Ayam Masak Kantan

Menu permintaan suami hari ini.Kebetulan pokok kantan belakang rumah tengah berbunga.Terjadilah Ayam Masak Kantan.Resepinya tidak terlalu pedas,dengan sedikit rasa masam,masin dan manis secukup rasa.Resepi pembuka selera,sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.
Ayam Masak Kantan
Menu permintaan suami hari ini.Kebetulan pokok kantan belakang rumah tengah berbunga.Terjadilah Ayam Masak Kantan.Resepinya tidak terlalu pedas,dengan sedikit rasa masam,masin dan manis secukup rasa.Resepi pembuka selera,sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.
Cara Memasak
- 1
Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam gunung dalam 20 minit.Ketepikan.
- 2
Siapkan bahan kisar dan bahan hiris.
- 3
Panaskan minyak masak dalam kuali,goreng ayam hingga 3/4 garing.Angkat,toskan.
- 4
Ambil separuh dari minyak goreng ayam tadi.Panaskan dalam kuali non stick.Tumis bahan kisar bersama serai.
- 5
Masukkan gula merah,pes asam jawa dan kicap lemak masin.Tumis hingga kering.Tuang sedikit air (dari 1 gelas air),masak hingga kering.Tuang sedikit lagi air.Ulangi proses hingga pecah minyak.
- 6
Masukkan ayam goreng bersama hirisan bunga kantan.Gaul hingga bercampur- rata.
- 7
Masukkan 1/2 gelas air,masak hingga menggelegak,masukkan garam gunung,seimbangkan rasa biar cukup masin,manis dan masamnya.
- 8
Masukkan hirisan bawang besar,balik-balikkan hingga bawang sedikit layu.Tutup api,siap.
Resipi Sepertinya
-
Lokan Goreng Pedas Thai Lokan Goreng Pedas Thai
#14#1stLokanGorengPedasThaiMasak Apa 1st Tahun 2022?.:Resepi pertama untuk Lokan 2022.Ada rasa masam,manis,masin dan sedikit pedas secukup rasa,berselera makan dengan nasi putih panas-panas. ha.lim39 -
Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan
Hidangan pembuka selera yang cepat disediakan,bahan-bahannya simple sahaja tapi sedap.Rasanya sedikit pedas,masin dan masam.Sedap dimakan bersama nasi panas,ubat tambah nasi ni,jangan cakap kita tak payung ya! #goldenapron ha.lim39 -
Ikan Sumbat Sambal Hijau Ikan Sumbat Sambal Hijau
Satu lagi menu ringkas,pembuka selera untuk hidangan kami hari ini- Ikan Sumbat Sambal Hijau.Dimasak dengan cara membakar,hanya sedikit minyak digunakan untuk melengser permukaan kuali.Dibungkus dengan daun pisang untuk membangkitkan rasa dan aromanya.Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.#saturesepisatupohon #goldenapron ha.lim39 -
Siakap Goreng Garing Sos Asam Jawa Siakap Goreng Garing Sos Asam Jawa
Siapa suka masakan campuran rasa masam,manis,masin dan pedas secukup rasa boleh cuba resepi ini,sedap uii makan dengan nasi panas-panas.Gerenti tambah nasi,takde lauk lain pun takpe.Jangan terkejut tengok sukatan Gula Perangnya sudah (ia digunakan untuk mengimbangi rasa masam dari air Asam Jawa dan air Lemon,juga rasa masin dari Sos Ikan. ha.lim39 -
Kering Tempe Kacang Kering Tempe Kacang
Lauk pembuka selera dari seberang - Indonesia.Kegemaran kami sekeluarga.Rasa rangup tempe dan kacang dengan rasa sedikit pedas,masam dan manis sambalnya sungguh memikat selera.Resepi Mr Google,k.ha olah semula dengan cara sendiri.Ada sedikit tambahan bahan disesuaikan dengan citarasa Malaysia. ha.lim39 -
Sambal Bunga Kantan Sambal Bunga Kantan
131/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1525 #pejuang2kresipiResipi ni inspirasi daripada Kak Ziana @limited_edition 🥰. Sedap kak sambalnya. Terima kasih tah ❤️.Idea resipi ni boleh digunakan jika pokok kantan kat rumah korang berbunga dengan banyaknya. Kalau saje2 nak p beli n masak tak yah lah. Bunga kantan pun lebih kurang harga bunga rosé dah haaa😅. Unless teringin naw buat ler. Honestly sedap sambal ni. Buat makan dengan nasi putih panas. Sedap 😋 Salina Jalaludin -
👩🍳Sambal Bunga Kantan 👩🍳Sambal Bunga Kantan
Lauk untuk berbuka. Pembuka selera.Sambal bunga kantan versi keringInspirasi resipi Ziana @limited_edition 🌹#Pejuang2KResipi#TeamBerbuka1254/2K Mahadiah -
Ayam Masak Merah Ringkas Ayam Masak Merah Ringkas
Lauk ini sesuai dimakan bersama nasi putih mahupun nasi lemak. Tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis.#goldenapron2020#phopxcookpad2020 Nora Hj Talib -
Fish Moolie Fish Moolie
#cookpadmalaysia'Indian Food' hari ini.Suka menu ni dengan rasa sedikit masam,lemak dan harum dari daun kari.Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.Lagi umph bila ada sambal belacan dan ulam-ulaman,berpadu sangat!😋 ha.lim39 -
Gulai Daging Kelantan Gulai Daging Kelantan
Masak Apa Untuk POTLUCK?.:Kalau ada jamuan Potluck atau majlis pertemuan keluarga hidangan Gulai / Kari Daging dicicah dengan roti memang tidak asing lagi di Kelantan.Resepi popular kegemaran ramai.Rasanya tidak terlalu pedas jadi kanak-kanak pun boleh menikmatinya.Biasanya dicicah dengan roti manis bulat,roti bantal @ roti sandwich putih.Gulai Daging ini sepatutnya ada diletak Ubi Kentang tapi k.ha tak letak sebab tiada dalam stok. ha.lim39 -
Asam Pedas Daging Tetel Ala Thai Asam Pedas Daging Tetel Ala Thai
#jekferlailer4evaHai Lailer!harap-harap Asam Pedas Daging Tetel Ala Thai ini dapat membantu memikat hati Mak Jekfer.Biasa Asam Pedas orang masak dengan ikan kan!haa yang ni versi daging mesti Mak Jekfer tak sabar nak mencubanya.InsyaaAllah sedap Lailer,ada rasa masam,manis,masin dan pedas secukup rasa.Jom masak Lailer!. ha.lim39 -
Salad Campur Salad Campur
'Latepost'baru sempat kongsi hari ini.Cuaca yang panas di luar,mulut rasa lemau semacam,rasa nak makan yang masam-masam sahaja.Terjadilah Salad Campur menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur,resepi mudah dan sedap.Cuma potong dan hiris,gaul rata semua ramuan,sejukkan sekejap di dalam peti ais,ianya siap untuk dinikmati.Resepi mudah dan sihat,sesuai untuk yang tengah berdiet juga.Salad ini sedap diratah atau dihidangkan sebagai pembuka selera bersama nasi dan lauk- pauk yang lain. ha.lim39
Lebih Banyak Resipi
Komen