Nasi kerabu tumis golok ori klate

Che Zie
Che Zie @chezie07

Suami teringin nak makan nasi kerabu golok. Disebabkan tak boleh nak balik maka terhasilah nasi kerabu tumis golok ori klate ni. Musim pkp ni sedap layan nasi kerabu golok makan berulang². Resepi ni dari sepupu suami yang asalnya dari golok. Saya olah sedikit resepi ni untuk jadikan lebih sedap.

Nasi kerabu tumis golok ori klate

Suami teringin nak makan nasi kerabu golok. Disebabkan tak boleh nak balik maka terhasilah nasi kerabu tumis golok ori klate ni. Musim pkp ni sedap layan nasi kerabu golok makan berulang². Resepi ni dari sepupu suami yang asalnya dari golok. Saya olah sedikit resepi ni untuk jadikan lebih sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 45 minit
5 orang
  1. nasi
  2. 3 cawanberas
  3. 4 cawanair
  4. 3 helaidaun limau purut
  5. 2 batangserai
  6. Bunga telang/ pewarna bunga telang
  7. tumis budu
  8. 1 kotaksantan
  9. 10tangkai cili kering
  10. 8biji bawang merah kecil
  11. 1biji bawang holand
  12. 4 ulasbawang putih
  13. 1inci halia
  14. 3 batangserai
  15. Minyak untuk menumis
  16. Sedikitair
  17. Garam, gula dan perisa
  18. serbuk ikan dan kelapa
  19. 4ekor ikan selayang direbus dan ambil isinya sahaja
  20. 1/2biji kelapa parut disangai
  21. 2 batangserai diblend halus
  22. 3biji bawang merah blend halus
  23. tumis budu
  24. 1/2 botolbudu
  25. 5 batangcili api
  26. Sedikitgula kabong/gula melaka
  27. 2 batangserai
  28. sambal cili
  29. 10 batangcili api
  30. 2biji limau nipis
  31. Sedikitcuka
  32. ikan goreng tepung
  33. 6ekor ikan selayang
  34. 2 cawantepung beras
  35. Sedikittepung ubi
  36. Sedikitkapur
  37. Air secukupnya
  38. Garam kunyit
  39. Ulam
  40. Kobis
  41. Kacang panjang
  42. Daunkesum
  43. Bunga kantan
  44. Taugeh
  45. tambahan
  46. Telur masin
  47. Keropok

Cara Memasak

1 jam 45 minit
  1. 1

    NASI
    ====
    Basuh bersih beras kemuadian masukkan air, daun limau, serai dan bunga telang/ pewarna bunga telang.

  2. 2

    CARA BUAT ISI IKAN DAN KELAPA.

    1. Ikan direbus dahulu dan asingkan isi dan tulang. Kemudian tumbuk halus.
    2. Sangai kelapa parut sampai keperangan dan tumbuk halus jangan sampai pecah minyak.
    3. Tumbuk halus bawang merah.
    4. Tumbuk halus bawang putih dan halia.
    5. Semua dah tumbuk halus masukkan semula dalam kuali dan sangai sehingga sedikit kering.

  3. 3

    TUMIS BUDU
    ======
    1. cili kering, bawang merah, bawang holand, bawang putih dan sedikit halia di blend halus.
    2. Masukkan minyak untuk menumis serai dahulu dan kemudian masukkan cili yang dah blend. Tumis sampai pecah minyak.
    3. Lepas pecah minyak masukkan asam keping, sedikit air dan santan tumis sampai pekat.

  4. 4

    BUDU
    =====
    1. Dalam bekas lain masukkan 1/2 botol budu,sedikit air, cili, serai dan gula kabong/ gula melaka
    2. Masak sehingga didih dan agak pekat sedikit

  5. 5

    IKAN CELOP TEPUNG
    =====
    1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk digaul rata dan biarkan seketika.
    2. Goreng ikan dalam minyak betul² panas.
    3. Masak dengan api yang sederhana.

  6. 6

    ULAM-ULAMAN
    =====
    1. Potong halus semua ulam dan gaulkan bagi campur semua sekali.

  7. 7

    TAMBAHAN
    ===
    1. Rebus telur masin sehingga masak dan belah dua untuk hidangan

  8. 8

    SAMBAL CILI
    =====
    1. Cili api diblend kasar
    2. Selepas blend masukkan dalam mangkuk lain dan masukkan perahan limau dan cuka. Gaul sebati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Che Zie
Che Zie @chezie07
pada
Saya suka memasak dan suka kumpul pelbagai resepi. Selalu resepi saya tidak pernah mengecewakan. Kebanyakkan resepi saya buat untuk berniaga. Jadi klu sesiapa nak guna untuk berniaga tiada masalah. Setiap sajian saya semua saya letak tajuk Dari Dapur Mama Pinky.😍
Baca lagi

Komen (5)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Cukup 1 pakej resepinya dari nasi,lauk sampai tumis budunya.Terbaik 👍👍👍🤩

Resipi Sepertinya