Lo Mein

Ruth
Ruth @ruth45
Malaysia

Harini untuk lunch saya masakkan Lo Mein. Biasanya dengar Chow Mein (aka Mee Goreng) kan? Bagi saya Lo Mei lagi healthy berbanding mee goreng sebab hanya menggunakan sedikit minyak masak.

Lo Mein ni seakan-akan Chow Mein juga tapi dikurangkan masa gorengan mee nya. Apa beza Lo Mein berbanding Chow Mein? Bahan-bahan rencah Lo Mein (ayam, cendawan, sayuran) akan digoreng dahulu dan mee Lo Mein akan dimasakkan dulu sepenuhnya dan akan digabungkan sekali dan digaul pada masa yang singkat, berbanding digoreng bersama dan menggunakan mee yang belum dimasak.

Jom try bersama!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
2 orang
  1. 1 peketmee kuning (saya guna mee lidi)
  2. 300 gayam dipotong
  3. 1 kepingfishcake
  4. 1/2 ikatsawi
  5. 1/2 paketcendawan
  6. 50 gcarrot (dipotong memanjang)
  7. 1 ulasbawang putih dicincang
  8. 2 sudu besarminyak masak
  9. 1periuk air (untuk memasak/mencelur mee)
  10. Sos Lo Mein
  11. 1 sudu besarkicap cair
  12. 1 sudu besarkicap pekat
  13. 1/2 sudu besarminyak bijan
  14. 1/2 sudugula
  15. 1 sudu besarChinese Rice Wine (boleh dikecualikan atau diganti dengan jus epal)
  16. Sedikitlada sulah
  17. Sedikitgaram
  18. 1/2 sudutepung jagung

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Masakkan mee: Didihkan air di dalam periuk. Masukkan mee ke dalam periuk dan biarkan masak (5 minit). Tos kan ketepikan sampai sejuk.

  2. 2

    Sos Lo Mein: Campurkan semua ramuan untuk sos di dalam sebuah mangkuk kecil.

  3. 3

    Sediakan rencah seperti di dalam gambar. Boleh gunkan udang, capsicum, sayuran lain juka suka.

  4. 4

    Ambilkan 1 sudu sos dan gunakan untuk perapkan daging ayam (5 minit).

  5. 5

    Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih yang telah dicincang.

  6. 6

    Masukkan ayam, gaulkan sehingga separuh masak. Masukkan carrot, cendawan dan fishcake. Gaulkan semua sekali sampai masak.

  7. 7

    Kecilkan api, masukkan mee yang telah dimasak/dicelur. Tuangkan sos lo mein. Gaulkan semua sekali dan masukkan daun sawi yang telah dipotong tadi.

  8. 8

    Tutupkan api dapur dan hidangkan mee. Enjoy!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ruth
Ruth @ruth45
pada
Malaysia
Balancing weightloss and the desire to cook and eat
Baca lagi

Resipi Sepertinya