Nasi Ayam Mantul

ani skmn
ani skmn @NorSukiman85

Resepi lengkap Nasi Ayam yang sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. BAHAN UNTUK AYAM :
  2. 1 ekorayam potong 4
  3. 3 ulasbawang putih (tumbuk)
  4. 1 incihalia (tumbuk)
  5. 1 kiubpati ayam
  6. BAHAN PERAPAN AYAM :
  7. 2 ulasbawang putih (tumbuk)
  8. 1 incihalia (tumbuk)
  9. 5 sudukicap manis
  10. 3 sudukicap masin
  11. 3 sudusos tiram
  12. 1 sudumadu
  13. BAHAN UNTUK SUP :
  14. Lihat pautan
  15. BAHAN UNTUK NASI :
  16. 2 ulasbawang putih (hiris)
  17. 1 incihalia (hiris)
  18. 3sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  19. 1/2 sudu tehkunyit
  20. Lemak ayam
  21. 2 sudumarjerin
  22. secukup rasaGaram
  23. BAHAN UNTUK SAMBAL :
  24. Lihat pautan
  25. BAHAN UNTUK SOS KICAP :
  26. Lihat pautan
  27. SAYUR-SAYURAN :
  28. Timun
  29. Tomato
  30. Salad

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan ayam. Rebus ayam bersama bawang putih dan halia tumbuk serta pati ayam sehingga ayam masak. Angkat ayam dan ketepikan.

  2. 2

    Dalam mangkuk, perap ayam dengan semua bahan perapan selama 30 minit. Tapiskan ayam dan goreng sebentar. Tak perlu lama kerana ayam dah masak.

  3. 3

    Untuk sup, sila lihat pautan

  4. 4

    Untuk nasi, panaskan marjerin, tumis kan bahan hiris dan 3 sekawan sehingga bau harum. Masukkan lemak ayam dan masak lagi sehingga lemak mengeluarkan minyak. Masukkan beras yang sudah di tapis dan gaulkan serata sehingga berbau harum dalam 2 - 3 minit. Tutup api dan masukkan nasi ke dalam periuk nasi.

  5. 5

    Masukkan air rebusan ayam ikut sukatan macam biasa kita masak nasi, kiub pati ayam, serbuk kunyit dan garam. Masak nasi macam biasa.

  6. 6

    Untuk sambal nasi ayam, sila lihat pautan.

  7. 7

    Untuk sos kicap, sila lihat pautan.

  8. 8

    Hidangkan nasi ayam bersama sup, sambal, sos kicap dan sayur2an.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ani skmn
ani skmn @NorSukiman85
pada

Resipi Sepertinya