Tomyam Campur Thai Macam Dekat Kedai

Nab’s Kitchen Diary
Nab’s Kitchen Diary @nabskitchendiary
KL

#cppassport • NabThai • Uwu tinggal 5 hari nak masuk tahun 2021. Banyak jugak resepi berjaya di’cookpad’kan. Harap dapat membantu rakan-rakan yang sama tengah belajar masak jugak.

Buat rakan-rakan cookpad yang I follow, memang kalian sumber inspirasi sebab banyak betul resepi yang menarik, sedap-sedap dan gambar pun cantik-cantik belaka. Thank you very much 🌷 I will continuously improve myself 💪🏻

Tomyam Campur Thai Macam Dekat Kedai

#cppassport • NabThai • Uwu tinggal 5 hari nak masuk tahun 2021. Banyak jugak resepi berjaya di’cookpad’kan. Harap dapat membantu rakan-rakan yang sama tengah belajar masak jugak.

Buat rakan-rakan cookpad yang I follow, memang kalian sumber inspirasi sebab banyak betul resepi yang menarik, sedap-sedap dan gambar pun cantik-cantik belaka. Thank you very much 🌷 I will continuously improve myself 💪🏻

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
1 sajian
  1. Seafood: Udang / sotong / lala
  2. Ayam
  3. Sayur: Carrot / kobis bunga
  4. 2sb pes tomyam thai
  5. 1akar ketumbar
  6. Daunketumbar
  7. 2 helaidaun limau
  8. 1/2biji bawang besar (hiris)
  9. 1inci lengkuas
  10. 1 batangserai (ketuk)
  11. 3biji cili api (ketuk)
  12. 1senduk santan/susu cair
  13. Optional
  14. Air limau nipis
  15. Tomato
  16. Sos ikan

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan.

  2. 2

    Rebus air dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan pes tomyam thai (beli brand yang tulisan thai ni kalau nak sama macam kedai huhu) dan akar ketumbar (rahsia masakan thai sedap). Gaul rata.

  3. 3

    Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili dan daun limau purut. Kemudian masukkan ayam diikuti dengan carrot dan kobis bunga. Gaul rata sehingga ayam masak.

  4. 4

    Masukkan sedikit sos ikan dan susu sejat. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan gula. Jika mahu masam, boleh tambahkan tomato atau jus limau nipis. Adjust ikut citarasa. Masukkan udang. Gaul rata.

  5. 5

    Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Dah siapp~ Hidangkan dengan nasi putih, telur dadar, timun dan sambal belacan. Huwa meleleh air liur 🤤 Selamat menjamu selera!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nab’s Kitchen Diary
Nab’s Kitchen Diary @nabskitchendiary
pada
KL
Hello! Welcome to my humble crib👩‍🍳Tengah belajar masak-masak. Nota-nota masakan untuk survival diri. Resepi-resepi simple insyaAllah boleh ikut.Tekan # untuk lihat resepi mengikut kategori:1. Menu Malaysia: #NabMY2. Menu Raya: #NabRaya3. Menu Western: #NabWestern4. Menu Thai: #NabThai5. Menu Oriental: #NabOriental6. Menu Korea: #NabKorean7. Menu Sayur: #NabSayur8. Menu Air Fryer: #NabAirFryer9. Hi-Tea: #NabHiTea10. Minuman: #NabDrinks11. Eat Clean / Diet / 3S: #eatclean #sukusukuseparuh12. Menu Berpantang: #NabsPantangBtw, Mak Liha tu mak saya.Featured in:1. https://cookpadmalaysia.blog/2021/09/03/10-resipi-malaysia-comfort-food/
Baca lagi

Resipi Sepertinya