Nasi Kerabu Tumis

Nasi Kerabu salah satu makanan kegemaran saya. Mungkin sebab faktor ramai kawan-kawan saya dari negeri pantai timur 😅
Selalu nasi kerabu sinonim dengan warna biru bunga telang. Kali ini saya mencuba nasi kerabu warna kuning kunyit pula.
Nasi Kerabu Tumis
Nasi Kerabu salah satu makanan kegemaran saya. Mungkin sebab faktor ramai kawan-kawan saya dari negeri pantai timur 😅
Selalu nasi kerabu sinonim dengan warna biru bunga telang. Kali ini saya mencuba nasi kerabu warna kuning kunyit pula.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahan ulam: hiris halus kacang panjang, bunga kantan, kesum dan kubis. Gaul mesra semua bahan hirisan dalam satu mangkuk.
- 2
Bahan Kuah Tumis : Kisar semua bahan dengan sedikit air (kecuali gula melaka, santan dan serai). Tumis bahan kisar, masukkan serai dan gula melaka sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan santan satu kotak kecil. Gaul sebati dengan api sederhana.
- 3
Bahan untuk nasi: Cuci beras. Masukkan serai, daun limau purut dan serbuk kunyit. Tambahkan air secukupnya seperti memasak nasi biasa.
- 4
Bahan Serunding Kelapa : ikan kembung direbus dan diasingkan isi bersama tulang. Sangai kelapa parut terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk halus (halia, cili padi, bawang kecil, serai, dan isi ikan kembung). Kacau berterusan dengan api sederhana untuk elak hangit. Apabila kelapa berubah warna coklat. Masukkan gula (lebihkan) dan sedikit garam.
- 5
Hidangkan semua bersama : telur masin, keropok ikan, sambal lada (lihat menu sebelum) dan ikan bakar / ayam bakar / daging bakar. Siap.
Resipi Sepertinya
-
Nasi Kerabu Kuning (KELANTAN DARUL NAIM) Nasi Kerabu Kuning (KELANTAN DARUL NAIM)
Nasi Kerabu.Memang sinonim dengan negeri che siti wan kembang. Digemari seluruh rakyat Malaysia.Sebab ianya boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk. Ayam bakar, daging bakar, ICT, solok lado, dan macam-macam lagi.Resipi inspirasi dari chef hebat @mamy_nurul . Memang sedap dan terbaik resipi dia, tapi ada ubah suai sikit mengikut citarasa.Warna asal nasi kerabu warna biru, aslinya dari bunga telang. Tapi bunga nya tiada, pewarna biru pun takde. Tapi tak kisah, ada yang biarkan sekada putih, ada warna hijau. Yang penting sedap.#merdekapassport Kakak Faa -
Nasi kerabu bunga telang Nasi kerabu bunga telang
Nasi kerabu dari negeri cik Siti Wan Kembang @ negeri kelantan. Memang renyah membuatnya tapi puas hati makannya. Sanggup makan dari pagi hingga ke malam. Tak jemu- jemu. Mari kita try..Untuk menghasilkan nasi berwarna biru, kita boleh gunakan bunga telang.Bahan asli yang berkhasiat. Terimalah bahan daku sedia ada#CookEveryPart3 Ani Delighted -
Nasi Biru Bunga Telang Nasi Biru Bunga Telang
Nasi kerabu yang asli warnanya adalah dari bunga telang. Oleh kerana zaman sekarang sukar nak dapat bunga telang, jadi biru nasi kerabu biasanya hanya diletak pewarna makanan.Mungkin ramai yang tak tahu betapa tingginya khasiat bunga telang ni. Sebenarnya saya pun baru juga tahu, ingatkan hanya sekadar membeli impak warna biru pada makanan je.Setelah buat sedikit pembacaan, Bunga Telang atau dalam Bahasa Inggerisnya Butterfly Pea Flower atau Clitoria Ternatea menyenaraikan khasiat berikut, antaranya:• antioksidan• mencerahkan penglihatan• melebatkan rambut• memperbaiki kulit• melancarkan pernafasanAgaknya inilah antara rahsia orang Pantai Timur kulitnya cantik-cantik kan? Beauty secret from the east, you are what you eat. Begitulah.Oleh kerana tempoh hari bunga telang berlambak-lambak berbunga di luar, jadi saya cubalah birukan nasi. Makan dengan telur dadar je pun. Hehe.#nutrifest #resepisihat #saturesepisatupohon#minggu18 #goldenapron Nuraliyah Mn -
