Nasi Ayam

FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17

Inspirasi dari @ticer_cem
Alin olah kuantiti sedikit bahan dan cara je bagi menyesuaikan selera anak ank..
Contoh bahan patut hiris..Alin tak hiris..
Alin tumbuk je..
Ada yang patut di masukkan lagi bawang putih halia..lain tak buh juga..sebab memadai dengan rasa halia dari air rebusan ayam..

Untuk ayam..tak goreng.. sebab nak cepat..jadi masukkan dalam air fryer saja..

Nasi Ayam

Inspirasi dari @ticer_cem
Alin olah kuantiti sedikit bahan dan cara je bagi menyesuaikan selera anak ank..
Contoh bahan patut hiris..Alin tak hiris..
Alin tumbuk je..
Ada yang patut di masukkan lagi bawang putih halia..lain tak buh juga..sebab memadai dengan rasa halia dari air rebusan ayam..

Untuk ayam..tak goreng.. sebab nak cepat..jadi masukkan dalam air fryer saja..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
9-10 orang
  1. Bahan Untuk Rebusan Ayam(simpan air rebusan)
  2. 1ekor ayam (potong 4)
  3. 3 ulasbawang putih (ditumbuk)
  4. 1inci halia (ditumbuk)
  5. 1kiub pati ayam
  6. 1.7 Lair biasa
  7. Bahan Perapan Ayam (digoreng/di bakar)
  8. 2 ulasbawang putih (ditumbuk)
  9. 1inci halia (ditumbuk)
  10. 5sudu besar kicap manis
  11. 3sudu besar kicap masin
  12. 2sudu besar sos tiram
  13. 1sudu besar madu
  14. Bahan Untuk Sup
  15. lebihan air rebusan ayam
  16. 700 mlAir biasa sebagai tambahan
  17. 1 sudu tehsecukup rasa
  18. 1bunjut sup (Adabi)
  19. Sedikitdaun sup
  20. 2 sudu tehgaram
  21. Bahan Nasi
  22. 3 cawanberas Basmathi (Jasmine Pusa cream)
  23. 1 helaidaun pandan di simpul
  24. 1sudu besar minyak sapi
  25. 1sudu besar marjerin
  26. 2biji bunga lawang
  27. 2 ulasbawang putih (ditumbuk)
  28. 1inci halia (di tumbuk)
  29. 1/4 sudu tehserbuk kunyit(optional)
  30. 3 cawanair rebusan ayam
  31. 1 sudu tehgaram
  32. Bahan sos kicap
  33. Lebihan sos perapan ayam
  34. 1/4lebihan air rebusan ayam
  35. 1sudu besar kicap manis
  36. Bahan Sambal
  37. 2biji cili besar merah(dikisar)
  38. 2biji cili api(dikisar)
  39. 1biji tomato (di kisar)
  40. 1/4 cawanAir rebusan ayam
  41. 1sudu besar gula
  42. 1sudu besar cuka
  43. 1/2sudu kecil Maggie secukup rasa
  44. Bahan Sayur
  45. Salad (xkira jenis..ikut kesukaan)
  46. Timun
  47. Tomato

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Air Rebusan Ayam✅
    👉Letakkan bahan tumbuk dan ayam kedalam periuk..letakkan air sebanyak 1.7 L atau ikut kesesuaian size ayam..
    Rebus sehingga ayam masak..dan setelah masak,keluarkan ayam tadi asingkan..
    Nota : boleh letakkan sekali leher dan kaki ayam jika suka

  2. 2

    (Untuk Ayam Bakar Air Fryer)✅
    👉Campurkan semua bahan ke dalam satu bekas kecil..kacau sebati.. kemudian tuang dan lumurkan sekata pada ayam..perap selama 20-30minit)

    Nota: Sementara tggu ayam diperap..boleh masak nasinya dahulu..

  3. 3

    👉Bakar menggunakan air fryer pada suhu 165 selama 7-8 minit sahaja
    Tak perlu lama sebab ayam memang dah masak..dan tak perlu garing..bimbangisi ayam menjadi keras selepas sejuk

  4. 4

    ✅Untuk Bahan Nasi
    👉Basuh bersih beras dan toskan airnya
    👉Letakkan minyak sapi,marjerin,bunga lawang,halia dan bawang putih..daun pandan hanya pilihan jika tiada boleh skip
    👉Tumis sampai naik bau dan letakkan ¼ sudu teh serbuk kunyit..jika tak suka..pun boleh skip..kemudian kacau sekejap

  5. 5

    👉 masukkan beras tadi dan goreng sekejap je.cukup sekadar bahan tumisan tadi sebati dengan beras.

  6. 6

    👉Pindahkan ke dalam periuk nasi.letakkan 3 cawan air rebusan ayam tambahan garam..kacau sekejap
    Dan masak macam biasa
    👉Setelah masak boleh gemburkan sedikit

  7. 7

    ✅Untuk sos kicap
    👉ambil lebihan perapan ayam tadi..
    Tambahkan kicap manis dan ¼ cawan air rebusan ayam dan didihkan sekejap saja..
    Nota : tak tambah garam dah sebab lebihan perapan sudah masin

  8. 8

    ✅Untuk Sambal
    👉kisar cili besar,cili api,dan tomato dengan ¼ cawan air rebusan ayam..
    👉Didihkan ke atas api sekejap dan perasakan

  9. 9

    ✅Untuk Sup
    Nota : setelah air rebusan ayam di gunakan untuk masak nasi,sos kicap dan sambal..ambik saja lebihan tadi..
    👉Didihkan kembali lebihan air rebusan tadi dan hendaklah di campurkan dengan air lain(700ml)..kerana kuantiti air rebusan telah berkurang..
    👉Letakkan bunjup sup.daun sup

  10. 10

    👉perasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa Maggie..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17
pada
A recipe has no soul. You, as the cook must 𝙗𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙨𝙤𝙪𝙡 to the recipe - Thomas Keller-Memasak adalah minat alin yang kedua..Minat utama adalah aktiviti seperti hiking, zumba, dan jogging. Kebanyakan resepi alin.. Adalah dari resepi alin sendiri, dari family dan family mertua, dan dari rujukan sumber socmed seperti YouTube, Blog, Apps, dan Facebook. Setiap orang ada seni dalam setiap masakan.. Alin enjoy duduk dalam komuniti cookpad.. Di mana alin boleh explore lagi ilmu tentang masakan👍👍👍
Baca lagi

Resipi Sepertinya