Nasi Ayam Hainan Menu SIHAT "Chinese food"

7/2023❤
"Chinese Food Sihat"
Menu sihat Chinise Food yang paling ummi suka dan ia juga kegemaran anak manja ummi adalah Nasi Ayam Hainan. Rizqi kalau hari-hari masak nasi ayam pun takpe.
Harini Ummi masak Nasi Ayam Hainan ni rizqi ulang makan sampai 3 kali. Cuma kali ni ummi buat guna dada ayam je..itu je stok ayam yang ada dalam peti ais.
Yang penting dapat tunaikan permintaan anak manja ummi tersayang.Dan secara kebetulan ummi boleh tepek resepi Chinese food untuk tema kali ini. 👍
Jom kam... @kamarullah join tema sihat kali ni. 👍😋
Cara Memasak
- 1
Cara sediakan Ayam :
Masukkan halia, daun bawang yang dihiris dan air, rebus hingga mendidih dan ayam masak sempurna. - 2
Angkat ayam dari air rebusan dan terus masukkan dalam air ais selama 15-20 minit untuk hentikan proses memasak pada isi ayam.
- 3
Sapukan kicap cair pada ayam yang telah siap direbus.
- 4
Cara Masak Nasi:
Panaskan minyak,tumis bawang putih, bawang holland, daun pandan sehingga wangi. Masukkan beras goreng seketika. Masukkan kedalam periuk eletrik, tuang air rebusan ayam dan masukkan garam. - 5
Masak Nasi hingga masak sempurna.
- 6
Cara sediakan sos Halia :
Tumbuk halia dan daun bawang hingga halus, Panaskan minyak tuang kedalam halia dan daun bawang tadi. Gaul sebati ketepikan. - 7
Cara Sediakan sambal :
Blend halus cili besar dan cili padi,bawang putih dengan air rebusan ayam hingga halus. Tuang kedalam bekas. Tambah gula dan garam, Perah jus limau kasturi.kacau sebati. - 8
Cara sediakan sos kicap :
Satukan kicap cair, air rebusan ayam, minyak bijan gaul sebati.
**Nak lagi sedap masukkan 1 sudu sos halia. - 9
Sediakan hirisan timun, hirisan tomato dan salad untuk hidangkan bersama nasi ayam hainan.
- 10
Dahpun siap untuk dinikmati hidangan lazat lagi sihat chinese style ini.
**Lupa nak letak sos halia pulak kat situ 🤭😀
Carian Teratas bagi
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Jemput-Jemput Guna Nasi Ayam Hainan Jemput-Jemput Guna Nasi Ayam Hainan
Eh eh, dalam senarai #week18, ada tepung dan kulit ayam lah. Kebetulan dah pernah buat resepi guna dua bahan ini.Tempoh hari, pertama kali masak nasi ayam hainan guna kulit ayam. Sedap tau, sebab nasi tu macam nasi di kedai fast food, rasa lemak lemak masin macam tu.Lepas habis makan, ada ekstra nasi ayam hainan, maka simpan lah dalam peti sejuk. Macam biasa, suka buat eksperimen jemput-jemput, terhasil lah resepi JEMPUT-JEMPUT GUNA NASI AYAM HAINAN 😂. Layan je lah, hehehe.Resepi nasi ayam hainan saya olah dari Google. Resepi Jemput-Jemput, saya main agak-agak je 😃.#goldenapron23#kulitayam#tepung Alia Ali -
Roasted Chiken Rice (Nasi Ayam Bakar) Roasted Chiken Rice (Nasi Ayam Bakar)
🧑🍳706🧑🍳🍽️140/2023🍽️Dupe December 🍗🍚Nasi Ayam memang tak pernah jemu bagi keluarga ummi.Dari babah,ummi hinggalah ke anak semua gemar makan nasi ayam.Kalau berjalan-jalan diluar tempat kunjungan ummi sekeluarga adalah chiken Rice Shop Di 1Borneo menjadi pilihan.Tapi taklah selalu.Kebiasaannya ummi akan "dupe" masak sendiri dirumah.Lebih sedap,puas makan dan terjamin kenyang perut dengan bajet yang sederhana.Dengan bajet sekitar rm50 Ummi masak Nasi ayam ini boleh makan 6 orang.itupun siap boleh tambah.Kebetulan nenek rizqi sama macinya ada dirumah bercuti2,seronok dapat menikmati makan beramai2 macam makan direstaurant.Lebih Untung kan masak sendiri dirumah dan hidangkan menu sihat untuk keluarga tersayang 👍😋😍#DupeDecember Q'leenalee's Kitchen -
Nasi Ayam Simple untuk simanja ummi Nasi Ayam Simple untuk simanja ummi
🍽601🍽👩🍳36/2023👩🍳Cookbook Meal Plan Challenge!Menu Nasi Ayam memang wajib ada dalam list meal plan untuk anak ummi rizqi.Rizqi suka makan nasi yang ada rasa.contoh nasi lemak,nasi ayam,nasi briani dan lain2.Jika nasi putih pula rizqi akan pilih lauk dan sayur yang berupa sup. Q'leenalee's Kitchen -
Hainan Chicken Rice (Hǎinán jī fàn) 🇨🇳 Hainan Chicken Rice (Hǎinán jī fàn) 🇨🇳
Nasi Ayam Hainan merupakan makanan kaum Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia dan Singapura, serta di negara Thailand. Versi nasi ayam hainan yang terdapat di Malaysia dan Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis.Nasi ayam Hainan dinamakan kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang.Nasi ayam hainan yg saya masak kali ni tidak sama bahan-bahannya seperti memasak nasi ayam biasa. Nasi ayam hainan tidak ditumis dengan 3 sekawan, penggunaan bawang pun tak banyak. Tidak gunakan kiub pati ayam sebagai penambah rasa. Nasi ayam hainan juga tidak dihidangkan bersama daun salad dan tomato. Saya mencampurkan minyak bijan dan butter semasa menumis. Tumisan lemak ayam juga menaikkan aroma seperti masakan orang-orang cina.#cppassport Noor Atika Mahamood -
Nasi Ayam Untuk yang Tersayang❤"Air Fryer" (China)🇨🇳 Nasi Ayam Untuk yang Tersayang❤"Air Fryer" (China)🇨🇳
Menu Nasi Ayam selalu dimasak selang seminggu.Ini kerana Menu Nasi Ayam adalah menu kegemaran hero kecik ummi.Babahnya juga sudah menjadi penggemar nasi ayam juga dek kerana heronya suka makan Nasi Ayam.Nasi Ayam senang disediakan. Dimana bahan asasnya adalah ayam yang direbus terlebih dahulu. Air dari rebusan Ayam itu dijadikan bahan asas utama untuk masakan sampingan yang lainnya seperti nasi,sambal,sos kicap dan sup kosong.Maka lengkaplah menu nasi Ayam.Dari kajian,asal usul Nasi Ayam Ini adalah dari Negara China.Nasi Ayam Hainan sangat terkenal di Malaysia dan Singapura yg dibawa oleh masyarakat Hainan dari Negara China ke serantau asia. Orang China sangat menggemari Nasi ayam Hainan dimana ayamnya di kukus dan dihidangkan putih begitu sahaja.Namun tidak kurang juga yang menggemari nasi ayam yang direbus dan diperap dengan sos tiram dan kicap manis serta madu terlebih dahulu kemudian digoreng atau dipanggang hingga keperangan.Resepi Nasi ayam kali ini ada sedikit kelainan dari yang biasa saya buat. Jom tengok resepinya👍#cppassport Q'leenalee's Kitchen -
Braised Chicken Feet with Mushroom Braised Chicken Feet with Mushroom
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 27: CHINESE FOOD#GlobalApron2024COOKPAD MAGIC PANTRY:#ayam (kaki ayam) #daunbawang #halia #kicapmasin #shitakemushroom #sostiramSempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Chinese Food.Chinese style braised chicken feet, kadang ada yang panggil dimsum chicken feet, tiger skin chicken feet. Sebab tekstur kakibayam tu seakan akan kulit harimau selepas dimasak.Memang sedap buat ratah atau dimakan dengan nasi. Kakak Faa -
