Gulai Tempoyak Daun Kayu (NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS)

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Gulai Tempoyak Daun Kayu.
One of my favourite.
Ya Allah, kalau ummi masak lauk ni, memang confirm akan meratah semangkuk dua.
Selama ni ingat ni makanan orang Pahang.
Rupanya asal dari Negeri Sembilan.
Gabungan pucuk ubi, daun kadok, serai, daun kunyit dan pelbagai ulam daun kayu pilihan.
Yang kadang-kadang susah nak jumpa dipasar.
Kalau duk kampung, seronok.
Nak makan je petik je sekeliling rumah.
Rindu nak balik kampung 🥲

#merdekapassport

Gulai Tempoyak Daun Kayu (NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS)

Gulai Tempoyak Daun Kayu.
One of my favourite.
Ya Allah, kalau ummi masak lauk ni, memang confirm akan meratah semangkuk dua.
Selama ni ingat ni makanan orang Pahang.
Rupanya asal dari Negeri Sembilan.
Gabungan pucuk ubi, daun kadok, serai, daun kunyit dan pelbagai ulam daun kayu pilihan.
Yang kadang-kadang susah nak jumpa dipasar.
Kalau duk kampung, seronok.
Nak makan je petik je sekeliling rumah.
Rindu nak balik kampung 🥲

#merdekapassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
7-8 orang
  1. Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  2. 3inci kunyit hidup
  3. Air secukupnya
  4. 1 kgsantan segar,
  5. 2-3 cawantempoyak
  6. 2asam keping (kalau tempoyak dah masam tak payah isi. Kenali rasa tempoyak masing-masing)
  7. 1 cawanjering (jering muda buang kulit, hiris, rebus kejap dgn air garam, bilas & toskan)
  8. 1 cawanpetai
  9. 2 cawanudang kecil (resipi asas, guna ikan bilis)
  10. Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
  11. Bahan dihiris halus (hiris macam bunga rampai, kuantiti agak2)
  12. Pucuk ubi
  13. Daunkunyit
  14. Daunkadok
  15. Daunkesum
  16. 3-4bunga kantan
  17. 4 batangserai
  18. botolSecekak kacang

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan yang perlu dihiris. Hiris halus2.

    Serai dihiris asing.

  2. 2

    Kisar atau tumbuk cili api dan kunyit hidup sampai lumat. Masukkan dalam periuk dengan 2-3 cawan air. Biar mendidih.

    Masukkan santan segar.

  3. 3

    Masukkan tempoyak dan serai. Kacau dan biar mendidih.

  4. 4

    Masukkan jering dan asam keping. Kacau dan biar mendidih. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau lagi.

  5. 5

    Masukkan semua daun kayu dan bahan yang dihiris tadi. Kacau sampai semuanya layu.

    Masukkan udang dan petai. Kacau sekata sampai semuanya masak mendidih dan pekat.

  6. 6

    Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya