Nasi Ayam Nenda Sayang #phopbylinimohd #batch17

Nasi ayam ini sgt enak dimakan begitu sahaja atau boleh ditambah kuah sup ayam ataupun sup kosong. Seronok dinikmari bersama2 keluarga #phopbyrosehassan
#cookpadmalaysia
#phopbylinimohd
#goldenapron
Nasi Ayam Nenda Sayang #phopbylinimohd #batch17
Nasi ayam ini sgt enak dimakan begitu sahaja atau boleh ditambah kuah sup ayam ataupun sup kosong. Seronok dinikmari bersama2 keluarga #phopbyrosehassan
#cookpadmalaysia
#phopbylinimohd
#goldenapron
Cara Memasak
- 1
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.
- 2
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
- 3
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.
Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
- 4
Nasi : Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
- 5
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.
- 6
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
- 7
Kicap nasi ayam: Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
- 8
Sos air lada: Caranya, blenderkan semua bahan dan masak atas api sampai pekat. Kalau suka yang cair, masak sampai mendidih saja lepas tu boleh tutup api.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi



Komen