Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah

Hari ni masak special sikit.. dah lama tak masak nasi hujan panas..selalunya masak nasi minyak, nasi tomato & nasi ayam kalau nasi jenis beraroma macam ni.. Saya hidangkan nasi ni bersama ayam masak merah & acar tumis. Anak2 berselera makan..diorang bawa bekal ke sekolah sekali..
Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah
Hari ni masak special sikit.. dah lama tak masak nasi hujan panas..selalunya masak nasi minyak, nasi tomato & nasi ayam kalau nasi jenis beraroma macam ni.. Saya hidangkan nasi ni bersama ayam masak merah & acar tumis. Anak2 berselera makan..diorang bawa bekal ke sekolah sekali..
Cara Memasak
- 1
Nasi 👉 Cairkan minyak sapi & marjerin. Tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga) bersama bawang merah, bawang putih, halia & daun pandan hingga layu & wangi. Campur kismis & kacau
- 2
Masukkan beras, susu cair, air & garam. Sebatikan. Masukkan ke dlm rice cooker
- 3
Bila butang ke warm, titikkan pewarna, jangan terlalu banyak ye..Tutup & biar sekejap, kemudian kacau perlahan-lahan hingga warna tercampur rata dengan nasi
- 4
Ayam Masak Merah 👉 Gaul ayam dengan serbuk kunyit & garam. Goreng hingga kekuninganm. Angkat & ketepikan dulu
- 5
Blend bawang merah, bawang putih & halia. Kemudian tumis bersama cili kering kisar/cili boh hingga pecah minyak
- 6
Campur serai, sos cili & tomato puri..
- 7
Masukkan air, daun pandan, kicap, gula & garam. Kacau hingga mendidih
- 8
Campur ayam & bawang besar. Kacau rata hingga kuah agak kering
- 9
Acar Tumis 👉 Tumis bawang merah & bawang putih bersama biji sawi hingga layu
- 10
Masukkan cili kering kisar/cili boh. Tumis sampai cili masak. Campur cuka & gula. Kacau rata
- 11
Masukkan hirisan timun, carrot, tomato & cili merah. Kacau sebati hingga semua agak lembut
- 12
Hidangkan nasi bersama ayam masak merah & acar tumis
Resipi Sepertinya
-
Nasi Tomato & Ayam Masak Merah Kenduri Nasi Tomato & Ayam Masak Merah Kenduri
Penuhi permintaan anak2 hari ni..nak nasi tomato kata diorang.. hampir setahun jgk la ma tak buat, rindu la tu 😆 bertambah- tambah diorang makan sambil puji sedap2.. Alhamdulillah..suka tengok anak2 saya berselera makan..memang favourite diorang nasi tomato ni..makan pulak dengan ayam masak merah ala kenduri & acar jelatah.. bukan saja anak2..ma ayah diorang pun bertambah-tambah makan 😆😋 Nor Al Fatihah -
Ayam Masak Merah Masam Manis Ayam Masak Merah Masam Manis
Ayam masak merah masam manis ni saya makan bersama nasi hujan panas. Anak2 suka cedok kuah, jadi saya buat berkuah sikit..tapi lagi sedap buat kering2.. terpulang pada citarasa masing2.. Nor Al Fatihah -
Acar Timun Tumis Acar Timun Tumis
Selain acar jelatah, saya suka buat acar timun tumis..di makan bersama nasi hujan panas, nasi minyak atau nasi tomato. Nor Al Fatihah -
Ayam Masak Merah Ros Ayam Masak Merah Ros
Ayam masak merah ros ni saya masak untuk makan bersama nasi jagung semalam. Rasanya yg manis, masam2 sikit & creamy sebab di campur dgn sikit susu cair. Sesuai di hidangkan bersama nasi jagung @ nasi beraroma lain seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi hujan Panas..boleh juga makan bersama nasi putih biasa.. Nor Al Fatihah -
Ayam Masak Lemak Cili Api & Rebung Ayam Masak Lemak Cili Api & Rebung
Macam tak percaya dah hampir 10 tahun tak masak Ayam Masak Lemak Cili Api..Selalunya buat gulai, kari & rendang saja kalau versi berlemak-lemak ni.. Hari ni tiba2 teringin pulak masakkan untuk anak2..saya campur rebung sekali di dalam kuah. Alhamdulillah anak2 suka makan.. sedap katanya..bertambah-tambah diorang makan..siap bawa bekal ke sekolah 😍👍 Nor Al Fatihah -
Ayam Masak Merah Ayam Masak Merah
Ayam masak merah sedap di makan bersama nasi minyak atau nasi tomato dan acar timun. Mudah dan cepat disediakan. #goldenapron #1post1hope Zurasyima Zahari -
Nasi hujan panas Nasi hujan panas
Cara Aznie buat nasi hujan panas. Simple je tapi menambah nasi kalau hubby dengan anak-anak makan. Selalu kalau ni dihidangkan bersama ayam masak merah juga acar je. sebab buat yang mudah-mudah. Selamat mencuba semua Aznie Khasri -
Ayam Masak Merah Ayam Masak Merah
Ayam Masak Merah ni saya masak & makan bersama nasi hujan panas. Tetiba teringin nak makan sebab dah lama tak masak. Anak2 suka makan..suami pun puji sedap.. Nor Al Fatihah -
Nasi hujan panas merdeka #ChefZam Nasi hujan panas merdeka #ChefZam
Nasi hujan panas merupakan hidangan yang amat mudah untuk disediakan. Seperti nasi minyak biasanya nasi hujan panas ini disediakan ketika majlis perkahwinan ataupun majlis keraian. Saya suka sediakan nasi ini untuk menarik selera anak2 kerana warnanya yang berwarna warni. Nasi ini sesuai di gandingkan bersama ayam masak merah ataupun kurma ayam Syuhada -
Ayam Masak Merah Ala Kenduri Ayam Masak Merah Ala Kenduri
Ayam masak merah ala kenduri ni saya masak semalam. Sebelum ni saya makan bersama nasi tomato, kali ni saya makan dengan nasi putih saja. Rasanya lemak2 manis..di campur pulak dengan kacang pis menjadikan lauk ni bertambah sedap.. Nor Al Fatihah -
Karipap Roti Ayam Rangup Karipap Roti Ayam Rangup
Karipap roti ayam ni saya buat untuk anak2 saya bawa bekal ke sekolah. Kalau malas nak buat kulit karipap, saya gantikan kulit karipap dengan roti..lepas tu salut dengan breadcrumbs menjadikan karipap roti ni rangup macam karipap biasa tu jugak..cicah sos cili & mayonis menyedapkan lagi sarapan ni.. anak2 saya seronok sangat bila saya beritau nak buat karipap versi roti ni..habis diorang makan bawa bekal sekolah.. Nor Al Fatihah -
Nasi Hujan Panas Ayam Masak Merah Nasi Hujan Panas Ayam Masak Merah
SYAWAL MONTH CHALLENGE: RIANG RIA RAYAMengikut Tema, Rian Ria Raya, faa masak Nasi Hujan Panas yg nampak ceria berwarna warni di hari raya. Gitteww.Sesuai jugak nama juadah dengan cuaca sekarang, sekejap hujan, sekejap panas. Huhu.Gandingkan dengan ayam masak merah dan acar timun.Memang licin laa tetamu makan di hari raya. Kakak Faa
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)