Ikan Kembung Masak Pindang

#goldenapron
#mingguketujuhbelas
Jangan keliru ikan singgang dan pindang ya. Saya terbiasa makan lauk pindang berbanding singgang. Kalau singgang berwarna putih tetapi lauk pindang berwarna kuning.
Cara memasak pula, saya akan tumis dahulu hirisan bawang, halia dan lain2 sehingga layu sebelum masukkan ikan. Rasanya pula bagi saya sangat segar kerana ada rasa kunyit dan kuahnya rasa masam-masam secukup rasa. Lagipun semua orang tahu kunyit ada pelbagai khasiat. Kalau demam atau sedang berpantang memang sesuai sangat sajian ini. Ikan juga boleh di tukar mengikut selera masing-masing. Kalau ada sambal belacan dan ulaman, walahhhhh!! sedap sangat tu.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup dan cili padi sehingga layu. Tuangkan air panas.
- 2
Masukkan asam keping, kemudian disusuli dengan garam serta serbuk kunyit. Gaul rata dan perasakan secukupnya.
- 3
Bila kuah sudah mendidih, masukkan ikan, daun kunyit, cili merah, tomato dan bendi. Biarkan sehingga ikan dan bendi benar- benar masak. Matikan api. Sedia dihidang!!
Carian Teratas bagi
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Ikan Kembung Masak Pindang Ikan Kembung Masak Pindang
Kalau ikut cara mak akak, masak macam ni kalau kuah putih dia panggil singgang, kalau campur kunyit dia panggil pindang.Tak kisahlah macam mana panggilan pun, pindang @ singgang ni memang lauk pembuka selera yang mudah untuk dimasak.Lempar ja semua bahan dalam periuk, hidupkan api masak dengan api sederhana. Siappp.. Norashikin Rahmat -
Sup Ikan Merah Ala Thai Sup Ikan Merah Ala Thai
#goldenapron#minggukesembilanbelas#saturesipisatupohonGara-gara menonton video masakan Thailand, kecur air liur teringat akan sup ikan yang dimasak oleh orang Thailand.Pagi tu saya dan suami pergi sarapan di Damansara. Masa perjalanan pulang tu lalu depan pasar. Terus singgah beli ikan merah untuk dibuat sup. Selalu saya masak sup ikan merah ala-ala orang Malaysia. Tapi kali ni saya ikut cara orang Thailand.Sedap dan segar rasanya bila dimakan ketika panas. Apatah lagi ada sambal hijau Thailand. Segalanya secukup rasa. Nak resipi sambal hijau Thailand tu? Saya pautkan sekali link👇🏻https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/9421849-thai-seafood-dipping-sauce?via=sidebar-recipesSuami dan anak-anak kata sup ikan ni sangat sedap. Rasanya masam-masam secukup rasa. Kalau suka, boleh saja tambah sayur seperti batang celery dan cendawan. Alkisahnya saya terlalu teruja sangat nak buat sup ikan la konon sampai terlupa sayur-sayur yang lain. Tanpa sayur- sayuran pun sup ini sudah sedap apatah lagi kalau dicampur sayur,pasti sedap berkali ganda.Selamat mencuba! Gyna Elenna -
Asam Pedas Ikan Kembung Asam Pedas Ikan Kembung
Resepi asam pedas ikan kembung dari @gula_enau ni memang sedap. Pakej asam pedas sebab ada bunga kantan, bendi dan tomato.Saya ikut resepi beliau, cuma saya lebihkan kuantiti bahan dan saya ada tambahkan daun limau purut dengan serai ketuk. Kuahnya masam2 sikit. Memang tip top meletop. Semua secukup rasa. Rugi korang tak cuba resepi ni. Noor Atika Mahamood -
Masak Pindang Ikan Selayang Masak Pindang Ikan Selayang
267/Oktober2024/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2066 #TerusMelangkah3kResipi ringkas yang sedap. Hirup kuah panas2 di samping makan nasi putih. Tatau nak habaq ler 😋 Salina Jalaludin -
Asam Pedas Ikan Pari #chefzam Asam Pedas Ikan Pari #chefzam
Di sini,kita sudah terbiasa dengan cara masakan yang menggunakan cili.Tanpa cili terasa hidangan tidak sempurna.Dari dahulu hingga sekarang,kita tak pernah jemu dengan lauk Asam Pedas.Tidak kiralah apa jua jenis ikan kalau dimasak asam pedas memang sedap.Mungkin di setiap negeri atau daerah mempunyai cara penyediaan yang berbeza mengikut citarasa masing-masing tapi pokoknya,bahan utama adalah cili yang telah dikisar.Hari ini saya kongsikan resipi dan cara saya menyediakannya.Jangan lupa mencuba 😘 Gyna Elenna -
Pindang ikan selar Pindang ikan selar
Selain dari masak asam pedas , masak pindang juga antara menu kegemaran ramai.Masakan pindang boleh dimasak menggunakan apa jua lauk seperti daging , ayam atau pun ikan.Masakan ini juga boleh dimakan ketika berpantang.Masakan yg mudah dan ringkas tetapi sedap .Kalau Ziana mesti makan nasi dlm mangkuk letak kuah byk². Nikmatnya makan 😍#AnyOneCanCookFishWeek1 Ziana Chesaad -
Ikan Singgang Budu 🐟🍛 Ikan Singgang Budu 🐟🍛
Saya memang suka makan ikan singgang kuah putih ni, kalau orang Joho selalu panggil ikan pindang dan selalunya warna kuning. Resepi kali ni saya buh budu dalam kuah ikan singgang saya, simple yet sedappp, inshaAllah 🤗❤️ Nurul Kefftya -
Asam Rebus Ikan Siakap Asam Rebus Ikan Siakap
#goldenapron#1post1hopeKalau pandang ikan siakap,mesti tertanya-tanya nak dibuat apa dengan ikan ini.Asyik masak steam dan masak tiga rasa je.Semalam lagi saya sudah berangan-rangan sebelum tidur.Esok pagi pergi ke pasar untuk mencari ikan siakap.Nak masak asam rebus!!sebab ianya mudah sangat lagi pula saya sibuk seharian untuk menguli 4 kilo tepung.Untuk memudahkan kerja saya,asam rebus ikan siakaplah jawabnya.Tidak perlu saya susah-susah masak yang lain-lain lagi.Cuma sediakan ulam sahaja seperti petai,kacang botol atau timun.Rasanya masam dan manis kerana adanya nanas.Kuahnya enak dihirup.Jom semak cara saya memasak 😘 Gyna Elenna -
Singgang Ikan Kembung Singgang Ikan Kembung
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresApabila tiba musim hujan/tengkujuh, kawasan tempat tinggal saya memang turut terkesan walaupun rumah kediaman kami tidak dinaiki air tetapi haluan/jalan untuk kami menuju ke kedai, tempat kerja memang sering dinaiki air yang tinggi. Lebih merisaukan saya kawasan kediaman emak saya kerana jika berlaku air pasang besar, air sungai yang berhampiran akan sampai ke kawasan rumah emak saya. Saya juga pernah merasai pengalaman perit ketika masih tinggal bersama kedua orang tua saya ketika rumah kami dinaiki air secara mengejut di waktu malam. Dengan gelap gelita kerana bekalan letrik terpaksa dimatikan kerana bimbang akan mendatangkan kemudaratan.Bila hari hujan tekak terasa nak makan sesuatu yang berkuah dan boleh dihirup ketika masih panas. Masak apa yang ada di dalam peti sejuk. Nak ke kedai jalan tak boleh dilalui. Lauk yang sebegini memang cepat habis dan laku kalau di rumah saya. Nak-nak lagi kalau ada ulam-ulaman dan sambal belacan, ikan kering goreng, pekena pula nasi beras kampung yang panas-panas, perghhh!!! Bertambah-tambah nasi memang tak cukup seperiuk 😂 Dapur Yusfarisyia -
Kembung Masak Pindang Kembung Masak Pindang
276/2021/RoadTo1k/961Resipi ni terinspirasi daripada Cik Aie @cook_17670656. Hakak rasa masak pindang ni macam singgang yang selalu hakak masak tu je. Cuma bezanya bahan dikisar halus terlebih dahulu. Kalau singgang hakak masak tu, hakak potong2 ketuk2 je bahan dan campak je dalam periuk 🤭😂. Tapi ni versi lebih pekat kuahnya, yela bahan dikisar halus kan. Dari segi rasa sedap. Suka 😊 Salina Jalaludin -
Asam pedas Asam pedas
Sape masak asam pedas letak rempah kari dan susu cair???Saya olah resepi asal mengikut selera saya. Jangan risau, asam pedas ni tak akan jadi kari ya sebab rempah kari dan susu cair tu saya letak sesudu dua je, just nice😘😘Apa salahnya kita olah resepi sedia ada, asalkan tak mengubah rasa dia.Di sini saya lampirkan resepi asam pedas cara saya ye. Harap bermanfaat😘😘 Zara Latif -
Siput & Nanas Masak Lemak Cili Padi Siput & Nanas Masak Lemak Cili Padi
#goldenapron#minggukeenambelasSemalam saya nampak siput dalam basin di tepi singki, Mama kata dia beli siput tu di Pantai Remis,Jeram ketika pulang dari kenduri perkahwinan saudara. Lepas tu dia offer “nak ke?, mama saja je beli sebab ternampak siput tu masa belikan petai yang kau kirim. Bawalah siput tu balik!”Sedih, terharu pun ada bila dengar mama cakap macam tu. Saya cuma memesan petai je kot kalau ternampak. Mama memang tahu apa yang anaknya suka. Sebab tu hati saya mudah cair dengan mama kalau dia call, sekadar tanya khabar pun saya terus berdesup pulang ke rumahnya. Lagi pun bukannya jauh. 20 minit dah sampai.Ikutkan hati tadi memang malas masak, sebab tadi pergi shopping, lepas tu berkebun sekejap. Badan terasa letih tapi bila melihat siput tu macam nak larikan diri, terus saya masak. Kang tak pasal bersepai merata-rata dalam rumah. Lagi haru dibuatnya.Seperti biasa, cara saya masak lemak memang tak menggunakan bawang. Saya lebih suka rasa kunyit hidup dan cili padi sahaja. Ada nanas pula tu, cukup sedap masam dan manis rasa pada kuah tu. Gyna Elenna
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen (2)