Bubur Nasi Daging

082/Julai2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2242 #TerusMelangkah3k
❤️ Cookpad Apron 2025 Week 17 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025
Bangun pagi di hari minggu terus teringin nak makan bubur nasi. Tu ambil seketoi daging terus rebus tu😅. Sebab tak dan nak defrost. Bila dah empuk daging tu barulah hiris kecil sikit. Tambah kentang. Then masak dengan beras.
Hakak buat tumis darat bawang putih je. Sebab kaedah ni lagi sedap dan harum bau bawang putih dalam bubur nasi kita.
Sementara tu untuk garnish, kutip jela segala jenis sayur yang ada dalam peti sejuk. Telur masin tu pun, nasib ada sebiji🤭. Makan dengan kicap. Puas hati sangat2 😌
Btw hakak guna beras bubur, tu tekstur beras sedikit hancur. Beras sebegini lebih cepat proses memasaknya.
Cookpad Magic Cart ( Week 17) :
🛒 Daging
🛒 Beras / Nasi Sejuk
🛒 Cili
Bubur Nasi Daging
082/Julai2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2242 #TerusMelangkah3k
❤️ Cookpad Apron 2025 Week 17 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025
Bangun pagi di hari minggu terus teringin nak makan bubur nasi. Tu ambil seketoi daging terus rebus tu😅. Sebab tak dan nak defrost. Bila dah empuk daging tu barulah hiris kecil sikit. Tambah kentang. Then masak dengan beras.
Hakak buat tumis darat bawang putih je. Sebab kaedah ni lagi sedap dan harum bau bawang putih dalam bubur nasi kita.
Sementara tu untuk garnish, kutip jela segala jenis sayur yang ada dalam peti sejuk. Telur masin tu pun, nasib ada sebiji🤭. Makan dengan kicap. Puas hati sangat2 😌
Btw hakak guna beras bubur, tu tekstur beras sedikit hancur. Beras sebegini lebih cepat proses memasaknya.
Cookpad Magic Cart ( Week 17) :
🛒 Daging
🛒 Beras / Nasi Sejuk
🛒 Cili
Cara Memasak
- 1
Daging direbus sehingga empuk. Rupa dia cenggitu sebab beku lagi tapi terus direbus sebab nak cepat 🤭
- 2
Kemudian daging dipotong nipis. Begitu juga kentang.
- 3
Masukkan semula dalam air rebusan daging tadi.
- 4
Beras dibasuh bersih dan dimasukkan ke dalam periuk berisi daging tadi.
- 5
Kacau sebati dan didihkan seketika.
- 6
Sementara tu, tumis bawang putih sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
- 7
Kemudian tuang dalam periuk berisi bubur nasi tadi.
- 8
Masak sehingga beras kembang dan kentang empuk. Sepanjang proses ni, jika air berkurangan. Tambah je air. Sebab buat bubur kan. Lembik macam mana pun takde hal. Perasakan juga dengan garam dan serbuk cukup rasa. Setelah itu, tutup api.
- 9
Cadangan Hidangan : Sendukkan bubur nasi ke dalam mangkuk. Di atasnya diletakkan sayur pak choy, hirisan tomato dan cili padi serta limau nipis. Dan juga telur masin.
- 10
Sedia untuk dihidangkan.
