Nasi Ayam Fantasia Bulan Madu. #phopbylinimohd

Nor Zahida Aini
Nor Zahida Aini @sirap_longan

Menu yang ringkas dan di sukai anak2. Ayam boleh di pelbagaikan resepi ikut citarasa masing2. SELAMAT MENCUBA! 😊

Nasi Ayam Fantasia Bulan Madu. #phopbylinimohd

5 orang bercadang membuatnya

Menu yang ringkas dan di sukai anak2. Ayam boleh di pelbagaikan resepi ikut citarasa masing2. SELAMAT MENCUBA! 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Bahan Untuk Nasi :
  2. 3 cawanberas basmathi (saya guna Jasmine Pusa Gold)
  3. 3 1/2 cawanair rebusan ayam (bergantung pd beras yg di gunakan)
  4. 1/2biji bawang besar (di hiris)
  5. 2 ulasbawang putih (di hiris)
  6. 1inci halia (di hiris kasar)
  7. 2 helaidaun pandan (di basuh dan di simpul)
  8. 2 batangserai (di ketuk) - tak letak pun tak apa
  9. Sedikitlemak dan kulit ayam (bagi nasi rasa sedap dan berlemak)
  10. 1 sudu tehgaram
  11. 2sudu besar mentega
  12. 2sudu besar minyak masak
  13. Sedikitpewarna kuning (untuk nampak cantik) - saya tak letak
  14. Bahan2 Untuk Rebus Ayam & Sup
  15. 12ketul ayam di potong sederhana
  16. 1sup bunjut
  17. 1periuk air **
  18. 1/2biji bawang besar (di hiris)
  19. 2 ulasbawang putih (di hiris)
  20. 1inci halia (di potong kasar)
  21. 1-2kiub pati ayam (untuk kuah sup)
  22. Pastikan air cukup untuk nasi, kuah cili dan kuah kicap
  23. Bahan2 Untuk Kuah Cili :
  24. 2-3tangkai cili merah
  25. 7biji cili padi hijau (ikut tahap kepedasan masing2)
  26. 2 ulasbawang putih
  27. 1biji tomato
  28. 1sudu besar cuka makan
  29. 1senduk air rebusan ayam
  30. 2sudu besar sos cili
  31. 1/2 sudu tehgaram
  32. 1sudu besar gula
  33. 1biji limau kasturi
  34. Bahan2 Untuk Perapan Ayam :
  35. 3sudu besar kicap manis
  36. 3sudu besar kicap cair
  37. 1sudu besar sos tiram
  38. 1sudu besar madu
  39. Bahan Untuk Kuah Kicap :
  40. Gunakan lebihan kicap perapan ayam

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan air, ayam dan semua bahan2 untuk rebusan ayam ke dalam periuk. Biarkan mendidih. Bila dah masak keluarkan ayam dan toskan.

  2. 2

    Asingkan separuh air rebusan ayam untuk masak nasi, kuah cili, kuah kicap dan separuh lagi untuk di jadikan sup. Tambahkan kiub ayam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

  3. 3

    Panaskan mentega dan minyak masak dalam periuk nasi. Tumis bahan2 yang di hiris hingga wangi.

  4. 4

    Masukkan lemak ayam dan kacau hingga sebati dan pecah minyak. Jika tak letak pun tak apa. Ini cuma nak bagi nasi rasa sedikit lemak.

  5. 5

    Kemudian masukkan beras yang telah di toskan dan kacau sebentar.

  6. 6

    Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, serai dan 1 sudu kecil garam. Gaul hingga sebati. Jika suka boleh titiskan beberapa titik pewarna kuning. Masak nasi seperti biasa hingga masak.

  7. 7

    Untuk kuah cili campurkan semua bahan dan blend sebati. Perasakan garam dan gula ikut citarasa masing2.

  8. 8

    Untuk ayam perapkan dengan semua bahan perapan selama 1 jam. Kemudian di goreng sebentar seperti biasa hingga sedikit perang. Tak perlu lama kerana ayam telah di rebus hingga masak tadi.

  9. 9

    Untuk kuah kicap ambil lebihan kicap dari perapan ayam tadi dan campurkan 1-2 mangkuk air rebusan ayam. Kemudian masak sebentar atas dapur. Jika nampak sedikit boleh la tambahkan lagi kicap manis dan sos tiram.

  10. 10

    Dah siap menu nasi ayam untuk hidangan berbuka puasa bersama keluarga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nor Zahida Aini
Nor Zahida Aini @sirap_longan
pada

Komen

Resipi Sepertinya