44. Timun
  45. Tomato

Cara Memasak

  1. 1

    Pes Bawang Putih & Halia: Kisar bawang putih & halia dengan sedikit air.

  2. 2

    Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga kering.

  3. 3

    Air Rebusan Ayam & Sup: Masukkan kesemua bahan (A) ke dalam periuk & masak sehingga mendidih.

  4. 4

    Keluarkan ayam & asingkan air rebusan yang diperlukan untuk memasak nasi, membuat sos & kuah kicap.

  5. 5

    Masukkan lada putih serta perasakan dengan garam secukupnya ke dalam baki air rebusan. Didihkan seketika.

  6. 6

    Taburkan dengan hirisan daun sup & daun bawang.

  7. 7

    Nasi: Cairkan marjerin di dalam periuk nasi.

  8. 8

    Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, daun pandan & serai. Tumis seketika.

  9. 9

    Masukkan pula beras, air rebusan ayam, pes bawang putih & halia serta serbuk kunyit. Kacau rata.

  10. 10

    Masaklah nasi seperti biasa.

  11. 11

    Ayam Goreng/ Bakar: Satukan kesemua bahan yang bertanda *.

  12. 12

    Lumurkan pada ayam & perap seketika.

  13. 13

    Goreng ayam sebentar sahaja sehingga kulitnya garing/ bakar di dalam oven pada suhu 190C selama 30-35 minit.

  14. 14

    Sos Cili: Kisar cili dengan air rebusan ayam.

  15. 15

    Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan bahan-bahan lain.

  16. 16

    Masak sehingga hilang bau cili & sedikit pekat.

    Nota:
    - Boleh gantikan penggunaan cuka dengan jus limau kasturi/ limau nipis.

  17. 17

    Kuah Kicap: Masukkan kedua-dua bahan ke dalam periuk & didihkan seketika.

  18. 18

    Sayur-sayuran: Potong mengikut kesukaan masing-masing & hidangan bersama set nasi ayam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @shikin_saerah
pada
Perak
FB: Noor Ashikin SaerahIG: shikin_saerahYouTube: Shikin Saerah
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya