Rendang Udang #KCHUP

Eka Zahra
Eka Zahra @mamaeka1208
Kuala Lumpur

Berbanding rendang ayam dan daging, rendang udang ni cepat siap sbb udang tak perlu dimasak lama. Rasa pun tak kalah sedapnya dgn rendang yg lain...salah satu lauk feveret kami sekeluarga juga di hari raya❤

Rendang Udang #KCHUP

Berbanding rendang ayam dan daging, rendang udang ni cepat siap sbb udang tak perlu dimasak lama. Rasa pun tak kalah sedapnya dgn rendang yg lain...salah satu lauk feveret kami sekeluarga juga di hari raya❤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500grm udang size besar, lumur air limau & garam
  2. 1 kotakkecil santan
  3. 1 sudu tehserbuk kari ikan
  4. 1 sudu makankerisik
  5. 3 sudu tehair asam jawa
  6. Hirisan daun kunyit
  7. Garam dan penyedap rasa
  8. Bahan2 kisar :
  9. 1bj bawang besar
  10. 5 ulasbawang merah
  11. 3 ulasbawang putih
  12. 5bj cili padi merah
  13. 7bj cili merah
  14. 3btng serai ambil bahagian putih saja
  15. 1inci kunyit
  16. 1inci halia
  17. 1inci lengkuas

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan2 :

  2. 2

    Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Kemudian masukkan santan dan air asam jawa. Kacau rata.

  3. 3

    Masukkan serbuk kari ikan, kacau rata. Masak hingga kuah sedikit pekat kemudian masukkan kerisik, hirisan daun kunyit, garam dan penyedap rasa. Kacau rata.

  4. 4

    Setelah kuah pekat masukkan udang dan kacau rata. Biarkan hingga udang masak dan pecah minyak.

  5. 5

    Rendang udang siap dihidang ❤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Eka Zahra
Eka Zahra @mamaeka1208
pada
Kuala Lumpur

Komen

Resipi Sepertinya