Ayam Masak Halia

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Jitra

Inspirasi resepi daripada cookpadies @azurezwalterz . Tq dik 😘.

Pagi-pagi tadi duk cookwalking ( @sasha_sabrina betoi ka istilah tu? 🤭) kat wall Cp ternampak resepi adik cookpadies ni. Toing3.. 💡 Dah dapat menu untuk tengahari.

Suami pulak baru nak ke market, terus la pesan ayam seekor. And the rest is...bla.. bla..

Ayam Masak Halia is done.. 😋

Ayam Masak Halia

Inspirasi resepi daripada cookpadies @azurezwalterz . Tq dik 😘.

Pagi-pagi tadi duk cookwalking ( @sasha_sabrina betoi ka istilah tu? 🤭) kat wall Cp ternampak resepi adik cookpadies ni. Toing3.. 💡 Dah dapat menu untuk tengahari.

Suami pulak baru nak ke market, terus la pesan ayam seekor. And the rest is...bla.. bla..

Ayam Masak Halia is done.. 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2ekor ayam - potong kecil
  2. 4 ulasbawang putih - hiris nipis
  3. 2 cmhalia - dihiris halus memanjang
  4. 1biji bawang besar - hiris bulat kasar
  5. 1sudu besar kicap cair (guna kicap makan)
  6. 1sudu besar sos tiram
  7. 1/2 sudu tehlada sulah atau lada hitam
  8. 1 sudu tehserbuk kunyit
  9. 1 sudu tehgaram
  10. 1 sudu tehgula
  11. 1 sudu tehserbuk perasa
  12. 1biji cili merah - hiris nipis
  13. 1biji cili hijau - hiris nipis
  14. 1tangkai daun bawang - hiris panjang 2cm
  15. 1 1/2sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  16. Minyak masak secukupnya - untuk goreng ayam

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng sampai masak (tapi tak garing). Angkat dan ketepikan.

  2. 2

    Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng tadi..

  3. 3

    Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

  4. 4

    Masukkan bawang besar, masak sampai bawang agak layu.

  5. 5

    Masukkan pula air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Seimbangkan rasanya, tambahkan garam, gula dan serbuk perasa jika perlu. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

  6. 6

    Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.

  7. 7

    Angkat dan tabur dengan daun bawang dan Hidangkan bersama nasi panas.

  8. 8

    Tips:
    Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
pada
Jitra
It's all about food 🍲 🍝🍜I ❤️ cooking
Baca lagi

Komen (5)

Khyreen Hafiz4h
Khyreen Hafiz4h @eyreena
Semalam masak menjadi👍🏻 sedappp

Resipi Sepertinya