Nasi Ayam

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

#goldenapron #minggu8 #cookpadmalaysia
Hari ni tetiba teringat nasi ayam yang dimasak oleh kakak ipar. Jadi kami suami isteri berpakat masuk dapur bersama-sama dan masak nasi ayam. Alhamdulillah menjadi untuk lunch. Pastu masak lagi sekali untuk dinner pulak sebab ada tetamu datang. Jadinya hari ni 2kali kami masak nasi ayam dengan jaya dan sedapnya. Alhamdulillah 🥰

Nasi Ayam

#goldenapron #minggu8 #cookpadmalaysia
Hari ni tetiba teringat nasi ayam yang dimasak oleh kakak ipar. Jadi kami suami isteri berpakat masuk dapur bersama-sama dan masak nasi ayam. Alhamdulillah menjadi untuk lunch. Pastu masak lagi sekali untuk dinner pulak sebab ada tetamu datang. Jadinya hari ni 2kali kami masak nasi ayam dengan jaya dan sedapnya. Alhamdulillah 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam 15minit
2-3orang
  1. Bahan Stok Rebusan Ayam :
  2. 5ketul ayam
  3. 1biji kiub ayam
  4. Air (untuk merebus)
  5. Bahan Ayam Bakar :
  6. Ayam (yang direbus untuk stok ayam)
  7. 5sudu besar kicap
  8. 2sudu besar sos tiram
  9. 2 ulasbawang putih (kisar halus)
  10. 1inci halia (kisar halus)
  11. Gula & garam (secukup rasa)
  12. Bahan Nasi :
  13. 2 cawanberas
  14. 2 ulasbawang putih (dihiris halus)
  15. 2biji bawang merah (dihiris halus)
  16. 2inci halia (dihiris halus)
  17. 2sudu kecil serbuk kunyit
  18. SedikitGaram
  19. Serbuk cukup rasa
  20. Air stok rebusan ayam
  21. Sedikitminyak
  22. Bahan Sup :
  23. Air stok rebusan ayam
  24. 3biji bawang merah (dihiris halus)
  25. 2 ulasbawang putih (dihiris halus)
  26. Daunbawang (dipotong halus)
  27. Sedikitgaram
  28. Bawang goreng
  29. Air (untuk kuah)
  30. Bahan Kicap :
  31. Guna lebihan bahan yang diperap ayam bakar
  32. Air (untuk kuah)
  33. Kicap (ikut sukatan yang bersesuian)
  34. Bahan Sos :
  35. 5tangkai cili kering
  36. 2tangkai cili besar
  37. 2 ulasbawang putih
  38. 3sudu besar sos cili
  39. Sedikitgaram dan gula
  40. Air (untuk mengisar)
  41. Bahan Hiasan / Ulam / Tambahan :
  42. Timun
  43. Tomato
  44. Bayam brazil (saya guna gantikan daun salad)

Cara Memasak

1jam 15minit
  1. 1

    Ayam, kiub ayam dan air direbus sehingga mendidih. Toskan ayam. Air rebusan (stok ayam dibahagi kepada dua Iaitu untuk bahagian nasi dan sup)

  2. 2

    Ayam yang direbus diperap dengan kicap, sos tiram, bawang putih, halia, gula dan sedikit garam. Perap seketika. Bakar menggunakan pemanggang ajaib sehingga masak sempurna.

  3. 3

    Beras dicuci bersih. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kunyit, garam, serbuk cukup rasa dan stok air rebusan ayam. Untuk sukatan air, bergantung kepada jenis beras yang digunakan. Tips untuk tak bagi nasi yang telah masak supaya melekat (masukkan sedikit minyak)

  4. 4

    Air rebusan stok ayam dicampur dengan bawang merah, bawang putih, daun sup, garam dan air. Masak sehingga mendidih. Tutup api, sejukkan seketika. Masuk ke dalam mangkuk dan tabur bawang goreng.

  5. 5

    Untuk kuah kicap, saya guna lebihan bahan perapan ayam bakar. Masukkan kicap dan air (ini ikut sukatan bahan perapan yang lebih tu). Masak sehingga kuah mendidih.

  6. 6

    Cili kering, cili besar dan bawang putih kisar halus dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk. Masuk garam, gula dan sos cili. Masak sehingga mendidih.

  7. 7

    Timun dan tomato dihiris. Dan dihias bersama-sama bayam brazil. Hidang semua menu yang dimasak (Nasi, Ayam Bakar, Sup, Kuah Kicap dan Sos). Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya