Nasi Hujan Panas, Ayam Ros & Acar

Hari ni nak share resepi set nasi hujan panas, ayam ros & acar. Aku amek kat blog ResepiCheNom... Ayam ros tu sedap tau. Aku bab² masak ni memang tak pandai sangat. Kalau bab baking ok. Bila dah masak tu try rasa, ya Allah sedapnya.... 😅😅😅Tapi tu la.. Bahan nak buat dia banyak dari resepi ayam ros biasa tu... Selalu jumpa dia letak susu cair atau santan ja... Resepi ni nahh.. Segala mak nenek kena beli. Tapi berbaloi sbb sedap...
Nasi Hujan Panas, Ayam Ros & Acar
Hari ni nak share resepi set nasi hujan panas, ayam ros & acar. Aku amek kat blog ResepiCheNom... Ayam ros tu sedap tau. Aku bab² masak ni memang tak pandai sangat. Kalau bab baking ok. Bila dah masak tu try rasa, ya Allah sedapnya.... 😅😅😅Tapi tu la.. Bahan nak buat dia banyak dari resepi ayam ros biasa tu... Selalu jumpa dia letak susu cair atau santan ja... Resepi ni nahh.. Segala mak nenek kena beli. Tapi berbaloi sbb sedap...
Cara Memasak
- 1
Hiris nipis bawang merah kecil & bawang putih.
- 2
Halia hiris tebal, senang nanti lepas masak boleh tarik keluar.
- 3
Basuh beras sampai jernih & hilang keruh, anggaran 3 Kali. Lepas basuh, boleh tapis & tos kering.
- 4
Panaskan minyak masak, mentega & minyak sapi.
- 5
Tak perlu cairkan sepenuhnya, terus masuk rempah 4 sekawan.
- 6
Masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Tumis sampai keperangan & naik bau tumisan.
- 7
Masukkan daun pandan untuk aroma, lebih wangi & berselera nasi nanti.
- 8
Masuk beras & goreng selama 3-4 minit, sampai dengar bunyi berdesir.
- 9
Masukkan susu cair, air, kiub pati ayam & sedikit pewarna kuning.
- 10
Masukkan garam & gula. Kacau sebati.
- 11
Pindah masuk dalam periuk nasi atau pressure cooker. Kemudian tunggu sampai nasi masak.
- 12
Selepas nasi dah masak, biar nasi kering dan suam-suam sebelum gembur, kalau gembur awal-awal takut patah & hancur nasi nanti.
- 13
Untuk warnakan nasi, boleh celup chopstick atau lidi dalam pewarna dan titis pewarna atas nasi. Seeloknya buat lubang & lorek-lorek pewarna dalam tu.
- 14
Guna warna merah, hijau & oren. Kalau pewarna terlalu pekat, boleh campur sikit dengan air sebelum titis atas nasi.
- 15
Dah siap letak warna boleh gembur nasi biar bercampur.
- 16
Kita masak ayam ros pulak. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga separuh masak. Angkat & ketepikan.
- 17
Panaskan minyak masak & tumis bahan rempah tumis, serai, daun pandan & bawang besar. Tumis sehingga bawang kekuningan & naik bau.
- 18
Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau & kemudian masukkan pula bahan kisar B & diikuti bahan kisar C. Masukkan tomato sup, tomato puri & susu cair. Masak di atas api perlahan & kacau supaya tidak hangus di bawah.
- 19
Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-bahan & rempah masah sehingga pecah minyak.
- 20
Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng & biarkan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit.
- 21
Kemudian masukkan santan pekat & masak sehingga kuah menjadi pekat & berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
- 22
Angkat & tabur dengan daun pudina & bawang goreng.
- 23
Kita buat acar pulak. Timun kupas kulit jarak-jarak kemudian cakar dengan garfu. Belah 2 timun & hiris nipis. Biji tak perlu Huang. (aku buang biji & potong nipis panjang²)
- 24
Nenas kupas kulit & hiris halus
- 25
Bawang besar & cili padi (kalau nak kurang pedas boleh ganti dengan cili besar) hiris nipis.
- 26
Untuk rasa masam kita boleh guna cuka makan, limau nipis & lemon.
