Nasi himpit Kuah Lodeh

Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
Petaling Jaya Selangor

Sejak berhijrah ke Selangor, setiao kali Hari Raya kak long akan sajikan Nasi himpit kuah lodeh. Anak- anak tidak akan lepaskan peluang menikmati sajian ini. Lagi sedap dimakan bersama sambal bilis dan rendang ayam atau daging.
#merdekapassport 5/16

Nasi himpit Kuah Lodeh

9 orang bercadang membuatnya

Sejak berhijrah ke Selangor, setiao kali Hari Raya kak long akan sajikan Nasi himpit kuah lodeh. Anak- anak tidak akan lepaskan peluang menikmati sajian ini. Lagi sedap dimakan bersama sambal bilis dan rendang ayam atau daging.
#merdekapassport 5/16

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
6 orang
  1. Nasi himpit
  2. 1 cawanberas
  3. 3 cawanair
  4. 1sdt garam
  5. 1sdm minyak masak
  6. Kuah
  7. 1/2 kgsantan
  8. 200 gmudang hidup
  9. Sayuran seperti kacang, kobis, terung,sengkuan, karet, cili dsb
  10. 5 ulasbawang merah *
  11. 3 ulasbawang putih*
  12. 1 inkunyit*
  13. 1 inlengkuas*
  14. 1/2 inhalia*
  15. 2sdm udang kering*
  16. 2 batangserai di ketuk
  17. Hidang bersama sambal bilis dan telur rebus

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan nasi himpit. Masukan beras yg telah dicuci bersih, air,garam dan minyak ke dalam periuk. Masak nasi dengan periuk nasi biasa @ periuk tekanan tinggi hingga masak.Dah masak lencek@ tekan dengan senduk semasa masih panas. Nak lagi padat letak plastik, atasnya letak pinggan polistrin @ apa bekas yang rata dan tindih dengan benda berat seperti lesung batu dsb.

  2. 2

    Tauhu dan tempe di goreng.
    Soon hoon dan pucuk diremdam. Sayuran di potong. Udang dibuang kulit

  3. 3

    Kisar bahan ber tanda * hingga lumat. Kemudian masukan dalam periuk, masak hingga mesra tambahkan air, pucuk, soon hoon dan sayuran keras spt sengkuan, karet diikuti sayuran yang lain.

  4. 4

    Sayuran dah lembut masukan santan, garam, gula serta tempe dan tauhu.
    Masukan udang dan cili merah yang telah dipotong nipis. Boleh dihidang dengan sambal bilis dan telur rebus

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
pada
Petaling Jaya Selangor
1. mudah n sedap2. kesihatan diutamakan
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya