Nasi Ayam simple

Mamaboy kitchen👩🏻‍🍳
Mamaboy kitchen👩🏻‍🍳 @zilahjila85
papar

Saya suka masak benda yang Simple dan cepat
Saya hanya gunakan kepak ayam saja ,sebab anak - anak saya suka makan kepak ayam berbanding paha atau dada ayam 😁

Nasi Ayam simple

30 orang bercadang membuatnya

Saya suka masak benda yang Simple dan cepat
Saya hanya gunakan kepak ayam saja ,sebab anak - anak saya suka makan kepak ayam berbanding paha atau dada ayam 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
5-6 orang
  1. Rebusan ayam
  2. 1 kgkepak ayam/ dipotong dan dibersihkan(diambil sedikit lemak untuk minyak ayam)
  3. 1biji bawang holand / di potong kasar
  4. Seinci halia / dipotong nipis
  5. 2 batangserai/ di titik
  6. 3 ulasbawang putih
  7. 2 helaidaun salam/optional
  8. 4sekawan
  9. Air secukupnya
  10. Nasi
  11. 4 cawanberas / beras apa saja saya gunakan basmathi yang dicuci dan di rendam terlebih dahulu selama 30 minit
  12. Seinci halia /di potong nipis
  13. 2biji bawang merah/dipotong halus
  14. 3 ulasbawang putih / dipotong halus
  15. 4sekawan
  16. Lemak ayam
  17. 1 sudu makanbutter
  18. 1kiub ayam
  19. 1/2 cawansusu cair
  20. Sedikitserbuk kunyit tak perlu banyak
  21. 2 helaidaun salam/optional
  22. Daunpandan disimpul
  23. Maggi cukup rasa
  24. 1 sudu makanminyak bijan
  25. Perapan ayam
  26. 4 sudu makansos tiram
  27. 4 sudu makansos madu
  28. 3sudu kicap lemak jalen
  29. Maggi cukup rasa
  30. Lada sulah
  31. Sambal
  32. 3-4biji cili merah/ di potong kasar(suka pedas boleh letak cili padi)
  33. Gula secukupnya
  34. Maggi cukup rasa
  35. Limau nipis agak2 masam
  36. 3-4sudu sos cili
  37. Sambal kicap
  38. Dari kicap perapan ayam tadi dimasak dan ditambah sedikit air rebusan masak hingga mendidih

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali lemak ayam.Rebus jangan terlalu lama nanti ayam jadi kecut

  2. 2

    Campur semua bahan perapan, perap selama 30 minit,setelah di perap selama 30 minit bakar ayam, saya guna kan air fryer masak selama 20 minit suhu 160’c

  3. 3

    Lemak ayam kita goreng tanpa minyak untuk keluarkan minyak ayam setelah lemak ayam keluar kita ketepikan.Masukan butter tumis 4 sekawan hingga berbau wangi masukkan bawang putih bawang merah dan halia tumis hingga kekuningan dan berbau harum kemudian masukkan daun pandan

  4. 4

    Selepas itu masukkan beras dan serbuk kunyit gaul sebati setelah air beras kering boleh lah masukkan ke dalam rice cookers,tambahkan air rebusan ikut sukatan nasi,masukan kiub ayam dan maggi cukup rasa gaul sekejap

  5. 5

    Dan masukkan juga susu cair,masak lah nasi

  6. 6

    Setelah nasi masak tuangkan minyak bijan tutup nasi.

  7. 7

    Untuk sambal,belender semua bahan,selepas itu masak dalam kuali perasa dengan gula dan maggi cukup rasa masaklah hingga pekat

  8. 8

    Sambal kicap,masak dari perapan ayam tambah sedikit air rebusan masak hingga mendidih dan pekat

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mamaboy kitchen👩🏻‍🍳
pada
papar
I ❤️ cookingPenggemar makanan pedasSukakan masakan simple ☺️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya