Ayam Bakar ala Wong Solo

ani skmn
ani skmn @NorSukiman85

Mengidam Apa Tu~~~

#ChooseToCook #SeleraHariIni

Sejak berpindah ke Penang, dah lama tak makan ayam bakar Wong Solo yg ada di salah satu cawangan di Kg Baru tu.. teringat-ingat je kesedapan ayam bakar yg manis2 gurih tu. Nak tunggu balik rumah family di Kg Baru ntah bila la pulak.. jadi kita google je resepi , dan terhasil lah ayam bakar ni. Walaupun renyah sikit nak buat, tapi hasil nya memang tak mengecewakan. Sedapp sangat! Memang ala2 ayam bakar Wong Solo la rasa nya. Di padukan dengan sambal bawang dan ulam-ulaman memang berselera sunggguh la. Korang semua kena cuba resepi ni tau..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 ekorayam (potong 2)
  2. 3 sudumarjerin
  3. 5 sudukicap manis abc
  4. Air
  5. Bahan rebusan ayam :
  6. 5 ulasbawang putih (kisar)
  7. 2 incihalia (kisar)
  8. 2 incikunyit hidup (kisar)
  9. 1 suduketumbar (kisar)
  10. 1 batangserai (ketuk)
  11. 3-4 helaidaun limau
  12. 3 sudu tehgaram
  13. 1 sudu tehlada sulah
  14. Bahan sambal olesan (kisar) :
  15. 1 bijibawang besar
  16. 6 ulasbawang putih
  17. Sedikitminyak
  18. 4-5 bijicili merah (buang biji)
  19. 1/2 kepinggula merah
  20. 1 sudu tehgaram
  21. Sedikitajinomoto
  22. Untuk sambal bawang :
  23. Sila klik pautan ini

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar halus bahan-bahan untuk rebusan ayam. Masukkan ke dalam kuali, tambah air, serai dan daun limau.

  2. 2

    Tambahkan garam dan lada sulah. Rasakan jika sudah ok. Masukkan ayam dan rebus selama lebih kurang 30 minit atau sehingga ayam masak dengan menggunakan api perlahan. Setelah 15 minit pertama terbalikkan ayam untuk dapatkan ayam yang masak sekata. Angkat dan ketepikan ayam.

  3. 3

    Untuk sambal olesan ayam :
    Kisar halus bawang putih bersama bawang merah(saya guna sebiji je) dengan sedikit minyak. Rebus cili merah sehingga lembut dan kisar dengan sedikit air.

  4. 4

    Cairkan margerin, tumis bawang putih dan merah kisar sehingga wangi (2-3 minit). Kemudian masukkan cili merah kisar dan masak lagi dalam 2-3 minit.

  5. 5

    Masukkan garam, ajinomoto dan gula merah sehingga mencair. Masak sehingga sambal betul-betul masak. Ketepikan.

  6. 6

    Untuk sapuan atas ayam, campurkan 2 sudu sambal olesan + 5 sudu kicap manis abc + 2 sudu air. Kacau sebati.

  7. 7

    Sapukan ke atas ayam di semua bahagian dan bakar di atas dapur dengan api perlahan.

  8. 8

    Untuk sambal bawang :
    Klik pautan ini

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ani skmn
ani skmn @NorSukiman85
pada

Komen

Resipi Sepertinya