Nasi Maqlubah Kambing & Terung (Set Lengkap)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

50/2024 (1595/2K)
Global Apron Challenge 2: Iftar

Suami balik, katanya wahhh..buat kek! Ehh..ingatkan kek..😂kemudian anak laki2 pulak balik untuk berbuka, fuyyo..kek! Laahhhh ingatkan kek! 😆

Alhamdulillah..seronok binti happy gilerrr bila elok keluar nasi ni bila diterbalikkan.😆 nasi maqlubah yang maksudnya upside down.

Uchu cooksnap resepi yang dikongsi oleh @zietaluvcook_70 dan tengok2 juga tip/teknik @salina_jalaludin

Selepas dah berjaya masak nasi maqlubah ni, Uchu share pengalaman kat sini.

Untuk bau sayuran dalam nasi jadi lebih beraroma, Uchu goreng dan grilled terung, bawang holland dan capsicum.

Supaya sayuran dalam nasi tak hancur atau terlalu lunyai, Uchu rebus dulu beras basmathi separuh kembang. Supaya dapat kurangkan air semasa masak nasi.

Untuk dapatkan bentuk kek yang kukuh dan tak terburai, tekan-tekan nasi setiap lapisan. Gunakan juga periuk non stick mungkin membantu..

#GlobalApron2024
Kambing 3p + Terung 2p + + saffron 3p + buah zaitun 3p + minyak zaitun (repeat)

Nasi Maqlubah Kambing & Terung (Set Lengkap)

50/2024 (1595/2K)
Global Apron Challenge 2: Iftar

Suami balik, katanya wahhh..buat kek! Ehh..ingatkan kek..😂kemudian anak laki2 pulak balik untuk berbuka, fuyyo..kek! Laahhhh ingatkan kek! 😆

Alhamdulillah..seronok binti happy gilerrr bila elok keluar nasi ni bila diterbalikkan.😆 nasi maqlubah yang maksudnya upside down.

Uchu cooksnap resepi yang dikongsi oleh @zietaluvcook_70 dan tengok2 juga tip/teknik @salina_jalaludin

Selepas dah berjaya masak nasi maqlubah ni, Uchu share pengalaman kat sini.

Untuk bau sayuran dalam nasi jadi lebih beraroma, Uchu goreng dan grilled terung, bawang holland dan capsicum.

Supaya sayuran dalam nasi tak hancur atau terlalu lunyai, Uchu rebus dulu beras basmathi separuh kembang. Supaya dapat kurangkan air semasa masak nasi.

Untuk dapatkan bentuk kek yang kukuh dan tak terburai, tekan-tekan nasi setiap lapisan. Gunakan juga periuk non stick mungkin membantu..

#GlobalApron2024
Kambing 3p + Terung 2p + + saffron 3p + buah zaitun 3p + minyak zaitun (repeat)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

8-10 orang
  1. Sup Kambing
  2. 2 kgdaging kambing (potong kiub)
  3. 2 sudu makanminyak sapi
  4. 3 sudu makanminyak zaitun
  5. 2 batangkulit kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, 6 biji pelaga
  6. 5 sudu makanrempah maqlubah (Uchu guna Chef Amar)
  7. 2 sudu makanserbuk kari daging
  8. 1 bijibawang merah besar (kisar)
  9. 2 incihalia (kisar)
  10. 8 ulasbawang putih (kisar)
  11. 1 cawanyogurt
  12. 1/2 bijiperahan lemon
  13. secukupnyaGaram
  14. Nasi Maqlubah
  15. 4 cawanberas basmathi (sukatan cawan beras standard/ beras direndam 20 minit)
  16. 6 cawankuah sup kambing
  17. 2 kuntumbunga lawang + 4 kuntum cengkih (untuk rebus beras separa kembang)
  18. 2 batangterung panjang (potong bulat dan tebal)
  19. 3 bijicapsicum saiz besar (merah, hijau,kuning)|potong bulat dan tebal
  20. 1 bijibawang holland saiz besar (potong bulat dan tebal)
  21. 2 bijitomato (hiris bulat, digrilled)
  22. 1 pokokdaun ketumbar (dicincang)
  23. Secukupnyakismis manis
  24. Secukupnyakacang gajus (sangai)
  25. Secubitsaffron (direndam sedikit air panas)
  26. Salatah (bahan2 didadu/dihiris)
  27. 2 batangtimun jepun
  28. 1/2 bijibawang holland
  29. 2-3 bijitomato
  30. SecukupnyaCapsicum merah, hijau, kuning
  31. Secukupnyablack olive
  32. 6 sudu makancuka kurma/fig/apple/cuka putih
  33. 2 sudu makanminyak zaitun
  34. 3 sudu makangula putih (sesuai rasa)
  35. 1/2 sudu tehgaram (sesuai rasa)
  36. 1 bijilemon (ambil perahan)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun. Tumis rempah kasar sekejap.

  2. 2

    Masukkan rempah maqlubah, serbuk kari dan bahan kisar (bawang merah, halia,bawang putih). Tumis sampai naik bau.

  3. 3

    Masukkan daging kambing. Gaul rata bersama rempah. Kemudian tambahkan air. Masak sampai daging lembut. Perasakan dengan garam.

    Pressure cooker:
    Mode: High pressure (meat)/ 25 minit hingga 35 minit (bergantung pada saiz potongan kambing)

  4. 4

    Simpan 6 cawan sup untuk masak nasi.

  5. 5

    Untuk sup kambing dengan yogurt: Masak lagi tambahkan 1 cawan yogurt dan 1/2 biji perahan lemon ke dalam sup. Kacau rata.

  6. 6

    Story selit: Untuk sup kambing, Uchu bahagikan sup kepada dua. Satu sup dengan yogurt, satu lagi sup tanpa yogurt. (Suami suka yang takde yogurt)

  7. 7

    Didihkan air terlebih dahulu bersama bunga lawang dalam periuk lain.
    Baru masukkan beras basmathi. Rebus terlebih dahulu beras sehingga separuh kembang.
    Anggaran masa merebus ialah 15 minit dengan api besar, air lebih.

  8. 8

    Toskan nasi yang separuh kembang.

  9. 9

    Grill atau goreng terung, capsicum dan bawang holland sehingga nampak kesan perang.

  10. 10
  11. 11

    Nasi:
    Susun terung dan bawang di dasar periuk nasi. Masukkan sebahagian nasi dan tekan-tekan. Siram dengan sebahagian kuah sup sampai separa nasi. Tekan-tekan lagi.

  12. 12
  13. 13

    Susun capsicum atas nasi. Tambahkan lagi baki nasi atasnya, tekan-tekan.

  14. 14

    Aras kuah sup separa nasi sahaja, jangan berlebihan kuah sebab nasi dah separuh masak tadi.

  15. 15

    Susun sebahagian daripada daging kambing dari sup tadi atas nasi. Tekan.tekan sikit bagi rata.

  16. 16

    Masak nasi seperti biasa. (Rice cooker)

  17. 17

    Apabila nasi hampir masak, tabur kismis dan daun ketumbar. Tekan-tekan lagi. Apabila nasi dah masak, tekan-tekan lagi nasi (jangan digembur pulak..😆😆tak jadi lah up side down kang..)

  18. 18

    Untuk tambahkan warna dan khasiat, siram air saffron atas nasi.

    Teruskan masak nasi sehingga masak..

  19. 19

    Terbalikkan nasi atas dulang/pinggan besar dengan berhati-hati untuk dapatkan bentuk kek. 😁

  20. 20

    Salatah:
    Campurkan semua bahan salatah dalam mangkuk. Gaul rata.

  21. 21
  22. 22

    Akhir sekali, tambahkan minyak zaitun. Gaul rata semuanya.

  23. 23

    Alhamdulillah..selamat berbuka puasa dan menikmati nasi maqlubah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (3)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Cantik nya nasi maqlubah ni, teringin nk cuba tp tgk byk sgt step nya. Rempah tu pulak mcm x prnh nmpk lg kt supermarket kt sini. Suka sgt 😍

Resipi Sepertinya