Mee Kuah Udang Ketak/Lipan

Nana Isya
Nana Isya @nanaisya
Alor Setar, Kedah

Udang lipan atau juga dikenali dengan nama udang ketak kerana isinya berketak ketak . Kebetulan Kak Long ke pasar ada di jual udang ketak ni . Udang ini biasa di rebus sahaja. Isinya sikit kulitnya banyak . Rasanya sangat manis. Untuk resepi kali ini Kak Long akan buat kuah udang menggunakan isi udang ketak serta kulit udang di jadikan stock / kuah mee . Kak Long cooksnap resepi dari @zura_homemade . Kak long buat versi yang tak letak kacang. Jom @dapurdee .
#cookeverypart
#seafood

Mee Kuah Udang Ketak/Lipan

4 orang bercadang membuatnya

Udang lipan atau juga dikenali dengan nama udang ketak kerana isinya berketak ketak . Kebetulan Kak Long ke pasar ada di jual udang ketak ni . Udang ini biasa di rebus sahaja. Isinya sikit kulitnya banyak . Rasanya sangat manis. Untuk resepi kali ini Kak Long akan buat kuah udang menggunakan isi udang ketak serta kulit udang di jadikan stock / kuah mee . Kak Long cooksnap resepi dari @zura_homemade . Kak long buat versi yang tak letak kacang. Jom @dapurdee .
#cookeverypart
#seafood

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
12orang
  1. Kuah
  2. 3 kgudang ketak
  3. 3 ulasbawang merah
  4. 1 ulasbawang putih
  5. 1 mangkukcili kisar
  6. 1/2 cawanminyak
  7. 5 lair
  8. Garam
  9. Gula
  10. 1 cawanair bancuhan tepung jagung
  11. Bahan Mee dan Hiasan
  12. 3 bungkusmee kuning
  13. Taugeh
  14. Sawi
  15. Telur
  16. Cili Merah
  17. Daunsup
  18. Daunbawang
  19. Tomato
  20. Limau nipis
  21. Bawang goreng

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Cara untuk siang udang ketak, gunting tepi kiri dan kanan udang, kemudian cabut kulit atas udang. Keluar isi udang. Asingkan isi dan kulit.

  2. 2

    Basuh kulit bersih. Kemudian blend kulit halus dan tapis kulit udang. Ini akan dijadikan kuah mee udang. Ketepikan.

  3. 3

    Tumiskan bawang sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Masukkan air stok udang tadi. Biarkan sedikit mendidih.

  4. 4

    Masukkan isi udang. Perisikan dengan gula dan garam. Setelah mendidih. Masukkan bancuhan tepung jagung.

  5. 5

    Celur mee. Celur sawi, taugeh.

  6. 6

    Rebus telur dan kupas. Potong cili tomato, limau nipis, daun sup dan daun bawang.

  7. 7

    Setelah kuah siap dan bahan lain telah di potong bolehlah di hidangkan ketika kuah masih panas. Rasa manis udang memang upmh.. lah.. selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nana Isya
Nana Isya @nanaisya
pada
Alor Setar, Kedah
Mama kepada dua orang puteri. Suka memasak. Memasak adalah satu terapi. Suka try new resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya