Nasi ayam

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Anak-anak paling suka kalau masak nasi ayam, kalau buat nasi ayam kerap la diaorang makan nasi. Inspirasi resepi dari akak kita @Sirap_Cheese . Nampak mudah & simple bahan serta penyediaan, cuma ada bahan-bahan yang saya ubah sedikit mengikut citarasa.

Nasi ayam

Anak-anak paling suka kalau masak nasi ayam, kalau buat nasi ayam kerap la diaorang makan nasi. Inspirasi resepi dari akak kita @Sirap_Cheese . Nampak mudah & simple bahan serta penyediaan, cuma ada bahan-bahan yang saya ubah sedikit mengikut citarasa.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. BAHAN REBUSAN AYAM:
  2. 5 ketulbahagian paha ayam
  3. 2 incihalia (potong kasar & ketuk)
  4. 1/2 labubawang putih (ketuk)
  5. Secukupnyaair
  6. BAHAN PERAPAN AYAM:
  7. 1/2 cawansos tiram
  8. 1/4 cawansos cili
  9. 1/4 cawansos tomato
  10. 2 sudu besarmadu
  11. 3 sudu besarkicap manis
  12. BAHAN NASI:
  13. 3 cawanberas
  14. 3 cawanair rebusan ayam
  15. 1 cawanair
  16. 1 kiubpati ayam
  17. 2 sudu makanbutter/marjerin
  18. 1 helaidaun pandan (carik & simpul)
  19. 3 ulasbawang putih**
  20. 1/2 incihalia**
  21. (tumbuk bahan bertanda **)
  22. BAHAN SUP:
  23. Air rebusan ayam
  24. 1 kiubpati ayam
  25. BAHAN SAMBAL/SOS:
  26. 5 bijicili merah
  27. 1 bijitomato
  28. 2 ulasbawang putih
  29. Secukup rasagula
  30. Secukup rasagaram
  31. Secukupnyaair rebusan ayam
  32. BAHAN KICAP:
  33. Lebihan perapan ayam
  34. Sedikitair rebusan ayam
  35. Sedikitgaram jika perlu
  36. BAHAN ULAMAN:
  37. Timun
  38. Tomato
  39. Daunsalad

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan ayam, masukkan ke dalam periuk dan isi air secukupnya. Masukkan halia dan bawang putih. Rebus ayam hingga separuh masak. Kemudian keluarkan ayam. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan ayam. Ketepikan dahulu.

  2. 2

    Basuh beras dan toskan. Cairkan butter, tumis bawang putih, halia dan daun pandan hingga wangi.

  3. 3

    Tuang ke dalam periuk nasi, masukkan air rebusan ayam, air dan juga kiub ayam. Kacau rata dan masak seperti biasa.

  4. 4

    Kisar semua bahan sambal, kemudian masak sehingga pekat. Tutup api.

  5. 5

    Goreng ayam yang telah diperap tadi. Sejukkan sebentar kemudian potong.

  6. 6

    Untuk kicap, lebihan bahan perapan ayam tadi masak bersama sedikit air rebusan ayam. Kalau tak masin tambah garam. Dah mendidih tutup api. Untuk sup pula, lebihan air rebusan ayam tadi panaskan, tambah kiub ayam dan sedikit garam jika kurang masin. Masak hingga mendidih. Siap.

  7. 7

    Bila semua siap. Hidang bersama-sama dengan ulaman yang disukai.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
terima kasih sudi mencuba, suka sgt yg ni. penuh dgn kenangan

Resipi Sepertinya