Nasi Ayam Mantul

Berbuka dengan nasi ayam mantul inspirasi resepi daripada @NorSukiman85.
MasyaAllah Tabarakallah.
Enak dan sedap rasanya.
Ada orang kata renyah nak buat nasi ayam ni. Tapi bagi akak alah bisa tegal biasa. Kalau dah ingat dalam kepala tak susah mana pun sebab nasi ayam antara menu feveret keluarga akak.
Cuma kali ni terteleng-teleng jugalah leher tengok resepi sebab nak bagi dia mantul macam ani buat.
Macam biasa akak ejas sikit resepi dan cara ikut citarasa dan kesesuaian bahan yang ada didapur.
Nah akak tepek resepi nasi ayam complete all in one dalam satu post ja.. Boleh la cuba nanti.
Nasi Ayam Mantul
Berbuka dengan nasi ayam mantul inspirasi resepi daripada @NorSukiman85.
MasyaAllah Tabarakallah.
Enak dan sedap rasanya.
Ada orang kata renyah nak buat nasi ayam ni. Tapi bagi akak alah bisa tegal biasa. Kalau dah ingat dalam kepala tak susah mana pun sebab nasi ayam antara menu feveret keluarga akak.
Cuma kali ni terteleng-teleng jugalah leher tengok resepi sebab nak bagi dia mantul macam ani buat.
Macam biasa akak ejas sikit resepi dan cara ikut citarasa dan kesesuaian bahan yang ada didapur.
Nah akak tepek resepi nasi ayam complete all in one dalam satu post ja.. Boleh la cuba nanti.
Cara Memasak
- 1
Untuk stok ayam ~
Stok ayam ni bahan utama dalam proses nak buat nasi ayam. Jadi 1st kena buat dia dulu.
Reneh ayam bersama bawang putih dan halia tumbuk serta pati ayam dengan api sederhana lebih kurang 20 - 30 minit
Angkat ayam dan ketepikan air rebusan (stok ayam).
- 2
Dalam mangkuk, gaul ayam dengan semua bahan perapan, biarkan selama 30 minit.
Tapiskan ayam, lebihan perapannya simpan untuk dijadikan sos kicap.
Goreng ayam dalam minyak yang panas sampai bertukar warna. Angkat dan toskan minyaknya.
Tak perlu lama kerana ayam dah masak.
- 3
Untuk nasi ~
Panaskan butter, masukkan lemak ayam goreng sampai lemak mencair dan mengeluarkan minyak.
Kemudian tumis kan bahan hiris dan 3 sekawan sehingga bau harum.
Masukkan beras yang sudah di tapis dan gaulkan rata sehingga berbau harum dalam 2 - 3 minit. Tambahkan air secukupnya.
Tutup api, alihkan periuk dalam ricecooker. Masak nasi macam biasa.
- 4
- 5
- 6
Bila nasi dah masak gemburkan ia perlahan-lahan supaya nasi berderai elok dan menarik untuk dihidang.
- 7
Untuk sup ~
Masukkkan stok ayam serta bahan tumbuk ke dalam periuk, didihkan.Masukkan fishball dan bawang holand masak seketika.
Tambahkan garam, gula dan kiub pati ayam. Ejas rasanya sesuai citarasa
Akhir sekali taburkan hirisan daun sup. Tutup api.
- 8
- 9
Untuk sos merah nasi ayam ~
Masukkan semua bahan kedalam periuk. Masak dengan api sederhana perlahan sampai sos memekat.
Ejas rasanya supaya seimbang masam, manis, madin dan pedas.
- 10
Untuk sos kicap nasi ayam ~
Campur semua bahan dalam periuk, reneh sampai sos pekat.
Ejas rasanya sesuai citarasa.
- 11
Hidangkan nasi ayam bersama ayam, sup, sos merah, sos kicap dan sayur-sayuran.
