CrispyJuicy Mango Chicken#phopbylinimohd #batch21

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

#cookpad #cookpadmalaysia

Hidangan mango chicken ini cukup popular dan dikatakan berasal dari Thailand. Biasanya menjadi pelengkap hidangan kami bersama tomyam atau sup ekor thai.
Fuh! Cukup istimewa. Nikmat kunyahan pada kerangupan ayam enak bersama kerangupan manggo yang juicy. Blend rasanya yang masam, manis, pedas. Di makan panas-panas, memang puashati.

Berikutan isu penularan virus corona sekarang ini, kami sekeluarga memang mengelakkan dari makan di luar.
Jadi saya mengambil pendekatan memasak hidangan sendiri dirumah.

Tidak menjadi masalah. Masak dan makan di rumah, menu dan rasa ala-ala restoran terkemuka kan?
Bukan saja menjimatkan belanja, kenikmatan juga rasa berganda-ganda. Rahsia air tangan isteri😉

Tak susah pun membuat hidangan CrispyJuicy Chicken Manggo ini, mudah aja. Marilah lihat resepi dan cara saya.
Jom😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan-bahan ayam goreng:
  2. 4ketul paha ayam yang dibuang tulang (boleh gantikan bahagian dada/ lain)
  3. 80 gramtepung jagung
  4. 20 grambread crumb
  5. 1sudu kecil serbuk lada sulah
  6. 1/2sudu kecil garam halus
  7. 1biji telur
  8. 500 mlminyak untuk menggoreng
  9. Bahan-bahan ulaman/hiasan:
  10. 1biji manggo muda - racik halus
  11. 1/2biji lobak merah - racik halus
  12. 1biji bawang besar - hiris nipis
  13. 1biji tomato - hiris nipis
  14. 1pokok daum ketumbar - potong kasar
  15. Bahan-bahan sos:
  16. 3sudu sos plum
  17. 3sudu sos cili
  18. 1sudu perahan jus limau nipis
  19. 3 ulasbawang putih - tumbuk hancur
  20. 1-2biji cili kecil - hiris halus
  21. 1sudu kecil gula pasir
  22. 5sudu air panas/suam

Cara Memasak

  1. 1

    Persediaan bahan adalah seperti dibawah:
    -ayam goreng
    -ulam & hiasan
    -sos

  2. 2

    Satukan dan gaul rata semua bahan kecuali telur.
    Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan.

  3. 3

    Celup bahagian ayam ke dalam telur dan salutkan dalam campuran tepung. Ketepikan dan ulangi sehingga habis.

  4. 4

    Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing sebelah.
    Pusing sebelah lagi dan teruskan menggoreng sehingga masak.
    Angkat dan tuskan. Ulangi sehingga habis.

  5. 5

    Untuk bahan ulaman/hiasan pula, satukan semua bahan di dalam satu bekas.

  6. 6

    Untuk membuat sos, satukan semua bahan, kacau rata dan ketepikan.

  7. 7

    Setelah semuanya lengkap, satukan semua dalam pinggan hidang.
    Ayam goreng dipotong2 terlebih dahulu bagi memudahkan untuk makan.
    Segala bahan ulam diatur & dihiaskan di bahagian tepi ayam goreng. Jiruskan sos atau cicah sahaja sewaktu makan. Sedia dihidangkan & dimakan sementara masih panas.

    Sekian resepi istimewa dari Murni's LittleKitchen. Selamat mencuba dan sila menjamu selera😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya