Ayam Percik Lombok (Ayam Taliwang)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Ayam Percik Lombok ini mempunyai rasa yang berbeza sikit dari percik di Malaysia. Kebanyakan percik kita gunakan serai tapi percik Lombok ni gunakan daun cekur dan daun limau purut. Ada sedikit kelainan lah dari segi rasanya.

Sedap tak rugi mencuba. Sejak cookpader Azzira Yahaya@cook_28932301 bergelar cookpadie lagi Uchu cookmark satu2nya resepi sis ni, akhirnya dapat juga try..alhamdulillah.

Ayam Percik Lombok (Ayam Taliwang)

Ayam Percik Lombok ini mempunyai rasa yang berbeza sikit dari percik di Malaysia. Kebanyakan percik kita gunakan serai tapi percik Lombok ni gunakan daun cekur dan daun limau purut. Ada sedikit kelainan lah dari segi rasanya.

Sedap tak rugi mencuba. Sejak cookpader Azzira Yahaya@cook_28932301 bergelar cookpadie lagi Uchu cookmark satu2nya resepi sis ni, akhirnya dapat juga try..alhamdulillah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1ekor ayam (dipotong 4 @ whole chicken)
  2. 1biji perahan limau nipis
  3. Sedikitgaram
  4. 5 helaidaun limau purut (dihiris)
  5. 400 mlsantan pekat (Kara)
  6. 2sudu besar gula merah
  7. Garam, gula secukup rasa
  8. Bahan kisar
  9. 1 helaidaun cekur saiz besar
  10. 2biji bawang merah besar
  11. 8biji cili padi
  12. 5biji cili besar merah
  13. 5 ulasbawang putih

Cara Memasak

  1. 1

    Gaul ayam dengan perahan limau nipis dan sedikit garam. Perap seketika.

  2. 2

    Sangai bahan kisar sehingga agak pekat kemudian masukkan gula merah, gula dan garam. Masak sehingga pes berkilat. (Boleh juga ditumis dengan minyak)

  3. 3

    Masukkan santan, ayam dan daun limau purut. Reneh sehingga ayam separuh masak dan keluarkan airnya.(Uchu tak tambah air sebab air dari bahan kisar dah cukup)

  4. 4

    Keluarkan ayam dan susun dalam dulang pembakar untuk dibakar dalam oven @ dipanggang atas arang. Bakar pada suhu 190-200c selama 20 minit.

  5. 5

    Teruskan memanaskan kuah sehingga pekat. Sentiasa kacau kuah supaya tidak berkepala santan/berketul atau jangan sampai pecah minyak.

  6. 6

    Keluarkan ayam dari semasa ke semasa untuk disapu dengan kuah yang telah pekat beberapa kali dalam tempoh ayam masak (20 minit).

  7. 7

    Hidangkan ayan taliwang bersama dengan kuah yang dipekatkan tadi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Resipi Sepertinya