ShellOut

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

Teringin nak buat sendiri ShellOut, maka hari ini Yani melunaskan keinginan tersebut mengikut cara Yani.

Untuk resipi ini Yani cuma guna Udang dan sotong kerana tak ada ketam yang helok dan kerang-kerangan lain (🤣sebab Yani tak makan jenis2 lala ke, kupang ke)..

Jadi, boleh guna je apa jenis makanan laut yang anda suka ok✌😆.

ShellOut

Teringin nak buat sendiri ShellOut, maka hari ini Yani melunaskan keinginan tersebut mengikut cara Yani.

Untuk resipi ini Yani cuma guna Udang dan sotong kerana tak ada ketam yang helok dan kerang-kerangan lain (🤣sebab Yani tak makan jenis2 lala ke, kupang ke)..

Jadi, boleh guna je apa jenis makanan laut yang anda suka ok✌😆.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20-30 minit
3 sajian
  1. Bahagian A : Makanan Laut
  2. 15 ekorudang
  3. 10 ekorsotong (dipotong 3 setiap 1 ekor)
  4. Garam dan kunyit untuk goreng makanan laut
  5. Bahagian B : Sayuran Campur
  6. 1 batangcarrot
  7. 3 batangkacang panjang
  8. 15 btgkacang pis hijau
  9. 3kelopak brokoli
  10. 3kelopak bunga kobis
  11. 2 batangjagung manis (dipotong dan direbus)
  12. Beberapahirisan lemon
  13. Bahagian C : Bahan Kuah
  14. 4 ulasbawang putih (ditumbuk)
  15. 3 bijibawang merah kecil (ditumbuk)
  16. 1 incihalia (ditumbuk)
  17. 2 bijibawang holland (dimayang bulat)
  18. 1/2 peketrempah kari Udang, Ketam & Ikan Masin Adabi
  19. 1 cawanair
  20. 1/2 tinsusu cair
  21. 1/2 sudugaram
  22. 2 suduminyak masak untuk menumis
  23. 2-3 sudubutter

Cara Memasak

20-30 minit
  1. 1

    Rebus jagung sehingga empuk. Kemudian toskan airnya.

  2. 2

    Udang dan sotong digaul dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng beberapa minit. Angkat dan toskan minyak.

  3. 3

    Tumis bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan (minyak masak dan tambah butter). Kemudian masukkan rempah sebanyak 1/2 paket atau ikut kesesuaian. Masukkan sedikit air, kacau sehingga pecah minyak. Masukkan susu cair dan tambah air untuk jadi kuah. Masukkan garam.

  4. 4

    Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sayuran campur. Kacau seketika dan masukkan pula udang dan sotong yang telah digoreng awal tadi. Masukkan juga jagung rebus dan hirisan bawang holland. Kacau rata semua bahan.

  5. 5

    Siap dihidangkan bersama nasi putih dan hirisan lemon. Boleh perah lemon untuk tambah rasa masam. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Resipi Sepertinya