Pecel Daging & Terung Bakar (Johor)

Sedap tak tipu..Biasanya orang buat pecel pari bakar & terung bakar, tapi Uchu buat gunakan daging bakar dan terung bakar. Apa kes? Memang ada kesnya…
Hajat berbuka nak masak paprik daging dan terung kicap, maka Uchu rebus daging dalam periuk je lah sebab sikit je. Malas nak keluarkan pressure cooker. Rebus punya rebus sambil tidurkan baby dalam bilik, sampai lah air rebusannya kering dan ada terhangus2 sikit macam kena panggang gitu..😆 mujur tak jadi arang..tapi ada lah bau2 smoke gitu..mesti tak best kalau paksa dia jadi paprik jugak kan..spoil abis paprik nanti.
Aish..takpe, pantang mundur kecuali operasi! Kepala hotak ni ligat mikir..akhirnya terfikir nak gabungkan hajat makan daging dan terung tapi dalam satu menu.
Wat pis wat lex..bukak cookpad..cari resepi pecal pari & terung tapi Uchu tukar sahaja parinya daripada daging paprik tak jadi masak (bukan masak tak jadi ye..) cekur amik je dalam pasu tepi dapur, memang ada ditanam..resepi yang menjadi panduannya ialah daripada @cook_16041352 . Maka jadilah pecel daging terbakar & terung bakar yg sedap!
Alhamdulillah..
158/2022
Pecel Daging & Terung Bakar (Johor)
Sedap tak tipu..Biasanya orang buat pecel pari bakar & terung bakar, tapi Uchu buat gunakan daging bakar dan terung bakar. Apa kes? Memang ada kesnya…
Hajat berbuka nak masak paprik daging dan terung kicap, maka Uchu rebus daging dalam periuk je lah sebab sikit je. Malas nak keluarkan pressure cooker. Rebus punya rebus sambil tidurkan baby dalam bilik, sampai lah air rebusannya kering dan ada terhangus2 sikit macam kena panggang gitu..😆 mujur tak jadi arang..tapi ada lah bau2 smoke gitu..mesti tak best kalau paksa dia jadi paprik jugak kan..spoil abis paprik nanti.
Aish..takpe, pantang mundur kecuali operasi! Kepala hotak ni ligat mikir..akhirnya terfikir nak gabungkan hajat makan daging dan terung tapi dalam satu menu.
Wat pis wat lex..bukak cookpad..cari resepi pecal pari & terung tapi Uchu tukar sahaja parinya daripada daging paprik tak jadi masak (bukan masak tak jadi ye..) cekur amik je dalam pasu tepi dapur, memang ada ditanam..resepi yang menjadi panduannya ialah daripada @cook_16041352 . Maka jadilah pecel daging terbakar & terung bakar yg sedap!
Alhamdulillah..
158/2022
Cara Memasak
- 1
Sediakan daging bakar. (Ini daging tak sengaja ‘bakar’)
- 2
Bakar terung kemudian penyetkan.
- 3
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak anggaran 1 sudu besar.
(Nak lagi best, goreng dulu bawang semua2 tu, baru tumbuk/kisar)
- 4
Masukkan santan dan air. Tambahkan sedikit asam jawa dan perasakan. Apabila mula mendidih, boleh tutup api. (Santan tak perlu sampai jadi pecah minyak)
- 5
Masukkan daging bakar, daun cekur dan terung bakar.
- 6
Angkat ke pinggan hidangan, garnish lagi dengan daun cekur.
(Uchu memang suka daun cekur, jadi lepas amik gambar utama, Uchu tambah lagi daun cekur bebanyak!🤣)
- 7
Simpan gambar sebagai memori kat sini. Sayur paprik dah ready, simpan tipuware luu..kuali pun hangus hitam, kasi rendam luu..
- 8
Terung tanaman sendiri: dah macam2 dimasak sepanjang puasa ni.
Resipi Sepertinya
-
Pecel Daging Terung Bakar Pecel Daging Terung Bakar
157/2022/RoadtoWorldRecipes/1275❤️ Citarasa Selatan - Lembu [Week 3] ❤️#MerdekaMonthResipi ni hasil inspirasi daripada @Uchu. Tapi cuma tula, Uchu masak hakak tengok helok sangat rupanya haa🥰 Tapi hakak masak macam kurang berseri je. Mungkin daun cekur tu tak banyak sangat ke pun. Atau terung yang hakak masak tu tak cukup bakarnya. Emmm 😑. Lagi satu hakak masak terlebih kuah 😬.Tapi kalau ditanya dari segi rasa, bagi hakak sedap. Gabungan daging bakar dan terung bakar di samping sambal bawang cili tu. Memang sedap. Ada pulak rasa daun dan ubi cekur. Buat hakak makan nasi bertambah-tambah 😋. Mungkin lain kali, hakak kena ada banyak daun cekur lagi kot untuk dapat rupa yang cantik macam hidangan uchu tu..Menurut Uchu resipi asal adalah Pecal Pari & Terung. Ia merupakan makanan negeri Johor. Jika Goggle pun akan dapat info yang lebih kurang sama. Tapi Uchu modifikasi menukarkan ikan pari kepada daging bakar. Oleh sebab tu, hakak dengan yakinnya terus letak asal resipi daripada johor dan masukkan dalam cabaran Moooo ini🤭😆. Boleh lah yer @sasha_sabrina untuk meriahkan resipi . Tapi resipi yang selain daging tu ada jugak. Soon iolss upload yer 😌 Salina Jalaludin -
Pecel terung bakar Pecel terung bakar
Resepi asal kuahnya tidak dimasak tetapi menggunakan kelapa parut sendiri yang diperah menggunakan air masak.Ada juga yg menamakan menu ini terung masak kuah cekur Hani Shaimi -
Terung Bakar Santan 🍆🥥 Terung Bakar Santan 🍆🥥
Tema masak apa ungu extend, kita baru hantar satu resepi je, eskem Mesia tu.Jadi ada masa ni, sempatlah kita masak jap terung bakar santan ni. Resepi dari kak @limited_edition , Alhamdulillah sedap tak menghampakan, mudah dan anti gagal. Dapat lah buat lauk lunch tadi. Okay jom tengok resepi. 🥳 Nurul Kefftya -
Pecel Ikan Pari Pecel Ikan Pari
Bila Ramadhan menjelang, mesti korang nak masak makanan tradisi masing-masingkan ? Termasuklah Gyna yang tidak terkecuali.Bagi keluarga Gyna, sudah menjadi kebiasaan akan memilih makanan yang pedas. Jadi Gyna masak Pecel Ikan Pari. Satu lauk sudah mencukupi kerana Gyna tambahkan terung di dalamnya. Cukup dengan sumber protein dan sayur dalam masakan. Kalau nak tambah ulam-ulaman tersangatlah sesuai.Resipi ini semestinya diturunkan oleh mama Gyna.Tetapi, mama Gyna menggunakan ikan pari yang berukuran kecil. Dibakar dan kemudian isinya disiat-diat sebelum di masukkan ke dalam kuah pecel. Tapi, di tempat tinggal Gyna agak sukar untuk mencari ikan pari berukuran kecil sebegitu. Jadi Gyna gunakan saja ikan pari yang biasa kita jumpa di pasar. Tidak menjadi masalah pun. Tiba-tiba teringat Pecel Ikan Pari mama Gyna. Aduhai.. meleleh air liur. Nanti nak suruh mama masaklah. Agar dapat Gyna hilangkan rasa rindu air tangan mama.Kalau you all dah cuba resipi Gyna, jangan lupa Cooksnap dan share keenakkan Pecel Ikan Pari tau!Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarrak buat semua!! Gyna Elenna -
Terung Bakar Kuah Santan Terung Bakar Kuah Santan
Dari tahun lepas lagi sebenarnya nak buat terung macam ni tapi tak terbuat dasat betol die punya malas tu🤣 eloklah terung tersenarai dalam cabaran week 4 ni. Sangat mudah nak buat dan sedap sebab rasa terung bakar tu😋Inspirasi resepi @sambaldope 🥰#GoldenApron23#Week4 shazrina -
Gulai Lengkuas Sardin dengan Terung dan Kacang Panjang Gulai Lengkuas Sardin dengan Terung dan Kacang Panjang
52/2024 (1597/2K)Global Apron 2024 Challenge 2: IftarAlhamdulillah..berlauk kan sardin untuk berbuka..bukan murr2 pun sardin zaman now. Dulu kalau susah makan sardin, sekarang nak makan sardin pun susah tau..mikir jugak nak beli banyak2 tin. Harga kayangan..😄Uchu pilih masak gulai lengkuas sebab sesuai nak campur dengan sayur-sayur yang ada. Uchu paling suka menu 2 in 1 macam ni. Lengkap lauk dan sayur..hehe. Uchu campur terung dan kacang panjang. Kalau nak meriah lagi boleh je campur timun, carrot, bendi atau pilihan..#GlobalApron2024Sardin 2p + Kacang Panjang (repeat) + Terung (repeat) + Cili Padi (repeat) Sesimple Loralin -
Daging Bakar & Pucuk Keledek Masak Lemak Cili Padi Daging Bakar & Pucuk Keledek Masak Lemak Cili Padi
29/2025 (2016/2500)#CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 4 : cili padi, kunyitBila baru tahu rupa2nya husben tak minat sangat daging salai..katanya kuat sangat bau smoke tu. So, Uchu adjust guna daging bakar lah. Daging bakar pulak yang leftover yang husben sendiri bakar. Sesimple Loralin -
Pajeri Terung Tanpa Santan (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak) Pajeri Terung Tanpa Santan (Something To Remember: Tribute To Arwah Mak)
#goldenapron2020#SomethingToRemember#Tribute2ArwahMakKegemaran keluarga turun temurun. Pajeri tanpa santan seperti yang selalu arwah mak buatkan. Mungkin tak sama sebiji rasa air tangan arwah mak, tapi air tangan Uchu ni pengubat rindu semua adik beradik terhadap air tangan arwah mak. Masing2 akan flashback kenangan bersama arwah ketika makan pajeri ni.Minggu terakhir sebelum arwah meninggalkan kami, Uchu sempat bawa arwah ke pasar tani. Mak kata nak beli sayur2. Mak beli banyak terung dan juga daun maman. Tak sempat mak masakkan sampai habis, masih berbaki terung dalam peti. Maman pula sempat mak jerukkan berbotol2. Rupanya, itulah mak nak tinggalkan jeruk maman kegemaran menantunya, husben Uchu.Baki terung arwah..sambil berlinangan air mata Uchu masak pajeri selepas seminggu dua arwah takde. Terungnya dah sedikit kecut. Semua ahli keluarga yang melihat pajeri terung yang di masak Uchu pada waktu itu, semuanya berlinangan air mata. Termasuklah bibik yang Uchu ambil untuk meneman arwah mak dan menjaga anak2 Uchu kerana Uchu bekerja. Sayu, pilu dan teramat rindu…😭😭Hingga kini, kalau Uchu masak pajeri style arwah mak, Uchu akan masak lebih, bungkus bagi adik beradik terutamanya bulan Ramadan. Bekalan berbuka dan bersahur. Sesimple Loralin -
🍁Terung Bakar Bersantan 🍁Terung Bakar Bersantan
#GoldenApron23#week4Esok nak berpergian seketika. Minggu depan baru balik. Satu resepi pun belum buat lagi minggu ini.Pagi ini, ke dapur dan buat resepi ringkas berasaskan terung. Santan kotak pun ada. Maka, siaplah juadah Terung Bakar Bersantan. Sedap makan panas-panas dengan ikan goreng dan nasi.Selamat mencuba. Hingga jumpa lagi minggu depan dengan resepi yang lain pula. Master Jamal -
Sambal Bilis Terung Telunjuk Sambal Bilis Terung Telunjuk
1475/2023Kalau kat rumah Uchu, ni kira lauk Uchu dgn anak buah Uchu yang pompuan sorang tu. Husben takde lah makan sangat terung sambal camni, dia buat ulam je retinya..hehe. Sesimple Loralin -
Terung Bakar Balado Bandung Terung Bakar Balado Bandung
Finally sampai jugak hajat MinSha nak makan menu ni. Alhamdulillah.. Bila ada grill ni senang, campak & tunggu dia bunyi. Tapi kalau takde grill pun takpe, “bakar” atas perempan (frying pan) pun boleh. Biar je atas pan sampai terung tu lembut. Bila ada pes homemade lagi mudah. Alih terung, campak pes & masuk seasoning, terus sudukan atas terung. Nak campak terung dalam sambal balado tu pun boleh. Kita buat dia 😂 MinSha -
Semur Terung 🇲🇨 Semur Terung 🇲🇨
Semur ialah jenis lauk daging rebus (terutamanya daging lembu), yang direbus dalam kuah perang tebal yang biasa terdapat dalam masakan di Indonesia.Ada pelbagai jenis semur lain juga seperti : semur betawi (daging lembu, kentang dan telur), semur ayam, semur jengkol, semur manado, semur banjar, semur lidah, semur aceh, semur goreng samarinda, semur ikan Purwokerto, semur Ternate, semur kelapa dan semur Terung Tauhu dari kawasan Jawa Barat, Indonesia.Jadi kali ini, oleh kerana ada terung dirumah, Yani masak Semur Terung. Macam sambal terung tapi dia ada rasa lain. Jom lihat resipinya. Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen (13)