Ayam masak lemak cili api

#goldenapron
#mingguke10
#1post1hopev2
Resepi yang enak dimakan.Buat lauk lemak ni sebab siang tadi pergi majlis kenduri kahwin.Ada lauk lemak ikan masin talang.Anak-anak ingatkan rasanya seperti biasa rupanya pedas di tekak mereka.Jadinya,pulang dari majlis terus singgah ke kedai membeli bahan yang diperlukan.
Alhamdullilah,berselera sekali anak-anak makan sampai bertambah-tambah nasi dan lauknya ni.
Mari lihat resepinya .
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan yang diperlukan.
- 2
Tumbuk cili api,bawang merah,bawang kecil dan kunyit hingga sedikit lumat.
- 3
Panaskan periuk.Masukkan sedikit minyak dan tumis serai yang sudah diketuk bersama bahan tumbuk tadi.Tumis hingga naik bau.
- 4
Kemudian,masukkan ayam.Tumis sebentar hingga ayam sedikit garing.Masukkan kentang dan biarkan dalam masa 5 minit.
- 5
Masukkan air dan asam keping.Reneh sebentar bagi kentang dan ayam sedikit empuk.
- 6
Kemudian,masukkan santan.Garam dan gula.Rasa ikut citarasa.Jika dah berpuashati,masukkan cili hidup yang dipotong 4,tomato dan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.Masak dalam 10 minit dan sedia untuk dihidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Ayam Masak Lemak Cili Api Ayam Masak Lemak Cili Api
Hari ini sepatutnya saya meraikan farewell kawan saya yang mahu pulang ke Indonesia. Disebabkan Covid19 makin tinggi, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi. Lagi pula anak saya kurang sihat. Ayam yang sepatutnya saya sajikan untuk majlis perpisahan itu saya masak untuk anak-anak saya. Karina teringin nak makan ayam masak lemak cili api. Bila tengok semua bahan ada, saya terus siapkan semua.Seperti kebiasaan cara saya memasak lemak, saya tidak suka campurkan bawang. Apatah lagi kalau masak lemak ayam. Saya tidak gemar ada rasa bawang pada kuah. Saya memilih untuk menggunakan kunyit hidup dan serai dalam kuantiti yang banyak supaya tidak rasa muak. Kuah akan menjadi lebih sedap jika gunakan kunyit hidup dan serai pula akan menambahkan aroma yang segar dalam masakan.Seronok hati saya melihat anak-anak makan sambil menjilat jari. Sebab tu la semua anak-anak saya bulat. Agaknya air tangan saya sudah menambat hati mereka. Kecuali anak saya paling Tom, macam mana sekali sedap pun saya masak, dia tetap akan kata neneknya nombor 1 paling sedap memasak. Alasannya saya pandai memasak disebabkan oleh mak saya. Jadi guru memasak adalah neneknya. Apa-apa sajalah Tom.Selamat mencuba 😊 Gyna Elenna -
Masak Lemak Cili Api Biji Cempedak bersama Ayam Masak Lemak Cili Api Biji Cempedak bersama Ayam
#goldenapron #minggu2Semasa balik ke kampung pada cuti Raya Haji yang lepas, Yani dapat cempedak yang ditanam oleh Ayahanda di kebunnya. Buahnya sudah selamat digoreng & dimakan bersama keluarga. Kemudian Encik Hubby tanya biji cempedak ni nak buang ke atau buat apa? Teringat pula kisah dulu semasa zaman kanak-kanak. Nenek Yani akan masakkan biji cempedak ni dengan Ayam, buat masak lemak atau kari...sedapnya walaupun baru je teringat . 🤣🤣.. Jadinya, Yani cakap pada Encik Hubby, oklah Yani akan masakkan Biji Cempedak bersama Ayam untuk dia...Boleh bawa bekal ke tempat kerja nanti...😍.Maka terhasillah menu ini.. Nur Azliani Amer -
Udang Masak Lemak Cili Api Simple dan Menjilat Jari Udang Masak Lemak Cili Api Simple dan Menjilat Jari
Dulu dulu ingatkan masak lemak cili api ni susah. Rupanya blingggg mudah pantas dan tuntas. Yang penting menjilat jari 🥰🥰🥰Selamat mencuba! 😉#goldenapron2020#resepimakansorangdua Nurul -
-
Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi
Lauk simple yang sedap 😋. Anak-anak suka sangat. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Norashikin Rahmat -
Nanas Masak Lemak Cili Padi Nanas Masak Lemak Cili Padi
#1post1hopev2Tahu tak Nanas adalah "Super Food"? Nanas sarat dengan kandungan Vitamin C. Nanas juga mempunyai Nutrisi yang dapat hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. 😱...Rasanya masam-masam manis juga membantu membuka selera. Jom tengok resipi Yani masak Nanas Lemak Cili Padi kesukaan Yani. Nur Azliani Amer -
Masak Lomak Udang Cili Api Nogori Masak Lomak Udang Cili Api Nogori
#1post1hopev2#goldenapronKali ini kita masak lemak Udang ala2 nogori Sembilan yang pastinya tidak sah tanpa cili api dan kunyit hidup. Kalau di gandingkan bersama udang galah lagi mantap tau. Resepi ini mengingatkan saya kepada arwah ibu teman baik saya yang sering kali masakkan setiap kali saya mengunjunginya. Resepi ini saya kongsi kan sebagai tanda ingatan buat Arwah. Semoga Arwah ditempatkan disisi insan beriman. Jom lihat resepi ini. Syuhada -
Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9) Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9)
Serius Ayam Masak Lemak Cili Padi memang fav Aznie. Sejak kecil lagi memang dah didedahkan dengan menu ni. Macam Aznie keturunan rawa (bukan jawa) memang ni la menu yang sering mak abah sediakan tuk kami adik beradik. Kari memang jarang sangat masak. Sebab lebih suka yang ni. Kalau Ayam masak lemak kebiasaannya arwah abah akan bubuh batang lambuk sekali didalam gulai lemak cili padi. Tapi sekarang susah dah nak jumpa. lebih 10 tahun rasanya tak makan tu. Sebab susah nak jumpa. Dulu kat rumah mak memang banyak pokok tu arwah abah tanam. Tapi dah mati dah pokoknya, merajuk kot sebab ramai sangat orang yang ambik. Memang Arwah abah cakap, sapa nak makan ambik je tak payah dah nak minta izin. Tapi tau tak macam mana satu hari tu tengok abis anak-anak pokok ia hilang. Tak tau sapa yang cabut . Jadi lama-lama pokok tu mati. Sejak tu tak pernah makan dah. Rasa kecewa sangat dengan orang yang buat tu. Tapi arwah abah senyum je. Tak pe anggap je tak ada rezeki. Tu la arwah abah. seorang lelaki yang sangat Aznie kagumi. Resepi ni Aznie coosnap dari adik @cook_28065973 . Sukatan bahan Aznie olah sendiri. Terima kasih dik😊 Aznie Khasri -
Ikan Merah Masak Lemak Cili Api Nogori Ikan Merah Masak Lemak Cili Api Nogori
#1post1hopev2#goldenapronMAIZATUL AKMAR ZAINAL
-
Sardin Masak Lemak Cili Api Sardin Masak Lemak Cili Api
Dulu awal2 kahwin saya tak tau sardin boleh masak macam² salah satu nye.. Masak lemak atau sesetengah panggil gulai sardin.. Biasa pandai msak wktu tu.. Sambal sardin je🤭Bila balik kg sebelah suami.. Mil masak lauk ni.. Baru sya tahu sedap rupanya😋dan sya belajarBila dah pndai.. Alhamdulillah dah xyah susahkan mil dah..Now dh hmpr 15tahun berlalu.. Camtu jelah cara tak berubah.. 😋 FZ Adzlin -
Ayam Masak Lemak Cili Api Ayam Masak Lemak Cili Api
#bazaarramadanLauk ni paling senang nak buat. Dan yang pasti, memang anak-anak akan bertambah makan nasi sebab ada kentang.Bila sahur panaskan lauk ni, lagi pekat berlemak kuah dia. Lagi sedap. 😉 AeJaa 📸 -
Siput sedut masak Lemak Cili Api Siput sedut masak Lemak Cili Api
Raya ke 5 baru start makan nasi dengan lauk . Cukup laa 4 hari keluar beraya berumah-rumah. 4 hari juga dapur closed. Tengahari ni kita open balik 😂. Keluar ke pekan tadi nampak laa org jual siput sedut ni. So grab 2 bungkus nak masak lemak fav suami. Kalau balik perak, mcm tak pernah lagi nampak org jual dkt pasar. Alang2 dekat sabah ni, jumpa je terus beli. Heheh .. aFun ashriati
Komen