Kerabu Saghe (Sarang) Kerabu Saghe (Sarang)
Walau pun saya bukan org Pantai Timur, kita cubalah resepi2 authentic Pantai Timur yang sedap-sedap dan unik. Saya cuba resepi kerabu ini yang katanya sangat ditunggu2 semasa Bulan Ramadan/Buka Puasa. Jom try. Saya suka resepi ini sbb dia mcm resepi Nasi Kerabu. Ada Tumis dan ada Sambal Kelapa. Cuma saya add Sambal belacan untuk selera. MaRulez Arif -
Nasi Kerabu Biru Nasi Kerabu Biru
Day159/366/2020/Jun/7#goldenapron2020 #minggu7Sejak PKP memang tak makan dah lah nasi kerabu. Lepas tu dok tengok pulak Drama " Nasi Kerabu untuk Cik Abe". Fuhhh..tengok Izzue Islam makan nasi kerabu dengan budu. Terus teringin nak makan nasi kerabu tu. Tapi kali ni berbeza sedikit, hakak masak sendiri. Barulah puas makan dan boleh lah bagi adik beradik serba sikit merasa air tangan orang Perak pior masak menu tradisi negeri Kelantan. Salina Jalaludin -
Nasi Kunyit Nasi Kunyit
Mungkin ramai tidak tahu ..Nasi Kunyit atau pulut kuning adalah makanan yang sama .Di Terengganu,terutama pada golongan "orang lama" memanggil Nasi Kunyit .Kebiasaannya pulut kuning di makan bersama rendang/serunding...Tetapi,Nasi Kunyit kebiasaannya di makan bersama gulai ayam/daging ..Gulai itu pula di masak menggunakan rempah Terengganu..#MerdekaMonth citarasa pantai timur -NasiWeek 2 FZ Adzlin -
Nasi Kerabu Tumis Nasi Kerabu Tumis
Nasi kerabu ni sgt sedap. Enak dimakan dan sesuai utk semua peringkat umur, tak kira siang atau malam..dia ada byk versi.. ada yg makan dgn kuah tumis.. ada yang kosong makan dgn sambal lada.. tp tekak yana lebih prefer dgn kuah tumis..baru tak rasa kering kan.. dari segi nasi pulak ada yg buat warna putih, kuning atau biru.. yana suka biru.. baru ada feel nak bernasi kerabu. Hehehe.resepi ni simple, cuma byk bahan yang kena prepare . Tp hasil berbaloi tambah lg kalau jamu pd keluarga or kawan2.. . jom yana share resepi dgn korang. Liana Juharie -
Nasi kerabu tumis golok ori klate Nasi kerabu tumis golok ori klate
Suami teringin nak makan nasi kerabu golok. Disebabkan tak boleh nak balik maka terhasilah nasi kerabu tumis golok ori klate ni. Musim pkp ni sedap layan nasi kerabu golok makan berulang². Resepi ni dari sepupu suami yang asalnya dari golok. Saya olah sedikit resepi ni untuk jadikan lebih sedap. Che Zie -
Nasi Kerabu Nasi Kerabu
Saya jarang buat nasi kerabu walaupun saya suka makan sebabnya kalau masak nasi kerabu saya akan asyik ulang makan sampai 3,4 kali sehari 🤣😅.. Bila teringin sangat baru saya buat. Azizah Mansor -
Nasi kerabu hitam (bunga telang) Nasi kerabu hitam (bunga telang)
Nasi kerabu hitam sesuai untuk sarapan pagi atau tengahari. Penyediaannya boleh dikatakan agak rumit dan memakan masa yang lama, terutamanya jika digandingkan dengan solok lada dan ayam percik. Biasanya nasi kerabu hitam tidak menggunakan sambal tumis hanya sambal lada, sambal nyior dan budu yang dimasak. Dr. Zie Azizah -
Nasi kerabu Nasi kerabu
Nasi kerabu yang sangat sedap. Resepi dari rancangan Mat Saleh Cari Makan dari youtube. Telah dicuba. Zairunizam Umar -
Nasi Ulam Beras Merah Nasi Ulam Beras Merah
#globalapron2024#challenge31#Thinkpink🩷#BreastcancerAwareness#pinkoctoberwithcookpadNasi ulam utara ada sedikit perbezaan dengan nasi kerabu pantai timur. Ulaman yang banyak sangat bagus untuk kesihatan. Bagi saya nasi ulam ni tak jemu di makandi tambah pula dengan bahan sampingan ikan kering, telur masin , ayam bakar dan keropok goreng.Magic pantryBeras merahBunga kantanGaram himalaya Ani Delighted
Lebih Banyak Resipi
Komen