- 11
Selamat mencuba 😋
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Nasi Beriani Ayam Bawang Nasi Beriani Ayam Bawang
028/May2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2188 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 7 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Hakak masak menu ni semasa Ramadan yang lalu. Suami hakak ler nak makan Nasi Beriyani. Manakala hakak dok craving ayam bawang. Tu hakak masak kenangan gabungkan dalam satu hidangan. Alhamdulillah. Menepati citarasa kami berdua 🥰Cookpad Magic Cart ( Week 7) :🛒 Ayam🛒 Beras Salina Jalaludin -
Masak Lemak Labu Pucuk Manis Masak Lemak Labu Pucuk Manis
085/Julai2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2245 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 17 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Masak lemak labu ni boleh dikatakan comfort food bagi hakak. Asal ada labu je. Memang ni ler menunya. Kadang2 hakak buat masak bening je. Tapi tetap gabungan labu dan pucuk manis. Sedap tau makan dengan nasi putih panas. Ada Ikan goreng dan sambal belacan 🤤. Ajer sedap bebenor 😆Cookpad Magic Cart ( Week 17) :🛒 Labu🛒 Ikan Bilis🛒 Santan Salina Jalaludin -
Bakwan Jagung Bilis Bakwan Jagung Bilis
086/Julai2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2246 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 17 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Bakwan ataupun di Malaysia dipanggil cucur. Hakak buat ni petang tadi untuk bagi orang pasang air cond makan. Buatnya takdela banyak mana tapi yang datangnya ramai termasuk adik2 dan anak2 sedara 😅Jadi tadi hakak buat juga roti bakar kaya. Kopi susu dan sirap. Mak hakak lak bawa air kelapa. Sebut pasal mak. Selepas 2minggu discharge ni 1st time mak mai rumah hakak. Dah sihat letuuu. Alhamdulillah 🥰Jadi semua hakak masak tadi licin. Seronok rasanya. Menu ringkas je tapi bila makan beramai-ramai sedap dan sweet moment tu kan 😚Cookpad Magic Cart ( Week 17) :🛒 Jagung🛒 Bilis Salina Jalaludin -
Daging Goreng Kunyit Versi Suami Daging Goreng Kunyit Versi Suami
056/Jun2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2216 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 13 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Resipi ni suami hakak yang masak. Tu step by step seadanya sahaja. Dia masak semalam sebab hakak dok sibuk settlekan laundry dan kemas rumah. Yela setelah berhari-hari stay kat hospital. Tu better fokus tang tu dulu tu. So part memasak Kita serahkan pada suami 🤭Beza resipi daging goreng kunyit hakak dengan suami adalah hakak goreng daging dulu then letak serbuk kunyit. Manakala suami hakak gaul siap2 daging dengan serbuk kunyit kemudian baru goreng. Cara berbeza tapi rasanya lebih kurang sama je ☺️Cookpad Magic Cart ( Week 12) :🛒 Daging🛒 Kunyit🛒 Halia Salina Jalaludin -
Maqlooba Kambing Maqlooba Kambing
054/Jun2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2214 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 12 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Maqlooba ni versi contest Mission Foods tu guna wrap tu. Jika resipi asal hanya guna terung sahaja sebagai based Maqlooba. Hakak suka nasi ni sebab ia hidangan lengkap dengan karbo, protein, serat daripada sayuran dan kekacang. Jadi kalau makan tu puas sebab macam2 ada. Resipi ni hakak masak ketika Ramadan baru2 ni.Cookpad Magic Cart ( Week 12) :🛒 Daging kambing🛒 Cili Salina Jalaludin -
Laksa | لقس Laksa | لقس
022/April2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2182 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 6 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Laksa most fav ever food. Sampai dulu ada yang cakap, darah hakak mesti darah laksa sebab hari2 dok makan laksa 😆. Tu dulu lah, sekarang jarang2 makan tapi sekarang-kurangnya sebulan mesti ada sekali. Tak dapat masak kita beli. Tak dapat beli kita masak 😌Cookpad Magic Cart ( Week 6) :🛒 Ikan kembung🛒 Belacan Salina Jalaludin -
Stew Sup Ayam Stew Sup Ayam
072/Julai2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2232 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 15 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Sebenarnya ni sup tau. Cuma takde daun sup jadi suami hakak panggil ia stew😌. Disebabkan malas nak panjang-panjang citer, yela2 ini stew. Walaupun hakak tumis letak rempah sup🤭Tapi yang pasti menambah juga nasi dan hirup kuah jugek. Sedap je sebenarnya. Cuma takde daun sup. Idak ler rajin nak p kedai semata-mata untuk beli setangkai daun sup😅. Tanam pun takmo hidup. Jadi gituu jela. Asal boleh makan dan kenyang. Alhamdulillah.Cookpad Magic Cart ( Week 15) :🛒 Ayam🛒 Cili Padi🛒 Tomato Salina Jalaludin -
Nasi Lemak Rendang Ayam (Sempena Ultah) Nasi Lemak Rendang Ayam (Sempena Ultah)
014/Mac2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2174 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 1 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Nasi Lemak ni hakak masak pada 5 Feb 2025 yang lalu sempena ulang tahun kelahiran hakak ke 40. Hakak masak bagi kawan2 cikgu yang sama2 jaga exam SPM. Kebetulan pun hari akhir exam. Jadi kita wrap semua sekali dengan sedikit makan2. Alhamdulillah rata2 cakap sedap 🤭. Allah bagi sedap. Hakak hanya mampu masak seadanya je..Btw ni hakak share masak untuk 6-7orang. Hakak masak 2kali nasi sebenarnya untuk sesi pagi dan petang. Supaya semua orang yang dapat Nasi Lemak tu dalam keadaan baru dan panas..5hb tu juga ayah start sakit. Jadi memang kita mampu masak je. Upload tu nanti2 lah. Jadi dah kriteria Cookpad Magic Cart menepati bahan yang ada. Jadi hakak pilih upload resipi ini sebagai merasmikan Cookpad Apron 2025 ini 🥰.Cookpad Magic Cart ( Week 1) :🛒 Ayam🛒 Beras🛒 Santan🛒 Telur Salina Jalaludin -
Bihun Sup Ayam Carik Bihun Sup Ayam Carik
021/April2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2181 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 5 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Resipi ringkas je. Buat penggemar bihun sup korang patut cuba tau. Makan dengan sambal kicap tu ngam teruk gaiss 😋Cookpad Magic Cart ( Week 5) :🛒 Pak choy🛒 Halia Salina Jalaludin -
Lamb BBQ Black Pepper Lamb BBQ Black Pepper
083/Julai2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2243 #TerusMelangkah3k❤️ 25K Cooksnap Marathon 📸 ❤️Resipi ni inspirasi daripada @CBEbyLH 😊Bila ada daging kambing dok fikir masak apa yang mudah tapi confirm sedap. Tu hakak terjumpa resipi ni & terus rasa nak cuba 😍. Cuma resipi asal fully menggunakan black pepper (ground black pepper & sos black pepper). Tapi hakak masak ni campur sos bbq sebab tu je ada stok di rumah😅Selain tu, hakak masak letak sayur pak choy juga sebab berkonsepkan masak sekali harung jela. Ada protein dan sayur dalam satu hidangan. Jadi ianya cepat, mudah dan jimat masa 😌Soal rasanya, Alhamdulillah sedap. Terima kasih ya dik untuk resipinya. Hakak like 🫶🏻 Salina Jalaludin -
Nasi Minyak Terengganu Nasi Minyak Terengganu
055/Jun2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2215 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 12 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Nasi Minyak Terengganu ni, selain boleh dinikmati bila ada kenduri kendara atau di hari istimewa seperti Hari Raya. Kini ia juga ada dijual sebagai hidangan sarapan pagi oleh kebanyakan restoran di Terengganu. Menariknya set Nasi Minyak Terengganu sedikit berbeza kerana lauk pauk yang digandingkan akan menggunakan rempah ratus tempatan yang ada dijual di sana.Resipi Nasi minyak ni hakak masak untuk contest beras Jati tahun 2023😅. Pasal tu watermark gambar tulis tahun 2023. Tak kosser nak edit dan tukar tahun. Dah ada Global Apron ni, hakak edit jela resipi then post. Padahal guna 2bahan je iaitu beras dan daging lembu. Tapi resipi dia panjang ya amat 🤭. Takpela janji kita berjaya upload di Cookpad yer 😌Cookpad Magic Cart ( Week 12) :🛒 Daging lembu🛒 Beras Salina Jalaludin -
Bihun Sup Tulang Untuk Mak Bihun Sup Tulang Untuk Mak
061/Jun2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2221 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 13 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Bihun sup ni hakak masak untuk mak sempena mak keluar hospital. Walaupun tak makan banyak, Boleh ler. Janji mak makan sesuatu yang fresh meal dari dapur dan cukup segala rasa 🤭. Yela faham2 jela rasa makanan hospital. Nak pulak mak kena diabetic diet. Sekali dengan garam pun dorang tak bubuh tau.Tapi apa2 pun mak dah discharge. Harap semuanya baik2 sahaja yer lepas ni. Aamiin.Sup ni hakak reneh pagi. Petang pas zuhur jemput mak dari hospital. Sampai rumah dan lepas asar tu celur bihun dan buat sambal kicap. Simple je. Tapi tengok anak2 sedara makan. Bertambah-tambah. Fuhh mak long seronok tengok 😌Cookpad Magic Cart ( Week 13) :🛒 Tulang🛒 Halia🛒 Bihun 🛒 Kicap Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen