Laksa Johor (Resepi Mak)

Alhamdulillah. Dapat belajar dengan Mak, macam mana nak masak Laksa Johor untuk Raya Haji tempoh hari.
Syukur, rasa sedap. Cuma Mak ubah sikit sebab termasin. Lain-lain, okay 👍.
1. Bunga kantan
4. Limau kasturi
Laksa Johor (Resepi Mak)
Alhamdulillah. Dapat belajar dengan Mak, macam mana nak masak Laksa Johor untuk Raya Haji tempoh hari.
Syukur, rasa sedap. Cuma Mak ubah sikit sebab termasin. Lain-lain, okay 👍.
1. Bunga kantan
4. Limau kasturi
Cara Memasak
- 1
Cara masak spaghetti:
- 2
Panaskan air bersama minyak.
Air dah mendidih, masukkan spaghetti.
Spaghetti sudah masak, angkat, toskan dan cepat cepat bentukkan bulat ketika spaghetti panas.
Kalau lambat, spaghetti sejuk dan susah untuk dibentukkan.
Guna garpu ambil sedikit spaghetti dah angkat tinggi. Kemudian tekan garpu ke sudu dan gulungkan spaghetti.
Seterusnya, susun spaghetti yang sudah dibentuk ke dalam mangkuk hidangan. Tutup mangkuk dengan plastik untuk elak spaghetti kering. - 3
Cara masak kuah laksa:
- 4
Basuh ikan parang dengan asam jawa sehingga hilang hanyir.
Rebus ikan parang sehingga masak. Tekan isi ikan dengan sudu untuk tahu ikan dah masak atau belum.
Seterusnya, angkat dan ambil isi ikan dan buang tulangnya. Air rebusan ikan jangan buang, simpan untuk kuah. - 5
Kisar kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan bawang besar dengan sedikit air.
Masukkan bahan kisar.
Tumis sehingga bau wangi. - 6
Masukkan cili kering. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan lengkuas dan serai. Kacau.
- 7
Masukkan rempah kari dan sedikit air.
Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan air rebusan ikan, air tambahan dan ikan parang yang sudah dibuang tulang. - 8
Masukkan asam keping dan kerisik.
Masak sehingga mendidih. - 9
Masukkan santan dan garam.
Kacau rata.
Biarkan ia mendidih.
Siap. - 10
Cara hiris ulam:
- 11
Ambil daun selasih, basuh dan toskan airnya. Kemudian hiris halus.
Ambil daun kesom, basuh dan toskan airnya. Kemudian hiris halus. - 12
Ambil timun yang sudah dibuang kulitnya. Potong sebatang timun kepada 4 atau 5 bahagian. Kemudian, gunakan pisau untuk potong secara bulatan. Bahagian tengah timun tidak digunakan. Hiris timun tersebut.
- 13
Basuh bersih kacang panjang dan bunga kantan, toskan. Kemudian, hiris. Hanya bunga kantan bahagian tengah tidak dihiris.
- 14
Buang kulit bawang, basuh dan toskan. Kemudian, hiris bawang besar. Basuh taugeh bersih dan toskan. Letakkan semua ulam dalam satu bekas untuk dihidang.
- 15
Cara buat sambal belacan:
- 16
Masak belacan atas kuali tanpa minyak.
Apabila belacan dah masak, masukkan ke dalam alat pengisar bersama cili merah, gula apong dan perahan limau kasturi.
Sambal belacan tak perlu garam sebab belacannya sudah sedia masin.
Kisar. Sambal belacan siap. - 17
Cara hidang Laksa Johor:
- 18
Letakkan spaghetti dan kuah laksa.
Hidang dengan ulam-ulaman seperti timun, bunga kantan, daun kesum, daun selasih, bawang besar, kacang panjang serta taugeh.
Letakkan sambal belacan.
Siap.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Laksa Kuah Masak / Merah Terengganu Laksa Kuah Masak / Merah Terengganu
Selain laksa kuah putih, Terengganu juga memiliki laksa kuah merah atau dipanggil juga laksa kuah masak yang seakan-akan laksa Johor. Namun, menu yang satu ini jarang sangat diketengahkan sebagai makanan warisan negeri.#globalapron2024#challenge21#warisanIkan pelaling (2 point)Daun kesum (1 point)Gula melaka (2 point)Asam keping (1 point)Ikan masin (2 point)Bunga kantan (2 point)Limau kasturi (1 point)11 point Hayati Hamdan -
-
Laksa johor Laksa johor
#goldenapron2020 #bazaarramadanDulu sebelum kahwin tak tau pun yang johor ada laksa johor. Yang tau laksa penang laksa kelantan. Mungkin cara nak buat tu agak leceh sikit. Sebab tu tak ramai yang pandai buat laksa johor ni. Laksa johor agak pekat. Itu disebabkan kerana dimasak menggunakan ikan dan rempah ratus yang terpilih.Lagi satu orang johor makan laksa johor ni guna spaghetti bukan guna mee biasa dan mereka juga makan menggunakan jari jemari bukan pakai sudu garpu. Laksa johor ni kategori laksa yang mahal. Menajadi hidangan istimewa pada hari raya dan dihidangkan untuk majlis tertentu.Suka makan laksa johor ni tapi nak buat tu agak bercinta sedikit. Laksa johor agak rumit sedikit berbanding laksa yang lain. Dalam resepi sepatutnya gunakan ikan parang. Tapi sebab pkp ikan paramg susah nak dapat. Jadi kita gantikan dia menggunakan ikan sardin. Rasa tak jauh beza. Tetap berlemak. Selamat mencuba.. Sue Hana -
Nasi Goreng Wangi Nasi Goreng Wangi
#98/728/2025#728/1000#CookpadApron2025#CA2025#60#Week15:Ada lebihan nasi semalam,pagi ni masak je Nasi Goreng Wangi.Bau wangi datangnya dari campuran hirisan Bunga Kantan,Serai dan Daun Limau Purut,semerbak mengisi ruang dapur.Resipi mudah,cepat siap,in sya Allah sedap.Alhamdulillah.:Magic Cart:3) Bunga Kantan *4) Daun Limau Purut *5) Ayam * ha.lim39 -
Laksa Johor 🇲🇾 Laksa Johor 🇲🇾
Sejarah Laksa JohorLaksa Johor adalah salah satu laksa yang popular di Malaysia. Ianya penuh sejarah dan ada 'identiti' tersendiri.Di Malaysia, hanya laksa Johor saja yang menggunakan spaghetti sebagai "mi" laksa. Mengikut cerita orang dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di 'upgrade' berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johor, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya.Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi ikan parang. Memang leceh nak buat kuahnya. Kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa"Tapi saya guna ikan kembung je. Pun sedap juga. Asalkan bahan-bahan kuahnya yg lain sama... Hanya beza ikan je.Orang johor wajib tau masak laksa johor ni.. Barulah orang johor.#cppassport Noor Atika Mahamood -
Asam Pedas Ikan Merah Asam Pedas Ikan Merah
#globalapron2024#challenge28#malayfoodBunga kantan (2 point)Belacan (1 point)Limau kasturi (1 point)4 point Hayati Hamdan -
Laksa Johor Laksa Johor
#goldenapron #minggu12Minggu ini lambat juga Yani submit resipi goldenapron. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan urusan lain, sampai tiada idea nak masak apa. Semalam kebetulan pula perlawanan bola sepak antara negeri Johor dan Kedah yang mana keputusan akhir berpihak ke atas Johor yang memenangi gol sebanyak 3-0... Tak kisah pun pasal bola sebab Yani kira mix dari Ayah yang asal Johor & Mak yang asal dari Kedah...So Yani pun terfikir🤔🤔🤔 bagus juga ni...Sempena bola menang ni, Yani masak resipi Laksa. Laksa Kedah tu sangat disukai oleh Yani, memang kerap la masak bila teringin tapi Laksa Johor pula inilah pertama kali Yani cuba memasaknya sendiri. Biasanya Yani akan dapat makan Laksa Johor, jika mak saudara yang buat. Oklah, sempena Johor menang bola, Yani pun masakkan hidangan negeri kelahiran Yani hari ni. Jom masak! Nur Azliani Amer -
👩🍳Ayam Sambal Bunga Kantan 👩🍳Ayam Sambal Bunga Kantan
Cookpad Apron 2025 Week 15COOKPAD MAGIC CART WEEK 15:🛒Ayam🛒Cili padi🛒Bunga kantan🛒Limau kasturi🛒Daun limau purutHidangan ayam yang digoreng dan dimasak bersama sambal yang ditumis cili padi dan dicampur dengan bunga kantan dan daun limau purut…memberikan aroma dan rasa yang sungguh sedap. Di akhir masakan, diperah pula limau kasturi…. memang sedap🤤Inspirasi resipi MaRulez Arif @marulez terima kasih🌹Full cart done🛒✅#CookpadApron2025#CA20252511/3K134/2025 Mahadiah -
Kerabu perut Kerabu perut
#CookpadApron2025#Week15Punya lah suka kerabu perut . Senang jer nak buat dia. Jom tgk resepi yang simple nih.Magic cart:Bunga kantanDaun limau purutLimau kasturiCili padiTomato Ziana Chesaad -
Ayam Goreng Sambal Asam Pedas Ala Nyonya Ayam Goreng Sambal Asam Pedas Ala Nyonya
#100/730/2025#730/1000#CookpadApron2025#CA2025#62#Week15:Biasa masak ikan asam pedas nyonya,kali ini kita tukar dengan ayam pula.Kena gaul garam kunyit dahulu ayamnya,goreng 3/4 garing,lepas tu baru gaul dengan kuah asam pedas ala nyonya.Daun Kesum takdak kita ganti dengan Daun Limau Purut,sedap juga.Alhamdulillah.:Magic Cart:9) Tomato * - Ayam - Bunga Kantan - Daun Limau Purut. ha.lim39 -
Asam Laksa Asam Laksa
100/2025 (2087/2500)Alhamdulillah..tunaikan permintaan MIL yang nak makan laksa asam. Uchu pun mmg nak masak juga sebab baru kutip daun kesum dalam pasu dan ada banyak bunga kantan yang kutip dari kebun. Banyak MIL makan tengahari tu.Uchu panggil ni laksa asam sebab mmg takleh claim jadi laksa penang sebab Uchu gunakan bahan tambahan lain. Sesimple Loralin -
👩🍳Laksa Johor 👩🍳Laksa Johor
Kali pertama cuba Alhamdulillah menjadi. Inspirasi resipi chenom tetapi saya telah separuhkan semua bahan kerana resipi asalnya untuk 10 orang makan.Persediaan untuk memasak laksa Johor memakan masa agak lama kerana berbagai bahan yang digunakan. walaupun begitu, hasilnya sangat sedap dimakan.#merdekapassport Mahadiah
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)