Nasi Ayam Hainan Nasi Ayam Hainan
#saturesipisatupohon #cookpadmalaysiaNasi ayam biasa tu dah selalu makan. Ni tiba-tiba terasa nak cuba resipi Nasi Ayam Hainan pulak. Tengok orang share resipi mudah je. Masak dalam periukatas dapur gas je, tak payah susah-susah nak kacau2 nasi ke apa ke.. Hehehe.. tu try masak tu. Ni percubaan kali pertama dan berjaya. Resipi ni saya ada olah sikit bahan (sebenarnya bukan olah apa pun, hanya tukar bahan je, sebab ada bahan yang kebetulan masa nak masak tu habis pulak). Jadi belasah jela masak ikut apa yang ada di dapur. Tu pun sedap. Makan bersama-sama sayur taugeh kicap. Best sangat. Salina Jalaludin -
Chinese Char Kuey Teow Chinese Char Kuey Teow
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 27: CHINESE FOOD#GlobalApron2024COOKPAD MAGIC PANTRY:#kicapmasin #kueyteow #sostiram #taugehSempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Chinese Food.Chinese Char Kuey Teow, kuey teow yang digoreng dengan aroma wok hei, kering, dan sedap. Berlainan dengan char kuey teow Melayu yang dibanjiri kuah dan basah basah gitu.Ikut citarasa masing masing nak kering atau berkuah. Tapi kalau ikut originality Chinese, memang kering la. Kakak Faa -
Udang Kukus Bawang Putih Udang Kukus Bawang Putih
🍽 576 🍽🌹10/2023 🌹👩🍳 23/1/23 👩🍳Chinese Food SihatBersempena CNY Minggu ini Tema Chinese Food Sihat. Kebetulan pula tadi ummi tertengok satu menu sihat di tv.Lupa pula program apa tetapi khas untuk Chinese New year. Terus terliur tengok menu udang stim ni dan teringin nak mencubanya.Dengan pantas call babanya rizqi minta belikan udang. Banyak tempat dia pergi habis katanya. Al-maklumlah cuti chinese new year kan. Udang besar -besar mestilah habis. Sebab menurut apa yang ummi tahu menu berasaskan udang juga sangat digemari masyarakat cina bila menyambut perayaan.Dengan tidak berputus asa ummi keluar sebelah malam pula ke mall sekali lagi untuk membeli udang. Alhamdulillah ummi dapat tetapi saiz sedikit kecil lah. Tak ada yang bersaiz besar. Takpe yang penting ada udangnya... Jom kita masak...🍤👩🍳Sedap sangat-sangat udang kukus bawang putih ni tau... Ummi meratah je... Lepasni kena buat lagi. Babah rizqi kesedapan. Apa lagi pulak makanan sihat macamni sesuai untuk seisi keluarga.#chinesefood#healthy#udang Q'leenalee's Kitchen -
Nasi ayam mudah dan sedap Nasi ayam mudah dan sedap
Nasi ayam ni salah satu menu yang kerap saya masak sebab favorite anak², bagi saya menu ni mudah dan cepat, tak perlu nak fikir lagi lauk apa yang perlu dimasak. Azizah Mansor -
Sup Wantan :Menu Sihat Mottainai (Chinese Style) Sup Wantan :Menu Sihat Mottainai (Chinese Style)
Hidangan sedap, sihat dan penggunaan bahan-bahan secara efektif tanpa pembaziran. Mottainai!Isi ayam dijadikan inti, tulangnya dijadikan bahan stok ayam.Isi udang juga dijadikan campuran inti, kulitnya disimpan boleh digunakan dalam rebusan kuah tomyam, char kue tiaw, laksa penang ataupun mi kari.Daun bawang digunakan di dalam inti wantan, akarnya pula digunakan dalam meningkatkan rasa kuah sup.✌️ Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen (5)