- 27
Masuk semua bahan potong, gula, garam & jus lemon dalam mangkuk. Gaul sebati kemudian simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Nasi hujan panas Nasi hujan panas
Cara Aznie buat nasi hujan panas. Simple je tapi menambah nasi kalau hubby dengan anak-anak makan. Selalu kalau ni dihidangkan bersama ayam masak merah juga acar je. sebab buat yang mudah-mudah. Selamat mencuba semua Aznie Khasri -
Nasi Hujan Panas Makan Bertambah Nasi Hujan Panas Makan Bertambah
Resepi asal dari sis Aznie khasri.First time buat terus menjadi teruslah kita post sini. Untuk kegunaan akan datang dan semua. Moga ilmu ni berpanjangan 🥰Sedap tau makan dengan ayam masak merah. Nyumm. Jom buat! Farahana Aina -
Ayam Masak Ros Ayam Masak Ros
Ayam masak ros ni saya buat untuk dipadankan dengan nasi tomato. Bau daun pudina dan penggunaan minyak sapi dalam masakan buatkan aromanya harum. Beza dengan ayam masak merah sebab ayam masak ros menggunakan santan dan susu cair. Ayam pula bole digoreng dahulu separuh masak atau terus dimasuk dalam masakan.#goldenapron2020 Mizzanem -
Nasi Hujan Panas Nasi Hujan Panas
Nasi ni sama saja dgn nasi-nasi lain esp nasi minyak kecuali warna. Nasi ni mcm biasa, boleh makan dgn lauk ayam masak merah, jelatah dan daging karipule.#BazaarRamadan#cookpad#CookpadMalaysia#goldenapron2020 MaRulez Arif -
👩🍳Nasi Tomato 👩🍳Nasi Tomato
Hari ni nak cooksnap resipi Nasi Tomato untuk lunch.Inspirasi resipi cookpader @marulez 🌹Nasi dihidang bersama Ayam Masak Ros, Kurma Telur dan Acar Nanas. Meriah!#pejuang2KResipi1157/2K Mahadiah -
Nasi Hujan panas Nasi Hujan panas
#MealPlan #1414recipe #Pejuang2KResepiMinggu lepas hari jadi mak, Aznie masakkan untuk makan bersama mak, adik, ipar duai juga anak-anak buah. Memang menu ni Aznie buat ikut permintaan semua. Alhamdulillah sedap, seronok tengok semua makan. Resepi Aznie follow dari @JuliaAA_merecik , terima kasih suka sangat❤️Lupa nak ambik gambar awal-awal. Bila dah malam baru teringat nak ambik gambar🤦♀️. Jadi la kan dari tak ada😄. Nasib lauk ada sikit lagi. Aznie Khasri -
Nasi Hujan Panas Nasi Hujan Panas
Day134/366/2020/Mei/13Day57 #14harimencintaiku #PKPBNasi ini dimasak untuk Iftar Hari ke18. Saje mencuba pelbagai variasi nasi. Buat resipi mudah-mudah je tapi sedap 😋 Salina Jalaludin -
Ayam Masak Ros Ayam Masak Ros
#bazaarramadan #minggu5#goldenapron2020 #minggu4Ayam masak Ros ni sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato dan pelbagai lagi jenis nasi. Alhamdulillah keluarga sukakannya sebab dimasak dengan penuh kasih sayang. Selamat mencuba guys. Roselina Hanid -
Nasi Hujan Panas Nasi Hujan Panas
#goldenapron2020#cookpadmalaysiaMasih dalam mood Raya,menjamu selera dengan masakan kampung hari ini.Nasi Hujan Panas dihidangkan bersama set lauk-pauk pilihan .... ha.lim39 -
Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah
Set nasi tomato dengan ayam masak merah serta jelatah(acar timun),orang Perak panggil jelatah 😄. #bazaarramadan #pkpphase3 #staysafe Meor SR -
-
Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah
Hari ni masak special sikit.. dah lama tak masak nasi hujan panas..selalunya masak nasi minyak, nasi tomato & nasi ayam kalau nasi jenis beraroma macam ni.. Saya hidangkan nasi ni bersama ayam masak merah & acar tumis. Anak2 berselera makan..diorang bawa bekal ke sekolah sekali.. Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen