Ramuan

  1. 1 kgmutton (potong kiub)
  2. 1genggam daun kari
  3. 4sekawan (1 kayu manis, 1 bunga lawang,4 cengkih,4 buah pelaga)
  4. 4sudu besar minyak sapi
  5. 3sudu besar ginger garlic paste (blend 4 ulas bawang putih + 3 inci halia)
  6. 2 batangserai
  7. 2 batangcili hijau
  8. 2biji bawang besar
  9. 5 batangcili kering (dipotong2)
  10. 6sudu besar serbuk kari daging
  11. 3 sudu tehserbuk cili
  12. 3biji ubi kentang
  13. 2 sudu tehserbuk kunyit
  14. 1/2 sudu tehserbuk jintan manis
  15. 1/2 sudu tehserbuk jintan putih
  16. 1/2 sudu tehserbuk ketumbar
  17. 1/2 sudu tehserbuk blackpepper
  18. 1 sudu tehserbuk garam masala (saya pakai brand Babas)
  19. 2biji tomato potong kecil
  20. 1genggam daun ketumbar
  21. Garam

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus daging hingga empuk dengan api kecil

  2. 2

    Setelah daging empuk,asingkan daging dgn air rebusannya.

  3. 3

    Perap daging dgn 1 sudu teh serbuk kunyit, 1 sudu teh serbuk cili, 1 sudu teh ginger garlic paste, sedikit garam. Biarkan ~15minit

  4. 4

    Tumis minyak sapi dengan 4 sekawan,bawang, daun kari, cili hijau, cili kering, ginger garlic paste dan serai hingga bawang layu.. Jika tiada minyak sapi, boleh gunakan minyak masak biasa.

  5. 5

    Masukkan serbuk jintan,serbuk lada hitam,serbuk cili,serbuk ketumbar, serbuk kari daging,serbuk garam masala,serbuk blackpepper.

  6. 6

    Tambah sedikit air jika kering. Biarkan mendidih.

  7. 7

    Masukkan ubi kentang dan didihkan.tambah sedikit air jika kering.saya gunakan air rebusan daging tadi.

  8. 8

    Masukkan tomato

  9. 9

    Setelah ubi lembut, Masukkan daging yang diperap tadi dan air rebusan daging. Masak hingga ubi kentang empuk.

  10. 10

    Perasakan dengan garam dan adjust kepekatan kuah..saya tidak gunakan santan kerana kambing akan memekatkan kuah.

  11. 11

    Taburkan daun ketumbar, gaul dan tutup api

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
mona
mona @cook_22177660
pada

Komen (4)

Liyana Talib
Liyana Talib @bestrecipelover
Sedap sangat resepi ni. Dh buat berkali Kali Kali... 😋 Terima kasih ye share resepi ni puan mona

Resipi Sepertinya