Resipi Sepertinya
-
Nasi Ayam Biasyediaaaa (Bekal/Lunch Box) Nasi Ayam Biasyediaaaa (Bekal/Lunch Box)
Biasyediaaa..syedap syampai tak syukup walaupun biasye2 je..🤣 syendiri masyak, syendiri kena thumb up laaa kan..👍😆 Tambahan lagi ini hasil cooksnap. Nasi Ayam Mantul bak hang!Walaupun dalam ramuan nampak panjang bahan2 ramuannya, tapi sebenarnya sangat mudah disediakan. Samada ada untuk bekal atau untuk makan biasa2 kat rumah pun.Bila anak2 sekolah, setiap pagi kena sediakan 2 set bekal berbeza. Satu untuk breakfast, satu set lagi untuk lunch. Jadual diorang ni habis 3.30 - 4.30 petang. Adui..diorang tanak amik food package sebab katanya tak menepati selera diorang. Pernah paksa juga diorang amik food package sebab Uchu tak rajin nak standby bekal hari2 tetapi hampir setiap hari diorang beri dan offer pada kawan sekelas yang lain. Pastu bila balik, masing2 macam kebuluran. Geram betul lah..Cc: Nasi Ayam Mantul @NorSukiman85 Sesimple Loralin -
Nasi Ayam Nasi Ayam
Kalau dah takdak idea sangat nak masak apa, ni la menu yg terpilih untuk dimasak..hahaha Sebabnya, semua dah lengkap dalam menu ni. Karbo, protein & sayur semua ada & paling penting senang disediakan 😆Kalini Cikna buat ayam versi goreng. Kalau nak bakar pun boleh ayam tu. Nak cepat punya pasal goreng jela..hehe Nak lagi sedap, kena perap lama sikit ayam tu..paling kurang 30 minit. Kalau semalaman lagi sedap..Sos tu Cikna buat versi express. Cikna jumpa resepi sos tu dalam satu web resepi lama dulu dah, rasanya 10 tahun lepas ke lebih lagi. Ada satu komen kat bahagian resepi nasi ayam tu bagitau macam mana nak buat sos sedap tapi cepat. Sampai harini Cikna setia dengan sos tu kalau masak nasi ayam 😁Kuah sup kena lebihkan banyak tau sebab nak guna untuk masak nasi & buat kicap nanti. Kalau buat cukup-cukup nanti kena guna air biasa untuk masak nasi..tak best la sebab tak terasa serapan sup ayam tu..#bazaarramadan (minggu 1) Erna Hezreen Hamzah -
Nasi Ayam Madu Nasi Ayam Madu
Lamanya tak buat nasi ayam. Jadi pagi tadi minta suami belikan bahan-bahannya. Maka jadilah nasi ayam madu hari ni.Tengok pada bahan dan cara nampak macam sedikit renyahkan?? Tapi kalau dah biasa, boleh buat sambil pejam mata ja...😂Inspirasi daripada resepi cookpader Asz Hani dengan olahan pada bahan dan cara penyediaannya.Road to 500 resipi / 301 Norashikin Rahmat -
Nasi Ayam Nasi Ayam
Inspirasi dari @ticer_cemAlin olah kuantiti sedikit bahan dan cara je bagi menyesuaikan selera anak ank..Contoh bahan patut hiris..Alin tak hiris..Alin tumbuk je..Ada yang patut di masukkan lagi bawang putih halia..lain tak buh juga..sebab memadai dengan rasa halia dari air rebusan ayam..Untuk ayam..tak goreng.. sebab nak cepat..jadi masukkan dalam air fryer saja.. FZ Adzlin -
-
Nasi Ayam Nasi Ayam
#goldenapron #minggu8 #cookpadmalaysiaHari ni tetiba teringat nasi ayam yang dimasak oleh kakak ipar. Jadi kami suami isteri berpakat masuk dapur bersama-sama dan masak nasi ayam. Alhamdulillah menjadi untuk lunch. Pastu masak lagi sekali untuk dinner pulak sebab ada tetamu datang. Jadinya hari ni 2kali kami masak nasi ayam dengan jaya dan sedapnya. Alhamdulillah 🥰 Salina Jalaludin -
Nasi Ayam Kampung Nasi Ayam Kampung
Biasanya makan nasi ayam dengan ayam bandar, kan?Tapi kali ni saya masak nasi ayam guna ayam kampung. Yang specialnya, ayam ni ayah bela sendiri tau. Memang terjaminlah halalan toyyibban. Sebab biasanya ayah bagi ayam makan nasi (nasi lebihan)Ayam kampung ni tak suka makan bertih jagung, dan langsung tak makan dedak. Sebab tu isinya manis. Tak muak macam makan ayam biasa.Sape suka makan ayam kampung, angkat tangan 🙋 Noor Atika Mahamood -
Nasi Ayam Madu Bakar Nasi Ayam Madu Bakar
Hari ini nak share nasi ayam madu bakar berdeting berdentang sudip dan senduk namanya😆Ok ni nasi ayam madu bakar cara Cik Ctie ye. Resepinya adalah resepi taram apa aje yang ada dalam dapur rumah, yg penting senang dan cepat. Resepi ni utk 2 ke 3 orang makan. Maklum sajalah cik ctie berdua aje dng en.suami kat umh ni😆Jom tengok apa bahan yang cik ctie pakai. Nak tambah bahan2 rahsia korang pun boleh, ikut keselesaan korang. #goldenapron Puan Ctie Zaki -
Jemput-Jemput Guna Nasi Ayam Hainan Jemput-Jemput Guna Nasi Ayam Hainan
Eh eh, dalam senarai #week18, ada tepung dan kulit ayam lah. Kebetulan dah pernah buat resepi guna dua bahan ini.Tempoh hari, pertama kali masak nasi ayam hainan guna kulit ayam. Sedap tau, sebab nasi tu macam nasi di kedai fast food, rasa lemak lemak masin macam tu.Lepas habis makan, ada ekstra nasi ayam hainan, maka simpan lah dalam peti sejuk. Macam biasa, suka buat eksperimen jemput-jemput, terhasil lah resepi JEMPUT-JEMPUT GUNA NASI AYAM HAINAN 😂. Layan je lah, hehehe.Resepi nasi ayam hainan saya olah dari Google. Resepi Jemput-Jemput, saya main agak-agak je 😃.#goldenapron23#kulitayam#tepung Alia Ali -
🇨🇳 Nasi Ayam 🇨🇳 Nasi Ayam
#cppassportAntara menu yang dimasak kalau datang rasa buntu nak masak lauk apa. Buat ja nasi ayam dah all in one semua benda, nasi, lauk, kuah & sayur. Lengkap 😁.Nasi ayam merupakan antara menu yang menjadi santapan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Ianya dikatakan berasal dari China tetapi telah divariasikan mengikut citarasa tempatan. Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen (5)